Apa itu DUIT?
D – Doa
U – Usaha
I – Ilmu
T – Tawakal
DOA
Pensgesahan diri bahawa kita memerlukan bantuan dan rahmat
Allah bagi mencapai apa jua impian, cita2 dan harapan. Doa dipanjatkan sebelum,
semasa dan selepas sesuatu usaha kita laksanakan. Doa juga merupakan ibadah.
Allah menyukai org yg suka berdoa. Kenapa? Kerana ini tandanya org itu mengukui
bahawa ia adalah hamba.
Sementara pengabulan doa pula tidak terikat dengan usia
seseorang dan kebiasaan manusia
(contohnya: kurniaan
zuriat utk Nabi Zakaria) .
Allah ada pelbagai cara ajaib dalam mengabulkan doa
hamba-Nya. Kita meminta dg ilmu yg terbatas, tapi Allah memberi berdasarkan
ilmu-Nya yg luas!
USAHA
Itu juga tanda kita hamba. Allah boleh beri kita apa saja.
Namun, kita perlu berusaha. Usaha merupakan antara kewajipan kita demi
kehidupan – sebagai insan (hamba dan khalifah).
ILMU
Kita semua tahu kepentingan ilmu. Nak dunia, perlu ada ilmu.
Nak akhirat juga perlu berilmu.
Nak kedua2nya sekali pun perlu ilmu.
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Allah meninggikan darjat org berilmu.
Sesiapa yg melalui jalan utk menuntut ilmu, Allah menyediakan
jalan utk ke syurga!
Besarnya nilai ilmu. Amal tanpa ilmu akan ditolak.
Wahyu pertama diturunkan kepada Rasuluillah saw pun
berkaitan dg ilmu.
Jadi, kalau nak dapatkan sesuatu, kita perlu ilmu bagaimana
nak dapatkannya.
TAWAKAL
Setelah berusaha sehabis daya, mengikut cara2 yg betul,
tawakallah. Usaha itu tugas kita. Hasil itu ketentuan dan rahmat Allah. Namun, dg sifat-Nya Yg Maha Pengasih dan Maha
Penyayang, tiada usaha yg disia2kan-Nya, tiada doa yg tidak dimakbulkan-Nya.
Cuma, kaedah pengabulan-Nya juga sesuai dg ilmu-Nya yg Maha Luas, juga sifat-Nya yg
Maha Adil.
Jom! Pastikan kita selalu berDUTI, agar selalu berjaya!
No comments:
Post a Comment