Monday, 10 April 2017

Silaturrahim



Hidup kita terlalu singkat. Namun, Allah sediakan cara utk memanjangkan usia.
Maksudnya apa? Sedikit yg kita buat, pahala berganda dan berterusan.
Antaranya ialah: menghubung  silaturrahim.

Khamis 6 April 2017... Sangat tersentuh, terharu, sgt gembira... apabila sahabat2 lama (sejak 1971) sanggup datang ziarah dg menempuh perjalanan agak jauh (dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu) ...ya – semata2 ziarah!

Sahabat2 ini selalu dekat di hati walau pun jauh di mata: Wan Saidah, Hani, Aklima, Siti Zawahir dan Mariah. Setiap mereka – ada keistimewaan tersendiri – menjadikan hidup lebih berwarna-warni! Itulah hebatnya ciptaan Allah!





Eh! Eh! Lebih seorang? Sapa tu? Itulah Kak Minah. (Aminah Wahab) .. kawan sama UTM (1976 - 80) dulu...ku undang sama sebab boleh jumpa Hani (yg sgt terharu dg kehadirannya) Terima kasih Kak Minah, sudi datang!

 Saat berjumpa kawan lama, terasa segar semula. Kisah2 lebih 40 tahun lalu diingat semula bersama ... serasa seolah2 berada semula di asrama Sek Me. Zainab! Ya...lantaran kesemuanya hostelites... kisah2 asrama memang melucukan. Apatah lagi saat semuanya masih remaja – begitu hijau dg kehidupan dunia.

Seiring dg peredaran masa yg begitu pantas berlalu, baru terasa mahalnya memori silam bersama...

Antara yg istimewa ialah, Allah menganugerahkan kesihatan yg baik buatku hingga mampu menghidangkan juadah hasil masakan sendiri!  

Terima kasih Akma (Cik Nor) atas bantuan...itu sebenar rahsianya! Kalu tak ada  Akma, rasanya kena lupakan saja hasrat nak masak sendiri ... tempat saja dari Kak Ma!



Bila terpandang foto yg dirakamkan, serasa tak percaya!!! Alhamdulillah... mampu menggembirakan mereka yg sanggup datang dari jauh demi persahabatan suci...

Namun, istimewanya, buah tangan yg dibawa dari negeri Cik Siti Wan Kembang...oh! Banyaknya!!!! Pelbagai jenis kek, karipap, kuih cara (paling sedap pernah ku makan!), roti canai & karipap segera...dan paling "menggoda" - "pauh gergasi" (tak tahu nama spesis sebenar!) ni... 



Lihat! "Pauh gergasi" yg istimewa dari Yah (Mariah)

..melimpah ruah rezeki hari tu .. jiran pun dapat merasa!

Terima kasih semua...moga Allah kurniakan kita rezeki banyak dan berkat. Ameen...

Teringat satu lirikl lagu nasyid:

“Tetamu yg datang membawa rahmat, pulangnya penghapusan dosa”

Moga Allah mencatitkan usaha kami sebagai kebaikan yg banyak di sisi-Nya...

Berjumpa di dunia, satu nikmat. Moga dipertemu Allah di Syurga nanti – dg rahmat-Nya. Ameen...

No comments:

Post a Comment