Showing posts with label Jejak Musafir. Show all posts
Showing posts with label Jejak Musafir. Show all posts

Saturday, 24 October 2020

Pramugari Royal Jordan Airlines

 

 

Pramugari Royal Jordan Airlines

1995 – Flight Kaherah ke Kuala Lumpur...selesai program Umrah - Kaherah

Tiba2 pesawat Royal Jordan Airlines yg kami naiki itu terhenti. Kami tertanya2 kenapa. Seorang pramugari menghampiri kami.

 Who can speak English?” Dia bertanya kami.

Aku mengangguk. Lantas pramugari itu datang kepadaku.

Can you help us?” Dia bertanya

Aku mengangguk lagi. Terpinga2 dan tertanya2... apa jenis bantuan yg bakal diminta!

We will give you a text in English, then you announce it in your language. Can you?”

Bagaikan dipukau, aku di bawa ke cockpit pesawat,  di mana pilot dan beberapa orang cabin crew dah seolah2 sedia menunggu! Semuanya menghadiahkan senyuman mesra buatku. Agaknya mereka lega, ada yg dapat membantu.

Sehelai kertas dihulurkan kepadaku. Setelah membaca sepintas lalu, dan mengalihbahasa dalam minda, aku memulakan pengumuman:

“Pesawat mengalami kerosakan di New Delhi. Semua penumpang diminta meninggalkan pesawat tanpa membawa bagasi masing2... “ Itu sahaja yg mampu ku ingat! Ada lagi...

Yang masih segar dalam ingatan ialah, sebaik sahaja  pengumuman dibuat, semua penumpang berdiri dan bergegas meninggalkan pesawat...termasuk diriku, yang meninggalkan pesawat bersama cabin crew!

Rakan2 sama jemaah (kebanyaknnya wanita yang berusia, ada yg berpangkat kakak, dan juga berpangkat ibuku) menunjukkan penghargaan dg pelbagai cara. Ada yg menepuk bahu, memberi senyuman dan kata2 semangat...

“Pandainya bercakap di situ!” Berkata seorang jemaah wanita, kekaguman terbayang di wajahnya.

Aku hanya tersenyum. Sebenar masih berdebar, masih terasa perasaan “istimewa” saat di kelilingi oleh pilot, pramugari dan pramugara Royal Jordan Airlines masa membuat pengumuman tadi. Indahnya memori itu! Terfikir... alangkan baiknya kalau ada kamera utk rakamkan saat itu!  Namun, segala2nya berlaku pantas sekali.. sedar2 ianya telah berlalu! Apa pun, ianya masih kekal segar di kanvas memori!

Nun jauh di hati, syukur dapat membantu. Alhamdulillah...Allah anugerahkan sedikit ilmu untuk dimanfaatkan saat tibanya waktu. Bertugas di Maktab Perguruan sebagai pensayarah masa itu, memberikan keistimewaan utk menunaikan permintaan mereka. Seronok juga dapat pengalaman unik begitu!

Lantaran kerosakan pesawat, dapat juga menjejakkan kaki ke airport New Delhi, walau pun sekejap. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami diminta untuk menaiki semula pesawat semula. Rakan-rakan jemaah juga turut teruja dengan peristiwa itu. Juga menghargai. Untuk seketika, aku diberi jolokan “Pramugari Royal Jordan Airlines”...



Friday, 26 January 2018

Iktibar sejarah...

Kembara Mesir dalam kenangan...

“Katakanlah: Berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimanakah akibatnya orang2 yg mendustakan itu” (Surah Al-An’am 6: 11

Bila baca ayat ini, saat foto2 ini dirakam terpancar di kanvas memori...Betapa Allah mampu menghancurkan Fi’raun yg mendustakan apa yg diturunkan-Nya melalui Nabi Musa.

Allah boleh datangkan apa saja sebagai tentera-Nya bagi membantu hamba yg benar, sebagaimana laut dijadikan “tentera”-Nya bagi menyelamatkan Nabi Musa.

Kita? Jadilah hamba yg benar...
 

 

Wednesday, 15 February 2017

Jejak Jakarta


Mengimbau kenangan - September 2014

            Teringin nak ke Jakarta...tahu bahawa Skuad Didik Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam akan membuat satu Misi Sukarelawan Pendidikan ke sana, saya teruja! Apayah lagi apabila diberitahu bahawa antara pengisian program ialah lawatan ke “sekolah geladangan” iaitu sebuah sekolah yang sangat daif di celah-celah kemegahan kota besar Indonesia itu.

Sekolah Darurat Kartini

Sebagaimana dirancang, misi kami bermula ke Sekolah Darurat Kartini. Hati tersentuh melihat keadaan sekolah yang sungguh daif, dikelilakan oleh dua guru wanita kemabr kaya raya Ros dan Rian . Di sini ditempatkan murid-murid gelandangan (miskin, tiada tempat tinggal, yatim). Dua wanita berhati mulia ini melakukan amal bakkti sebagai usaha mendapat pahaala berterysan  walaupun sudah meninggal dunia. walau pun sudah meninggal dunia.



