Friday, 5 July 2019

bantulah dg 2S (senyum & sopan)

Malam 29 Ramadan di Masjidil Haram...

Tiba2 terasa nak ke bilik air. Lihat jam, 30 minit menghampiri waktu Subuh. Ujian sungguh! Bisik hati. Apa pun, kena keluar ... tapi cari tandas terdekat. Tandas awam? Hilton? Teringat kata Kak Pah (Pengurus Wira Saujana), tandas kat Safwa dekat. Ya..boleh cuba. Jadi terus ke sana.

Lantaran tak pernah ke sana, sukar juga nak cari – terpaksa bertanya beberapa kali dg orang2 yg boleh dipercayai (petugas restoran berhampiran, pencuci premis). Ya...nak bertanya pun kena pandai pilih orang, silap tanya, lain pula panduan yg diberi!

Selesai. Kini, nak kembali semula ke masjid. Lantaran telah menggunakan escalator berbeza, tak pasti arah nak ke masjid bila dah berada di aras bawah. Kedai dah ditutup, kecuali beberapa buah yg sedang ditutup. Ah! Tak boleh ganggu mereka yg sedang sibuk utk bertanya.

Tiba2 ternampak seorang polis Arab. Alhamdulillah!

“Haram?” Aku bertanya. Itu sahaja cara yg paling mudah di saat “kritikal” seperti itu. “Haram” – istilah utk masjidil haram.
Polis itu segera faham. Lantas, dia menuding jari ke arah masjid. Serta memberi beberapa panduan yg membuatkan aku “kabur”! Menyedari keadaanku yg tidak yakin akan arah masjid, dia mengisyaratkan agar aku mengekorinya sahaja. Paling menyenangkan ialah caranya yg amat mesra, senyum yg amat ikhlas dan sopan santun yg tinggi. Tenang & senang hati aku dibuatnya.

Bila dah nampak “landmark” yg dah biasa (WC4 ladies), aku dah tahu arah ke masjid. Dia pun berlalu dg penuh sopan, senyuman ikhlas itu tetap di wajahnya.

Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, aku sgt merasa senang mengenangkan perlakuan baik polis Arab itu. Betullah ... senyum itu sedekah. Walau pun kecil, namun sgt besar impaknya pada hati kita, apatah lagi di saat-saat genting di mana kita berada d tempat yg sgt asing, bersendirian.
Selain senyuman, bantuan yang diberi juga perlu pada tahap paling baik. Kalau ada yg meminta ditunjukkan jalan, luangkan masa utk menunjuk dg kita sendiri “membawa jalan” – bukan sekadar panduan berupa arahan : "Terus...Kiri...Kanan...depan...belakang”! Kita yg biasa, mungkin memadai. Tetapi, bagi orang asing, mungkin sukar dan tafsiran agak berbeza. Kadang2 bila diminta tunjuk arah, pada orang yg salah, kita jadi semakin tak tentu arah!

Bantulah dg sikap dan peribadi yang baik serta beri panduan yg mantap, macam polis Arab itu ...

Buatlah sebaik mungkin – tanam kebaikan di mana2, lantaran kebaikan itu kita juga yg akan menuianya!

No comments:

Post a Comment