Terkesan dengan Surah Yusof. Betapa hebatnya ujian Allah
pada para nabi – antaranya Nabi Yusof dan Nabi Yaacob (ayah baginda).
Saat anak-anaknya tidak kembali bersama Buniyamin (saudara
seibu Nabi Yusof) yang diamanahkan kepada anak2nya saat mereka membawanya ke
Mesir (atas permintaan Nabi Yusof- berdasarkan wahyu drp Allah), Nabi Yaacob
tersangat sedih. Kehilangan anak kesayangannya buat kali kedua. Namun baginda
hanya berkata:
“Sabar
itu indah...” Terus bersabar dan yakin bahawa Allahlah sebaik2 tempat mengadu...
Itulah kentalnya jiwa seorang nabi. Tiada perasaan marah
dan dendam terhadap sesiapa apatah lagi anak2 sendiri yg mengkhanati. Yakinnya hanya
pada Allah Yg Esa. Boleh saja baginda memulaukan anak2 yg khianat itu. Namun,
itu bukan sifat seorang nabi.
Kita bagaimana? Jom! Teladani sifat nabi –sabar dan jadikan Allah sebaik2 tempat mengadu...
No comments:
Post a Comment