Wanita Kembar Berhati Mulia.. 
 
Lantaran kedudukannya yang agak sukar untuk dikesan, bas terpaksa membuat u-turn beberapa kali. Akhirnya, kami dapat menemui sekolah tersebut.
Daripada jalan utama, kami melalui lorong yang dhaif untuk ke sekolah tersebut. Di bawah jambatan yang berdebu dan di kelilingi kawasan yang seolah-olah satu tempat pembinaan yang tak kunjung siap.

Setelah perjalanan lebih kurang 800 meter, kami sampai ke sekolah tersebut. Pandangan pertama sebelum memasuki sekolah itu ialah ruangan luar yang menempatkan ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka menghadiri sesi persekolahan. Ruang menunggu ini sederhana besarnya, dan mereka berada dalam keadaan yang agak sesak. Pun begitu, tiada langsung perasaan gusar terpamer di wajah mereka. Agaknya, mereka menganggap hidup ini satu perjalanan biasa yg perlu dilalui tanpa mengharapkan apa2...

            Rombongan kami disambut oleh dua orang guru kembar wanita  , pengasas dan pengendalai sekolah ini. Kedua-duanya bergaun hijau, bertopi dengan fesyen yang sama dan mempunyai penampilan yang jauh lebih muda daripada usia mereka yang sebenar! Mereka berdua sebenarnya berasal daripada golongan elit yang kaya raya tapi memanfaatkan anugerah Allah dengan memberi sesuatu kepada golongan yang memerlukan.

            Apa yang menarik ialah apabila ditanya tentang motivasi mereka dalam mengendalikan sekolah ini ialah “Sebagai amalan pahala berterusan walau pun kita sudah meninggal dunia”. Juga, mereka berpendapat bahawa, harta yang mereka miliki lebih baik dimanfaatkan untuk insan-insan yang lebih memerlukan, berbanding pergi ke kotaraya sekadar untuk membeli-belah!

            Sekolah ini menempatkan semua murid dari semua peringkat umur. Terpegun saya melihat bagaimana mereka mengendalikan pengajaran dan pembelajaran untuk kelas bercantum yang begitu kompleks! Bilik darjahnya sangat sederhana. Tiada kipas. Tiada komputer. Saya difahamkan bahawa peralatan elektrik tidak boleh dilengkapkan ke  dalam bilik darjah lantaran tidak selamat daripada gigitan tikus yang berkeliaran di tempat itu.

            Waktu rehat tiba. Semua murid beratur untuk menikmati makanan yang sederhana tapi mengandungi gizi yang seimbang. Masing-masing teruja mendapatkan makanan dan ada sebahagian daripada mereka bergegas keluar mendapati ibu bapa yang berada di luar untuk menikmati makanan iti bersama-sama. Rupa-rupanya, selain daripada menunggu anak-anak mereka mengikuti sesi persekolahan, mereka juga berpeluang menikmati makanan.  Tersentuh hati melihat keadaan di luar jangka itu di celah-celah kotaraya Jakarta yang megah dan indah...


Beratur Waktu Rehat Untuk Dapatkan Makanan         

  Selain daripada membekalkan makanan setiap hari untuk murid-murid, mereka juga membekalkan keperluan asas ( beras, minyak, gula dan kicap) setiap dua minggu. Selain daripada memberi bantuan, ianya juga merupakan antara satu intensif untuk mengalakkan murid-murid datang ke sekolah untuk belajar.

             Pelajar-pelajar yang mengikuti rombongan tidak melepaskan peluang cuba merapati murid-murid di sekolah itu (walau pun namanya sekolah, tapi hanya satu bilik darjah sahaja yang memuatkan kesemua murid). Sesuatu yang menarik ialah, di penjuru hadapan sebelah kanan di tempatkan satu ruang “klinik” yang dilengkapi peralatan untuk pemeriksaan kesihatan, juga ubat-ubatan. Rupa-rupanya ini juga merupakan antara pakej yang disediakan oleh dua guru wanita kembar berhati mulia itu.

            Semasa berjalan keluar meninggalkan sekolah tersebut, hati saya betul-bertul tersentuh. Terasa seolah-olah kurang percaya dengan apa yang disaksikan sebentar tadi.Ya, masih wujud sekolah sedemikian...Dan, paling istimewa, wujudnya insan-insan berhati mulia yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang demi orang lain. Agaknya perkara yang sama terfikir di benak ahli-ahli rombongan yang lain kerana perasaan sayu dan terharu jelas tergambar di wajah mereka...Moga-moga lebih ramai lagi insan-insan seperti mereka di zaman pascamodenisasi yang kompleks, rencam yang kadang-kadang nilai-nilai kemanusian seakan-akan dilupakan...

Masjid Istiqlal

Menjelang senja, kami di bawa ke Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara yang mampu menampung lebih dariada 100 000 jemaah pada satu masa! Siap pada tahun 1961, dirasmikan oleh Presiden Suharto pada tahun 1978, ia dinamakan Istiqlal (Merdeka) kerana merupakan simbol kemerdekaan bagi rakyat Indonesia.


