Wednesday, 26 June 2019

Syukur selalu...


Perkongslan menarik seotang rakan...

Hari ini masuk satu pesakit.
Aku lihat pada kadnya : "sakit kepala selepas dibaling kasut"

Tengok jam : 4 pm
Bukan "mc seeker"

Tengok nama baru teringat, "oh cikgu ni"

Beberapa saat, cikgu tersebut masuk.
Mula bercerita.

Katanya tengah ajar agama,
Tasmik surah dengan anak murid.

Tiba-tiba terasa hentaman kuat di kiri telinga.
Betul-betul kuat sampai dia tertunduk dan mengalir air mata.
Menahan sakit.

Tak sempat lihat siapa yang baling.
Selepas itu baru tahu.
Memang murid yang dijangkakannya.

Aku dengar : dalam percaya tak percaya.
Murid darjah dua baling kasut pada gurunya?

Aku periksa telinga,
Periksa mata dan kepala cikgu terbabit.
Tiada kecederaan serius.

"Tu cikgu buat apa dengan depa?"

Dia diam seketika sebelum menjawab.
"Entahlah, tadi saya tengah turun airmata tu saya cakap kat depa, kalau tak mau belajar dengan ustazah tak apa, boleh keluar kelas dulu"

Katanya tak mahu bertindak mengikut emosi.
Siapa sangka dia disakiti murid sendiri.

.

Aku : termenung sebentar.
Antara terfikirkan anak-anak kecil hari ini.

Kemudian terfikir, aku mungkin takkan sabar kalau menjadi cikgu, sebab tu jadi doktor kot.
So far tak ada lagi pesakit baling kasut kat telinga aku. Huhu.

(Dulu pernah teringin nak jadi cikgu)

Masa tu terfikir
Best jugak jadi cikgu.

Tapi..

"The grass is always greener on the other side of the fence"

Benarlah pepatah ini.
Tengok pinggan orang sebelah nampak sedap,
Sedangkan pinggan kita pun ada makanan.

Itulah sifat manusia.
Tak pernah puas.

Kita begitu dambakan kehidupan orang lain,
Dan orang lain pula begitu dambakan kehidupan kita,

Ironi?
Kitarannya tetap begitu kerana manusia sukar untuk merasa cukup dengan apa yang dia ada.

(Benarlah qanaah itu kekayaan jiwa)

Kita rasa kita kenal diri kita,
Tapi kita lupa Allah lebih kenal siapa kita, kemampuan dan kapasitinya bagaimana.

He will always give the best for you.
Remember.


Aku : baring hari ini dengan pandangan ini.
Seribu satu muhasabah.

Mungkin aku diuji dengan kesihatan diri,
Namun setidaknya aku tidak disakiti (tak dibaling kasut naudzubillah)

Dalam mengharungi ujian,
Aku lupa untuk menghitung satu demi satu nikmat Allah yang banyaknya.

Cuba kira,
Ketahuilah takkan pernah berjaya.

You cant even list all the gifts He gave you.

‎وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

'Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'
(16:18)

Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada para guru (dan doktor) dan semua yang berbakti pada masyarakat

No comments:

Post a Comment