Penerbangan “Business
Class”
Oktober 1996
Pesawat MAS
yang ku naiki itu selamat mendarat di Lapang Terbang Antarabangsa Heathrow,
London. Ah! Leganya... Sampai juga aku akhirnya ke kotaraya itu selepas melalui
penerbangan yang begitu lama! Paling teruja, berpeluang juga aku akhirnya menjejakkan
kaki ke bumi England!
Paling tak
diduga, Allah menganugerahkan peluang menaiki penerbangan “Business Class”.
Layanan di atas pesawat, “tip-top”. Pramugari akan melayan dengan penuh hormat
dan mesra. Makanan dihidangkan tak putus-putus. Tak termakan! Makanan pula,
sedap2nya! Tempat duduk? Luas dan selesa. Masa menunggu sebelum penerbangan
pun, sangat istimewa - Merak Lounge (masa tu masih di Lapangan Terbang Subang).
Kami
menuruni pesawat. Diberi satu kad khas berwarna hijau..Green Lane atau Fast
lane. Rupanya, berbekalkan kad tersebut, kita akan melalui laluan istimewa,
tanpa pemeriksaan imegresen yang sulit dan memenatkan (yang terpaksa ku lalui
apabila datang dengan penerbangan Kelas Ekonomi beberapa kali selepas itu).
Sepanjang
perjalanan menuju ke tempat bagasi, penumpang2 lain hanya memerhatikan kami
yang kelihatan “bertuah” kerana disediakan laluan pantas dan istimewa begitu. Gembira
di hati hanya Allah yang tahu!
Sesampainya
ke “belt” bagasi, beg2 kami dah terkumpul pada satu tempat khas – tak perlu
tunggu “belt” itu berpusing untuk dapatkan beg! Wahhh!!! Seronok sungguh!
Itulah...
Antara pengalaman manis yang tersemat di memori – segar hingga kini. Ya! Hanya VIP
atau VVIP sahaja dapat menikmati itu semua. Orang biasa sepertiku?
Ya...Sekali-sekala Allah anugerahkan juga. Itulah rahmat Allah yang tak
terduga. Allah akan beri kita perkara2 yang kadang2 tak kita sangka!
Apa pun,
hati terfikir ... begitulah agaknya di akhirat nanti. Saat semua orang keluh
kesah dalam lautan manusia untuk menunggu pengadilan, ada kumpulan yang akan
menerima layanan istimewa daripdaa Allah. Tak perlu tunggu lama2... tenang
damai di Padang Mahsyar walau pun orang lain terpaksa menghadapi kesukaran..
ada yang matahari sejengkal ke kepala, ada yang tengelam dalam peluh sendiri
dan pelbagai lagi keadaan ... manifestasi amalan semasa di dunia.
Golongan ini
pula, dilindungi awan (bagi yang melazimi membaca Surah Al-Baqarah dan Ali
Imran – Az-Zahrawaini), seterusnya melaui titian sirat sepantas kilat dan
dijemput ke syurga tanpa hisab! Itulah golongan VVIP Alhirat! Sayu, sedih dan
terasa diri ini amat kerdil utk jadi seperti mereka. Namun, usaha perlu ada ke
arah itu. Perlu lipatgandakan usaha selagi ada peluang. Juga, perlu mujahadah
untuk lakukan amalan-amalan yang melayakkan diri untuk menjadi VVIP akhirat.
Business
Class di dunia, pun dah terasa begitu isimewanya, tak terbayang...kalau mampu
jadi VVIP untuk dapat Business Class di akhirat...
Ya! Allah, rahmatilah
kami semua agar mampu lakukan amalam2 yg melayakkan kami menjadi VVIP Akhirat.
Ameen...
No comments:
Post a Comment