Saturday, 15 July 2017

Tanaman Hati



Seorang petani yg bijak akan menggemburkan tanah, menyuburkannya terlebih dahulu sebelum menanam anak benih. 



Ini merupakan prasyarat agar benih itu dapat hidup dengan mudah dan subur, apatah lagi sekiranya pokok itu spesis yg susah untuk hidup. Perlu usaha yg lebih gigih.

Bagaimana kalau tanah itu dibiarkan begitu sahaja? Ada ke tumbuhan yg akan hidup? Ada...Rumput, lalang dan pelbagai tanaman yg tidak dikehendaki. Begitu juga dg hati dan minda kita. Sebelum dimasukkan dg ilmu, terutama ilmu berkaitan Al-Quran, Hadis, agama dan ilmu2 bermanfaat yg lain, hati perlu disuburkan terlebih dahulu. Caranya: Doa, istighfar dan selawat sebelum memulakan sesuatu pengajian samada bersendirian atau berkumpulan. Sebaik2nya jauhi drp segala dosa, sekecil mana pun ia, sebab ini akan menggersangkan hati, menghalang masuknya ilmu yg merupakan Nur Ilahi.

Sebagaimana tanah yg akan ditumbuhi lalang dan pelbagai tumbuhan yg tak dingini, begitu juga dg hati/minda; jika tidak diisi dg ilmu yg bermanfaat, akan juga terisi dg perkara2 lain – maklumat2 yg pelbagai – yg kebanyakannya tidak bermanfaat.

Dan paling dibimbangi, diisi oleh perkara2 yg merosakkan... Ini kerana nafsu akan membisikkan perkara2 yg memudaratkan. Selain daripada nafsu,  syaitan juga tidak pernah bosan, jemu dan tidur dari menganggu anak Adam utk dijadikan temannya ke neraka. Dibisikkannya pelbagai perkara yg merosakkan, bagi sesiapa yg lalai.

Jangan beri peluang nafsu dan syaitan menguasai kita. Mengeruhkan hati, menjauhi rahmat Ilahi. Sebaliknya, sedaya upaya, suburkanlah ia dg doa, istighfar serta zikir dan seterusnya, isikan ia dg ilmu2 yg bermanfaat...agar layak hati itu menjadi wadah utk dimasuki Nur Ilahi...

Ingin tanaman subur? Perlu usaha gigih utk menanam dan menjaganya. Kalau hanya perlu lalang dan rumput yg tumbuh, biarkan saja tanah itu!

Perlukan hati/minda yg bersih? Perlu mujahadah dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya. Kalau malas, biarkan hati/minda itu begitu sahaja...dan tunggulah apa yg akan jadi -  pilihan di tangan kita!

No comments:

Post a Comment