Tuesday, 18 July 2017

Fastabiqul khairat Ramadan 1438H



Teringat...
Saat melintasi Restoran Firdaus utk ke Masjidil Haram lebih kurang pukul 5.30 hampir setiap petang – terkesan dg pemandangan biasa : jemaah lelaki berbaris utk mendapatkan makanan bagi ifthar. Bagusnya pemilik restoran itu. Kala Ramadan, inilah antara aktivitinya: Membekalkan makanan percuma pada yg berpuasa.




 
Juga, sepanjang perjalanan, ada saja dermawan yg menghulur makanan pada jemaah. Wah! Apa lagi, berebut2lah mereka. Itu antara pemandangan biasa. Seronok tenguk gelagat masing2. Namun harus berhati2... kadang2 dek tumpuan hanya pada makanan yg nak direbut, kita yg lalu ni pun dilanggarnya! Nasib baik saya cepat mengelak!

Seterusnya, melintas pula seorang polis muda yg sedang menyembur muka setiap jemaah yg lalu. Ya...cari kebaikan dg menyejukkan muka mereka. Saya pun pergi juga letak muka – Wah! Seronoknya saat semburan air itu menyentuh muka!!! Sejuk sikit rasanya ..kala suhu sekitar 40 darjah Celcius itu! Tersenyum sendiri saat meneruskan perjalanan menuju King Fahd Escalator satu2nya pintu masjid yg mampu dimasuki saat itu. Pintu lain semuanya ditutup utk ke tempat solat kami yg biasa – nampak Kaabah. Kenapa? Dah dianggap lewat! Jemaaah sgt. ramai Ramadan 1438 ni – masya’-Allah!!!



Seronok juga guna pintu ni – sebab tak ada polis yg check apa yg dibawa masuk. Nasi? Oh! Antara makanan terlarang utk dibawa masuk dlm masjid. Kalau nak bawa juga, kenalah sorok dalam telekong solat – dan berjalan spt biasa!
Saat menunggu waktu Maghrib (berbuka)...pemandangan biasa ialah masing2 berebut utk buat kebaikan – fastabiqul khairat – membahagikan makanan (korma, coklat, manisan, kuih dll), air zam-zam, jus buah2an, cawan plastik ...Ada juga yg bagi tasbih. Apa lagi, lebih hebatlah pergelutan dlm rebutan! Seronok tenguk gelagat masing2. Kalau ada yg memberi, berebut2lah yg menerima! Umpama ikan berebut2 umpan! Kadang2 sampai bergaduh... Nak memberi pun kena berhati2...kalau silap teknik, kita yg memberi ni pun seolah2 dikasari lantaran perebutan sengit mereka!!!



Terlihat seorang jemaah membahagikan cawan plastik – yg di ambil drp tempat khas berhampiran tempat air zam-zam.  Terfikir...kalau tak ada apa nak beri, ambil saja cawan dan agihkan pada jemaah yg susah meninggalkan saf tempat duduknya utk ke tempat cawan itu. Keesokannya, Saat melintas tempat air zam-zam, selepas ambil wdhu’, petugas sedang mengisi cawan. Saya ke sana, ambil cawan tu...banyak juga.
Dalam perjalanan ke tempat solat, yg mengambil masa lebih kurang 3-4 minit (dekat je, tapi lama sebab sebab terpaksa berhati2 kerana melintasi jemaah lain yg telah berada dalam saf solat), saya mengalami pengalaman yg menyeronokkan saat mengagihkan cawan itu pada jemaah. Berebut2 mereka!!! Masa ambil cawan tadi tak terfikir pun nak bahagi2kan, tapi rupa2nya Allah makbulkan keinginan saya saat hati terdetik nak melakukan hari sebelumnya!  Subhanallah!!! Alhamdulillah!!! Masya’-Allah!!! Kalau ada peluang ke sana lagi, nak ulangi lagi perkara yg sama ...

Saat menunggu waktu berbuka, keadaan agak hingar-bingar – maklumlah, jemaah datang dari serata dunia, dg pelbagai gelagat dan karenah masing2! Saat azan maghrib berkumandang, sunyi sepi – masing2 menikmati rezeki Allah! Ajaibnya, walau pun berbuka hanya dg buah tamar, air zam-zam dan sedikit makanan tambahan (lepas solat maghrib), mampu bertahan hingga selesai solat terawih. Subhanallah!!!

Menghayati Ramadan di Masjidil haram –satu pengalaman yg termahal dalam hidup. Nikmatnya tak terucap dg kata2...Moga Allah izinkan lagi/semua kita, setiap tahun untuk menikmatinya, selagi hayat dikandung badan. Ameen...



No comments:

Post a Comment