Memori Indah Umrah Ramadan 2019
Alhamdulillah...
Dah hampir dua minggu sekembali daripada Umrah Ramadan yg penuh bermakna. Bila
di”bedahsiasat”, rahsianya? Doa, solat hajat dan bacaan Yasin ... ya-mohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Pelbagai
peristiwa menarik utk disimpan dalam fail memori...
Syahdunya
mendengar bacaan imam Masjidil haram saat menunaikan solat Terawih dan
Qiamullail.
Bahagianya saat melihat cerianya wajah jemaah yang menerima coklat
yang diberikan saat menunggu waktu berbuka! Gembiranya mendapat tempat betul2
menghadap Kaabah saat menunggu waktu Solat aidilfitri dan.. banyak lagi!
Terharu
melihat jemaah2 berebut2 utk membuat kebaikan. Membahagikan makanan utk jemaah lain..
Membahagi makanan...
Saat menunggu iftar
Saat menunggu iftar
Syahdunya pemandangan saat menunggu waktu berbuka di Masjidil haram
Pengalaman pertama – menyaksikan
jemaah yang kehilangan selipar dihadiahkan selipar percuma saat meredah
teriknya mentari usai Solat Jumaat. Terbayang segar seorang jemaah lelaki
berpakaian ihram yang mempamerkan kegembiraan luar biasa saat menerima selipar
percuma itu!
Kreatif
sungguh mereka ... bersiap2 dg bekalan selipar. Cari jemaah yang berkaki ayam.
Hadiahkan selipar! Ya – hadiah terbaik ialah hadiah yg diberi saat ianya amat
diperlukan! Aku memandang penuh terharu!!!
Berjalan
lagi ke hadapan. Ada yg menyembur air ke muka jemaah yang kepanasan (suhu
kadang2 mencecah 48oC! Paling seronok – bila dua kanak2 (usia antara
5 -7 tahun) disembur muka mereka dg air sambil berselawat. Tersenyum aku
dibuatnya!
Diuji juga dengan batuk yang agak serius - moga2 jadi penghapus dosa. Ameen...
Miss shopping ke Jaffaria Souk - rasanya perlu utamakan iktikaf di masjid.
Miss juga lawatan luar - esp mandi di perigi zam2 selepas Asar di hari raya pertama - badan betul2 tak bermaya hari tu, habiskan masa di masjid... buat saja apa yg termampu. Lagi pun Allah tidak pernah membebankan kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita, hanya kita yg kadang2 lupa akan kemampuan diri...
Ya! Allah, bimbinglah hamba=Mu ini agar tidak keterlaluan dalam segenap urusan. Ameen...
Alhamdulillah. Kali ini juga dapat menghayati Malam2 ganjil esp mlm 27 & 29 dg baik di tempat yang menganugerahkan pemandangan Kaabah tersergam indah di hadapan! Solat setentang dg Hajarul Aswad, Multazam dan pintu Kaabah. Masya’-Allah – tak terkata syukurnya...Alhamdulillah (infiniti!)
Moga akan dijemput lagi untuk menjadi Tetamu Ar-Rahman.
Ameen...
No comments:
Post a Comment