Showing posts with label Sepanjang Jalan Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Sepanjang Jalan Kenangan. Show all posts

Saturday, 24 October 2020

Pramugari Royal Jordan Airlines

 

 

Pramugari Royal Jordan Airlines

1995 – Flight Kaherah ke Kuala Lumpur...selesai program Umrah - Kaherah

Tiba2 pesawat Royal Jordan Airlines yg kami naiki itu terhenti. Kami tertanya2 kenapa. Seorang pramugari menghampiri kami.

 “Who can speak English?” Dia bertanya kami.

Aku mengangguk. Lantas pramugari itu datang kepadaku.

“Can you help us?” Dia bertanya

Aku mengangguk lagi. Terpinga2 dan tertanya2... apa jenis bantuan yg bakal diminta!

“We will give you a text in English, then you announce it in your language. Can you?”

Bagaikan dipukau, aku di bawa ke cockpit pesawat,  di mana pilot dan beberapa orang cabin crew dah seolah2 sedia menunggu! Semuanya menghadiahkan senyuman mesra buatku. Agaknya mereka lega, ada yg dapat membantu.

Sehelai kertas dihulurkan kepadaku. Setelah membaca sepintas lalu, dan mengalihbahasa dalam minda, aku memulakan pengumuman:

“Pesawat mengalami kerosakan di New Delhi. Semua penumpang diminta meninggalkan pesawat tanpa membawa bagasi masing2... “ Itu sahaja yg mampu ku ingat! Ada lagi...

Yang masih segar dalam ingatan ialah, sebaik sahaja  pengumuman dibuat, semua penumpang berdiri dan bergegas meninggalkan pesawat...termasuk diriku, yang meninggalkan pesawat bersama cabin crew!

Rakan2 sama jemaah (kebanyaknnya wanita yang berusia, ada yg berpangkat kakak, dan juga berpangkat ibuku) menunjukkan penghargaan dg pelbagai cara. Ada yg menepuk bahu, memberi senyuman dan kata2 semangat...

“Pandainya bercakap di situ!” Berkata seorang jemaah wanita, kekaguman terbayang di wajahnya.

Aku hanya tersenyum. Sebenar masih berdebar, masih terasa perasaan “istimewa” saat di kelilingi oleh pilot, pramugari dan pramugara Royal Jordan Airlines masa membuat pengumuman tadi. Indahnya memori itu! Terfikir... alangkan baiknya kalau ada kamera utk rakamkan saat itu!  Namun, segala2nya berlaku pantas sekali.. sedar2 ianya telah berlalu! Apa pun, ianya masih kekal segar di kanvas memori!

Nun jauh di hati, syukur dapat membantu. Alhamdulillah...Allah anugerahkan sedikit ilmu untuk dimanfaatkan saat tibanya waktu. Bertugas di Maktab Perguruan sebagai pensayarah masa itu, memberikan keistimewaan utk menunaikan permintaan mereka. Seronok juga dapat pengalaman unik begitu!

Lantaran kerosakan pesawat, dapat juga menjejakkan kaki ke airport New Delhi, walau pun sekejap. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami diminta untuk menaiki semula pesawat semula. Rakan-rakan jemaah juga turut teruja dengan peristiwa itu. Juga menghargai. Untuk seketika, aku diberi jolokan “Pramugari Royal Jordan Airlines”...



Monday, 1 April 2019

Penerbangan “Business Class”


Penerbangan “Business Class”
Oktober 1996

Pesawat MAS yang ku naiki itu selamat mendarat di Lapang Terbang Antarabangsa Heathrow, London. Ah! Leganya... Sampai juga aku akhirnya ke kotaraya itu selepas melalui penerbangan yang begitu lama! Paling teruja, berpeluang juga aku akhirnya menjejakkan kaki ke bumi England!
Paling tak diduga, Allah menganugerahkan peluang menaiki penerbangan “Business Class”. Layanan di atas pesawat, “tip-top”. Pramugari akan melayan dengan penuh hormat dan mesra. Makanan dihidangkan tak putus-putus. Tak termakan! Makanan pula, sedap2nya! Tempat duduk? Luas dan selesa. Masa menunggu sebelum penerbangan pun, sangat istimewa - Merak Lounge (masa tu masih di Lapangan Terbang Subang).

Kami menuruni pesawat. Diberi satu kad khas berwarna hijau..Green Lane atau Fast lane. Rupanya, berbekalkan kad tersebut, kita akan melalui laluan istimewa, tanpa pemeriksaan imegresen yang sulit dan memenatkan (yang terpaksa ku lalui apabila datang dengan penerbangan Kelas Ekonomi beberapa kali selepas itu).