Di perkarangan luar masjid terdapat penjual-penjual yang menjual pelbagai barangan untuk dijadikan cenderahati bakal di bawa pulang. Pemandangan ini mengingatkan saya kepada Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah di mana jemaah Haji dan Umrah dapat membelibelah dengan penjual jalanan setiap kali berulang ke masjid.

Terdapat juga koperasi, kedai (toko) buku dan kafetaria. Di dalam masjid pula terdapat pelbagai ruang untuk aktiviti-aktiviti pengajian dan keagamaan yang lain. Semua ini jelas menunjukkan masjid ini cuba merealisasikan fungsi sebenar sesbuah masjid itu terbina – bukan sekadar untuk ibadah khusus seperti semata-mata, malah juga untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain.

            Khidmat simpan alas kaki (kasut atau selipar) juga disediakan dengan pekerja yang berkhidmat penuh sopan dan berbudi bahasa!

            Kami ke dewan solat di tingkat atas. Wah! Besar sungguh! Ruang solat yang tiada pemisah sempurna untuk muslimin dan muslimat seolah-olah satu ciri tempat solat di Indonesia. Namun, terasa lega lantaran bilik khas disediakan untuk muslimah mengenakan telekung (mengkana).

            Azan Maghrib dikumandangkan. Sebagaimana kebanyakan masjid di Malaysia, bilangan jemaah sangat sedikit berbanding dengan masjid yang begitu bersar. Perasaan sedih menyapa jiwa,  Mungkinkah ini salah satu petanda akhir zaman ...Manusia sudah tidak meletakkan solat di tempat yang sebenarnya di hati mereka. Sedangkan itulah amalan pertama dan utama bakal dihisab di hari perhitungan di alam sana...

Pantai Putri

Sebuah pantai yang cantik. Selain daripada penjual makanan ringan, air dan  cenderamata sebagaimana di pantai-pantai di Malaysia, saya tertarik dengan dua perkara utama di sini iaitu khidmat “sewa tikar” dan kereta kabel yang melintasi pantai.

Kreatif juga penyewa-penyewa tikar itu berfikir kaedah mendapatkan wang. Dan, perniagaan mereka agak lumayan berdasarkan ramai pengunjung yang memanfaatkannya. Ya...Rezeki Allah itu ada di mana-mana, terpulang kepada manusia untuk mencarinya.

Kehadiran kereta kabel yang melintasi pantai daripada atas adalah sesuatu yang menarik kerana ini membolehkan pengunjung atau pelancong yang menaikinya menikmati keindahan pantai menerusi “pandangan burung” (bird’s eye view). Teringin juga nak menaikinya, tapi dek kesuntukan masa, hasrat itu tidak kesampaian!

Taman Mini Indah Indonesia (TMII)

Rasanya TMII merupakan natara satu tempat yang wajib dikunjungi sekiranya ke Jakarta. Ini kerana, dengan melawat TMII ini, kita seolah-olah telah melawat seluruh Indonesia. Juga, umpama Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh, Melaka yang memolehkan pengunjung melihat tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia hanyadalam satu lawatan.Ini kerana ianya merangkumi pelbagai aspek kehidupan seharian masyarakat 27 wilayah (provinsi) Indonesia. Antara yang dipamaerkan ialah senibina rumah beserta aneka busana dan tradisi daerah berkaitan.

Lantaran kesuntukan masa, kami hanya mampu melawat miniatur beberapa daerah sahaja. Namun, segalanya sangat mengkagumkan. Justeru, TMII boleh dianggap berjaya merealisasikan harapan Ibu Tien (pencetus gagasan pembanguna TMII) iaitu membangkitkan rasa bangga dan cinta tanahair pada seluruh bangsa Indonesia.

Penjual Oh! Penjual...

Satu pemandangan yang menarik perhatian kami ialah wujudnya penjual di celah-celah kenderaan saat tiba waktu puncak. Pelbagai barangan dijual. Kalau barang-barang kecil seperti buku, beg, kasut permainan kanak-kanak dan makanna ringan, tidaklah menjadi sesuatu yang pelik Tapi, apabila ada yang sanggup memikul benda besar seperti tilam untuk di jual di saat demikian, terhibur juga kami dibuatnya!


 Gigih! Menjaja tilam di tengah2 kesesakan jalanraya di kotaraya Jakarka....

Begitulah. Demi mencari rezeki, manusai melakukan apa saja. Apa pun, itu lebih baik daripada merampas hak orang, menipu, mencuri, rasuah dan lain-lain.

            Pelbagai pengalaman menarik berupaya dikutip selama menjejak Jakarta dalam masa yang agak singkat. Semasa dalam pesawat KLM dalam perjalanan pulang, saya merasa perlu kembali ke kotaraya itu lantaran banyak lagi tempat yang perlu diterokai. Moga-moga Allah perkenankan...