Showing posts with label Catatan Tetamu Allah.... Show all posts
Showing posts with label Catatan Tetamu Allah.... Show all posts

Saturday, 24 October 2020

Pramugari Royal Jordan Airlines

 

 

Pramugari Royal Jordan Airlines

1995 – Flight Kaherah ke Kuala Lumpur...selesai program Umrah - Kaherah

Tiba2 pesawat Royal Jordan Airlines yg kami naiki itu terhenti. Kami tertanya2 kenapa. Seorang pramugari menghampiri kami.

 Who can speak English?” Dia bertanya kami.

Aku mengangguk. Lantas pramugari itu datang kepadaku.

Can you help us?” Dia bertanya

Aku mengangguk lagi. Terpinga2 dan tertanya2... apa jenis bantuan yg bakal diminta!

We will give you a text in English, then you announce it in your language. Can you?”

Bagaikan dipukau, aku di bawa ke cockpit pesawat,  di mana pilot dan beberapa orang cabin crew dah seolah2 sedia menunggu! Semuanya menghadiahkan senyuman mesra buatku. Agaknya mereka lega, ada yg dapat membantu.

Sehelai kertas dihulurkan kepadaku. Setelah membaca sepintas lalu, dan mengalihbahasa dalam minda, aku memulakan pengumuman:

“Pesawat mengalami kerosakan di New Delhi. Semua penumpang diminta meninggalkan pesawat tanpa membawa bagasi masing2... “ Itu sahaja yg mampu ku ingat! Ada lagi...

Yang masih segar dalam ingatan ialah, sebaik sahaja  pengumuman dibuat, semua penumpang berdiri dan bergegas meninggalkan pesawat...termasuk diriku, yang meninggalkan pesawat bersama cabin crew!

Rakan2 sama jemaah (kebanyaknnya wanita yang berusia, ada yg berpangkat kakak, dan juga berpangkat ibuku) menunjukkan penghargaan dg pelbagai cara. Ada yg menepuk bahu, memberi senyuman dan kata2 semangat...

“Pandainya bercakap di situ!” Berkata seorang jemaah wanita, kekaguman terbayang di wajahnya.

Aku hanya tersenyum. Sebenar masih berdebar, masih terasa perasaan “istimewa” saat di kelilingi oleh pilot, pramugari dan pramugara Royal Jordan Airlines masa membuat pengumuman tadi. Indahnya memori itu! Terfikir... alangkan baiknya kalau ada kamera utk rakamkan saat itu!  Namun, segala2nya berlaku pantas sekali.. sedar2 ianya telah berlalu! Apa pun, ianya masih kekal segar di kanvas memori!

Nun jauh di hati, syukur dapat membantu. Alhamdulillah...Allah anugerahkan sedikit ilmu untuk dimanfaatkan saat tibanya waktu. Bertugas di Maktab Perguruan sebagai pensayarah masa itu, memberikan keistimewaan utk menunaikan permintaan mereka. Seronok juga dapat pengalaman unik begitu!

Lantaran kerosakan pesawat, dapat juga menjejakkan kaki ke airport New Delhi, walau pun sekejap. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami diminta untuk menaiki semula pesawat semula. Rakan-rakan jemaah juga turut teruja dengan peristiwa itu. Juga menghargai. Untuk seketika, aku diberi jolokan “Pramugari Royal Jordan Airlines”...



Friday, 5 July 2019

bantulah dg 2S (senyum & sopan)

Malam 29 Ramadan di Masjidil Haram...

Tiba2 terasa nak ke bilik air. Lihat jam, 30 minit menghampiri waktu Subuh. Ujian sungguh! Bisik hati. Apa pun, kena keluar ... tapi cari tandas terdekat. Tandas awam? Hilton? Teringat kata Kak Pah (Pengurus Wira Saujana), tandas kat Safwa dekat. Ya..boleh cuba. Jadi terus ke sana.

Lantaran tak pernah ke sana, sukar juga nak cari – terpaksa bertanya beberapa kali dg orang2 yg boleh dipercayai (petugas restoran berhampiran, pencuci premis). Ya...nak bertanya pun kena pandai pilih orang, silap tanya, lain pula panduan yg diberi!

Selesai. Kini, nak kembali semula ke masjid. Lantaran telah menggunakan escalator berbeza, tak pasti arah nak ke masjid bila dah berada di aras bawah. Kedai dah ditutup, kecuali beberapa buah yg sedang ditutup. Ah! Tak boleh ganggu mereka yg sedang sibuk utk bertanya.

Tiba2 ternampak seorang polis Arab. Alhamdulillah!

“Haram?” Aku bertanya. Itu sahaja cara yg paling mudah di saat “kritikal” seperti itu. “Haram” – istilah utk masjidil haram.
Polis itu segera faham. Lantas, dia menuding jari ke arah masjid. Serta memberi beberapa panduan yg membuatkan aku “kabur”! Menyedari keadaanku yg tidak yakin akan arah masjid, dia mengisyaratkan agar aku mengekorinya sahaja. Paling menyenangkan ialah caranya yg amat mesra, senyum yg amat ikhlas dan sopan santun yg tinggi. Tenang & senang hati aku dibuatnya.