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat bagasi, penumpang2 lain hanya memerhatikan kami yang kelihatan “bertuah” kerana disediakan laluan pantas dan istimewa begitu. Gembira di hati hanya Allah yang tahu!

Sesampainya ke “belt” bagasi, beg2 kami dah terkumpul pada satu tempat khas – tak perlu tunggu “belt” itu berpusing untuk dapatkan beg! Wahhh!!! Seronok sungguh!

Itulah... Antara pengalaman manis yang tersemat di memori – segar hingga kini. Ya! Hanya VIP atau VVIP sahaja dapat menikmati itu semua. Orang biasa sepertiku? Ya...Sekali-sekala Allah anugerahkan juga. Itulah rahmat Allah yang tak terduga. Allah akan beri kita perkara2 yang kadang2 tak kita sangka!

Apa pun, hati terfikir ... begitulah agaknya di akhirat nanti. Saat semua orang keluh kesah dalam lautan manusia untuk menunggu pengadilan, ada kumpulan yang akan menerima layanan istimewa daripdaa Allah. Tak perlu tunggu lama2... tenang damai di Padang Mahsyar walau pun orang lain terpaksa menghadapi kesukaran.. ada yang matahari sejengkal ke kepala, ada yang tengelam dalam peluh sendiri dan pelbagai lagi keadaan ... manifestasi amalan semasa di dunia.

Golongan ini pula, dilindungi awan (bagi yang melazimi membaca Surah Al-Baqarah dan Ali Imran – Az-Zahrawaini), seterusnya melaui titian sirat sepantas kilat dan dijemput ke syurga tanpa hisab! Itulah golongan VVIP Alhirat! Sayu, sedih dan terasa diri ini amat kerdil utk jadi seperti mereka. Namun, usaha perlu ada ke arah itu. Perlu lipatgandakan usaha selagi ada peluang. Juga, perlu mujahadah untuk lakukan amalan-amalan yang melayakkan diri untuk menjadi VVIP akhirat. 

Business Class di dunia, pun dah terasa begitu isimewanya, tak terbayang...kalau mampu jadi VVIP untuk dapat Business Class di akhirat...

Ya! Allah, rahmatilah kami semua agar mampu lakukan amalam2 yg melayakkan kami menjadi VVIP Akhirat. Ameen...

Wednesday, 18 April 2018

Nasihat


Suatu ketika...

Aku sangat sedih dengan sikap seorang rakan guru. Tanpa disedari, “termenangis” di dalam bilik guru! Semua terkejut...Seorang rakan, datang memujuk. Ingat lagi kata2nya (walau pun sudah 24 tahun berlalu!)

“Ya... sedih kan. Tak apalahl. Itu merupakan antara benda kita kena terima, bersama dengan gaji kita setiap bulan!”

Ku pandang wajah kawan tersebut. Keikhlasan terlukis di wajahnya. Dia kawan biasa sahaja, bukan tergolong dalam senarai “kawan baik” pun. Masa ucapan itu ku dengar, ku biarkan saja...

Namun, apa yang disebutkan itu amat memberi kesan. Tetap ku ingat sampai sekarang.

Pengajaran yang ku dapat ialah pertama: Jangan mengharapkan gaji setiap bulan itu dapat diperolehi hanya dengan penat lelah badan..mengajar, membuat persediaan, memeriksa buku, mengendalikan pengajaran – di bilik darjah, dalam makmal dll. Tapi, seiring dg itu, gaji juga dibayar atas penat lelah jiwa kita dlm menghadapi pelbagai karenah manusia!

Pengajaran kedua: Dalam hidup kita, cubalah memberi kata2 nasihat yg baik. Jangan bimbang kalau kata2 nasihat kita itu seolah2 tidak dipedulikan masa itu. Kita tak tahu, mungkin akan tiba masanya, nasihat itu akan jadi berguna buat mereka. Juga, berilah nasihat berguna tanpa mengira siapa...anggapkan mereka saudara kita. Nasihat ikhlas, insya’-Allah akan berbekas!

Kita pun kadang2 sama...masa ibu/ayah beri nasihat, kita seolah2  tidak peduli dan menganggap ianya cuma leteran. Namun, saat dewasa barulah tersedar betapa bergunanya nasihat drp org yg berpengalaman, apatah lagi yg menyayangi kita tanpa syarat...