Thursday, 27 July 2017

Keyakinan Menghasilkan Keajaiban!



Bolehkan kita membelah laut?
Bolehlah kita menyejukkan api?
Mustahil kan?
Namun, sejarah membuktikan ianya berlaku pada Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Sebabnya? Allah membela kedua2 rasul tersebut dlm perjuangan mereka.
Kenapa mereka dibela? Kerana sanggup berkorban kerana Allah.
Kerana mereka yakin dan patuh pada Allah Yang Maha Berkuasa.
Kita? Jadilah org  yg yakin dan patuh sepenuhnya pada Allah. Nanti Allah akan bela dan bantu kita. Ini kerana, Allah itu Esa. Satu. Tunggal. Allah yg kita panjatkan doa setiap hari ini, itu jugalah juga Allah yg membantu Nabi Musa dan Nabi Ibrahim serta semua insan2 lain pilihan yg lain.
Dan tiada yg mustahil jika Allah bantu.
Yakin pada Allah. Keyakinan menghasilkan keajaiban!!!

Monday, 24 July 2017

Hafalan susah? Teruskan juga!



Saat terasa sukar untuk menghafal…kadang2 terlintas dalam fikiran – susahnya! Pedulikan gangguan itu! Kalau bukan kerana nafsu yg sukakan kesenangan, mungkin syaitan yg menggoda, sebagaimana janjinya sejak dihalau ke dunia lantaran ingkar pada perintah Allah yg memerintahnya sujud pada Nabi Adam.

Lantas, apa yg perlu dilakukan? Teruska…teruskan…teruskan saja. Akhirnya, dg mujahadah, kita akan menang! Satu demi satu Allah akan permudahkan! 

Cuba hafal, tapi lupa? Apa nak susah? Teruskan saja, jgn sekali2 putus asa! Ada org mudah saja hafal lirik2 lagu yg tak difahami langsung (contohnya Hindustan!). Ianya mudah lantaran tidak bertentangan dg nafsu, dg kehendak syaitan! Tapi, apa nilainya di sisi Allah? Mampukah ia jadi saham akhirat?

Kalau ayat2 suci Al-Quran, teruskan hafalan – sesukar mana pun ia. Akhirnya Allah akan mudahkan, berkat gigih, sabar dan isiqamah. Bayangkan saat betemu Allah, kalau kita mampu penuhi dada dg kalam suci-Nya…Tentu indah…

Kembara Al-Hafeezah – cabaran hebat, dugaan berat..namun, kejayaan wujud di sepanjang perjalanan – apatah lagi, di hujung jalan nanti…saat dipanggil menghadap Ilahi…

Tuesday, 18 July 2017

jambatan hati



Ingin nasihat, idea atau pandangan kita didengari oleh anak, pelajar, kawan dll? Binalah dulu “jambatan hati” dg mereka – pamerkan akhlak yg baik (perkataan atau perbuatan) yg boleh menyenangkan dan menambat hati mereka kerana seseorang itu akan mudah mengikut nasihat orang yg disayang!


Iklas, tulus dan telus...



Kadang2 kita mengharapkan org (terutama anak2 kita atau org yg jauh lebih muda drp kita – tapi dekat dg kita) faham apa yg kita mahu. Namun, mereka tak tahu! Lantas, beritahulah mereka dg hikmah, ikhlas, tulus dan telus... Ini boleh mengelakkan salah faham, kecil hati, tersinggung, marah dan pelbagai perasaan yg boleh mengeruhkan hubungan.

Jom! Sedihkan setan...



Antara hari setan akan sedih dan menangis ialah Hari Arafah.
Ini kerana setan berkata: “Sia2lah usahaku selama ini utk menghasut mereka kerana Allah ampunkan dosa mereka hanya dlm sehari!”

Kita boleh buat setan sedih dan menangis setiap hari dg sentiasa beristighfar dan solat taubat...
Jom!

CRK



Badan kurang sihat? Tak mampu bertugas? Ambillah cuti...Cuti Rehat Khas (CRK) kan ada... Jangan pula sayang nak ambil CRK kerana nak tunggu imbuhan banyak masa “golden handshake” saat bersara nanti. Kita tak tahu, masa tu, kita masih ada “hand” atau tidak utk di”shake”!

 Ajal maut tak mengenal usia, namun perkhidmatan cemerlang hanya dapat dilaksanakan oleh org2 yg sihat... Mungkin dg rehat sehari, sumbangan kita lebih berganda kualiti dan kuanttitnya!