Bila dah nampak “landmark” yg dah biasa (WC4 ladies), aku dah tahu arah ke masjid. Dia pun berlalu dg penuh sopan, senyuman ikhlas itu tetap di wajahnya.

Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, aku sgt merasa senang mengenangkan perlakuan baik polis Arab itu. Betullah ... senyum itu sedekah. Walau pun kecil, namun sgt besar impaknya pada hati kita, apatah lagi di saat-saat genting di mana kita berada d tempat yg sgt asing, bersendirian.
Selain senyuman, bantuan yang diberi juga perlu pada tahap paling baik. Kalau ada yg meminta ditunjukkan jalan, luangkan masa utk menunjuk dg kita sendiri “membawa jalan” – bukan sekadar panduan berupa arahan : "Terus...Kiri...Kanan...depan...belakang”! Kita yg biasa, mungkin memadai. Tetapi, bagi orang asing, mungkin sukar dan tafsiran agak berbeza. Kadang2 bila diminta tunjuk arah, pada orang yg salah, kita jadi semakin tak tentu arah!

Bantulah dg sikap dan peribadi yang baik serta beri panduan yg mantap, macam polis Arab itu ...

Buatlah sebaik mungkin – tanam kebaikan di mana2, lantaran kebaikan itu kita juga yg akan menuianya!

Monday, 17 June 2019

Memori Indah Umrah Ramadan 2019


Memori Indah Umrah Ramadan 2019
 

Alhamdulillah... Dah hampir dua minggu sekembali daripada Umrah Ramadan yg penuh bermakna. Bila  di”bedahsiasat”, rahsianya? Doa, solat hajat dan bacaan Yasin ... ya-mohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.

Pelbagai peristiwa menarik utk disimpan dalam fail memori...

Syahdunya mendengar bacaan imam Masjidil haram saat menunaikan solat Terawih dan Qiamullail. 

Bahagianya saat melihat cerianya wajah jemaah yang menerima coklat yang diberikan saat menunggu waktu berbuka! Gembiranya mendapat tempat betul2 menghadap Kaabah saat menunggu waktu Solat aidilfitri dan.. banyak lagi!

Terharu melihat jemaah2 berebut2 utk membuat kebaikan. Membahagikan makanan utk jemaah lain..


                                                       


Membahagi makanan...


 

Saat menunggu iftar 

 Saat menunggu iftar 


 Syahdunya pemandangan saat menunggu waktu berbuka di Masjidil haram


 Pengalaman pertama – menyaksikan jemaah yang kehilangan selipar dihadiahkan selipar percuma saat meredah teriknya mentari usai Solat Jumaat. Terbayang segar seorang jemaah lelaki berpakaian ihram yang mempamerkan kegembiraan luar biasa saat menerima selipar percuma itu!

Kreatif sungguh mereka ... bersiap2 dg bekalan selipar. Cari jemaah yang berkaki ayam. Hadiahkan selipar! Ya – hadiah terbaik ialah hadiah yg diberi saat ianya amat diperlukan! Aku memandang penuh terharu!!!

Berjalan lagi ke hadapan. Ada yg menyembur air ke muka jemaah yang kepanasan (suhu kadang2 mencecah 48oC! Paling seronok – bila dua kanak2 (usia antara 5 -7 tahun) disembur muka mereka dg air sambil berselawat. Tersenyum aku dibuatnya!

Apa pun, amat bersyukur lantaran dapat melaksanakan ibadah dg baik – Solat berjemaah di masjid (miss sekali – Subuh di Mekah lantaran terlewat bangun, tapi berjemaah dg rakan2 sebilik), di Madinah – ziarah waktu petang. Solat Terawih dan Qiamullail Alhamdulillah..Penuh. Harap segala amalan diterima Allah lantaran kadang2 terleka dan terlalai dek keletihan dan kelemahan diri... 
Diuji juga dengan batuk yang agak serius - moga2 jadi penghapus dosa. Ameen...

Miss shopping ke Jaffaria Souk - rasanya perlu utamakan iktikaf di masjid.

Miss juga lawatan luar - esp mandi di perigi zam2 selepas Asar di hari raya pertama - badan betul2 tak bermaya hari tu, habiskan masa di masjid... buat saja apa yg termampu. Lagi pun Allah tidak pernah membebankan kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita, hanya kita yg kadang2 lupa akan kemampuan diri...

Ya! Allah, bimbinglah hamba=Mu ini agar tidak keterlaluan dalam segenap urusan. Ameen... 

Alhamdulillah. Kali ini juga dapat menghayati Malam2 ganjil esp mlm 27 & 29 dg baik di tempat yang menganugerahkan pemandangan Kaabah tersergam indah di hadapan! Solat setentang dg Hajarul Aswad, Multazam dan pintu Kaabah. Masya’-Allah – tak terkata syukurnya...Alhamdulillah (infiniti!)



Moga akan dijemput lagi untuk menjadi Tetamu Ar-Rahman.
 Ameen...