BERKATA
SEORANG PAKCIK TUA.
Seorang
pakcik tua ditanya, apakah yang beliau pelajari dari usianya yang telah
berlalu?
Beliau
menjawab:
Aku
belajar...
Bahawa dunia
ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan..
Aku
belajar...
Bahawa orang
yg dizalimi lambat laun akan mendapat haknya..
Aku
belajar...
Bahawa anak
panah malam (doa & tahajjud) tidak pernah tersasar..
Aku
belajar..
Bahawa
kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka..
Aku
belajar..
Bahawa kata²
yg baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia..
Aku
belajar..
Bahawa orang
yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan..
Aku
belajar..
Bahawa usia
akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis..
Aku
belajar..
Siapa yang
mahu kata-katanya didengari, maka perlu bersedia mendengar dari orang lain..
Aku
belajar..
Bahawa
bermusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia..
Aku
belajar..
Orang yang
sering berkata : (akulah, akulah) sebenarnya kosong dari dalam..
Aku
belajar..
Bahawa emas
akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat..
Aku
belajar..
Bahawa semua
manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yg tidak sempat
dilaksanakan..
Aku
belajar..
Kita sering
mengemas katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'..
Sudahkah
kita mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk
menikmati 'mati besar'?
Berkata
seorang soleh ;
"Aku
hairan manusia yang sering memikirkan tentang makanan yang boleh mendatangkan
penyakit, tetapi tidak pernah memikirkan tentang dosa yang boleh menghumbannya
ke dalam api neraka."
No comments:
Post a Comment