Saat terasa sukar untuk menghafal…kadang2
terlintas dalam fikiran – susahnya! Pedulikan gangguan itu! Kalau bukan kerana
nafsu yg sukakan kesenangan, mungkin syaitan yg menggoda, sebagaimana janjinya
sejak dihalau ke dunia lantaran ingkar pada perintah Allah yg memerintahnya
sujud pada Nabi Adam.
Lantas, apa yg perlu dilakukan?
Teruska…teruskan…teruskan saja. Akhirnya, dg mujahadah, kita akan menang! Satu
demi satu Allah akan permudahkan!
Cuba hafal, tapi lupa? Apa nak susah?
Teruskan saja, jgn sekali2 putus asa! Ada org mudah saja hafal lirik2 lagu yg
tak difahami langsung (contohnya Hindustan!). Ianya mudah lantaran tidak
bertentangan dg nafsu, dg kehendak syaitan! Tapi, apa nilainya di sisi Allah?
Mampukah ia jadi saham akhirat?
Kalau ayat2 suci Al-Quran, teruskan hafalan
– sesukar mana pun ia. Akhirnya Allah akan mudahkan, berkat gigih, sabar dan isiqamah. Bayangkan saat betemu Allah, kalau kita mampu penuhi
dada dg kalam suci-Nya…Tentu indah…
Kembara Al-Hafeezah – cabaran hebat, dugaan
berat..namun, kejayaan wujud di sepanjang perjalanan – apatah lagi, di hujung jalan
nanti…saat dipanggil menghadap Ilahi…
No comments:
Post a Comment