Tuesday, 4 April 2017

Antara pahit manis kehidupan



Sangat terkesan – gembira, ceria, teruja - dengan akhlak baik yg ditunjukkan oleh sesorang pada kita. Apa perlu kita buat?

  • Bersyukurlah.
  • Berdoalah moga Allah memberkatinya, dan membalas segala kebaikannya.
  • Juga cubalah mencontohinya agar kita juga disenangi. 
  • Satu ingatan indah dlm kanvas memori kita tentangnya. Kekalkanlah.


Juga, terguris hati bila sesorang kurang, apatah lagi tidak beradab  terhadap kita. Bagaimana pula?
  •  Kalau mampu tegur, tegurlah. Kalau tak mampu, sabarlah.
  • Berdoalah agar Allah member hidayah padanya. Allah boleh buat apa saja.
  • Juga, elakkan diri kita drp membuat perkara sama pada org lain.

Saat terbayang peristiwa yg melukakan hati itu, cepat2 tepis, gantikan ia dg memori2 lain yg indah ..yg banyak dlm kotak minda kita. Kenapa perlu ingat yg pahit, sedangkan yg manis boleh kita pilih?

Mengingati pada perkara2 baik juga merupakan cara mensyukuri nikmat Allah. Kalau kita mampu ingat hanya yg manis sahaja, wajah juga turut manis. Hidup juga akan bertambah manis!

Jangan biarkan apa yg kita tak suka menguasai minda kalau kita mampu pilih yg baik2 , kita suka, membahagiakan utk diisikan ke dalamnya...

Hidup ini pilihan kita!

No comments:

Post a Comment