Monday, 8 April 2019

Hijrah


HIJRAH

Sekiranya suatu tempat itu hanya menjanjikan kesedihan, kesukaran dan kegusaran hati, tiba masanya untuk fikirkan : berhijrah ke tempat yang lebih baik. Ada begitu? Memang ada. Kita dah cuba sedaya mungkin, namun cahaya bahagia di tempat tersebut seolah2 tak muncul2, dan tak akan muncul!

Berhijrahlah. Jangan takut. Kenangi sejarah Rasulullah SAW. Di Mekah, tempat paling mulia di muka bumi, baginda disakiti, dikhianati, dilakukan pelbagai perkara yg mengundang penderitaan zahir dan batin.

 Akhirnya, dengan perintah Allah, baginda berhijrah. Kekallah baginda di bumi Madinah Munawwarah hingga ke akhir hayat ... dan hingga kini jasad mulia itu masih bersemadi di bumi yang mengalu-alukan kedatangan baginda.

Nabi Yusof .. pun begitu. Walau pun cara penghijrahannya berbeza (angkara perbuatan khianat adik-beradiknya), namun di Mesir, baginda dikurniakan Allah kedudukan mulia. Dan baginda juga kekal di tanah bumi  Mesir hingga ke akhir hayat.

Ya... Hijrah itu pengorbanan, perjuangan demi kehidupan yang lebih baik. Bila keadaan dirasakan mendesak, hijrahlah!

No comments:

Post a Comment