Monday, 1 April 2019

Penerbangan “Business Class”


Penerbangan “Business Class”
Oktober 1996

Pesawat MAS yang ku naiki itu selamat mendarat di Lapang Terbang Antarabangsa Heathrow, London. Ah! Leganya... Sampai juga aku akhirnya ke kotaraya itu selepas melalui penerbangan yang begitu lama! Paling teruja, berpeluang juga aku akhirnya menjejakkan kaki ke bumi England!
Paling tak diduga, Allah menganugerahkan peluang menaiki penerbangan “Business Class”. Layanan di atas pesawat, “tip-top”. Pramugari akan melayan dengan penuh hormat dan mesra. Makanan dihidangkan tak putus-putus. Tak termakan! Makanan pula, sedap2nya! Tempat duduk? Luas dan selesa. Masa menunggu sebelum penerbangan pun, sangat istimewa - Merak Lounge (masa tu masih di Lapangan Terbang Subang).

Kami menuruni pesawat. Diberi satu kad khas berwarna hijau..Green Lane atau Fast lane. Rupanya, berbekalkan kad tersebut, kita akan melalui laluan istimewa, tanpa pemeriksaan imegresen yang sulit dan memenatkan (yang terpaksa ku lalui apabila datang dengan penerbangan Kelas Ekonomi beberapa kali selepas itu).

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat bagasi, penumpang2 lain hanya memerhatikan kami yang kelihatan “bertuah” kerana disediakan laluan pantas dan istimewa begitu. Gembira di hati hanya Allah yang tahu!

Sesampainya ke “belt” bagasi, beg2 kami dah terkumpul pada satu tempat khas – tak perlu tunggu “belt” itu berpusing untuk dapatkan beg! Wahhh!!! Seronok sungguh!

Itulah... Antara pengalaman manis yang tersemat di memori – segar hingga kini. Ya! Hanya VIP atau VVIP sahaja dapat menikmati itu semua. Orang biasa sepertiku? Ya...Sekali-sekala Allah anugerahkan juga. Itulah rahmat Allah yang tak terduga. Allah akan beri kita perkara2 yang kadang2 tak kita sangka!

Apa pun, hati terfikir ... begitulah agaknya di akhirat nanti. Saat semua orang keluh kesah dalam lautan manusia untuk menunggu pengadilan, ada kumpulan yang akan menerima layanan istimewa daripdaa Allah. Tak perlu tunggu lama2... tenang damai di Padang Mahsyar walau pun orang lain terpaksa menghadapi kesukaran.. ada yang matahari sejengkal ke kepala, ada yang tengelam dalam peluh sendiri dan pelbagai lagi keadaan ... manifestasi amalan semasa di dunia.

Golongan ini pula, dilindungi awan (bagi yang melazimi membaca Surah Al-Baqarah dan Ali Imran – Az-Zahrawaini), seterusnya melaui titian sirat sepantas kilat dan dijemput ke syurga tanpa hisab! Itulah golongan VVIP Alhirat! Sayu, sedih dan terasa diri ini amat kerdil utk jadi seperti mereka. Namun, usaha perlu ada ke arah itu. Perlu lipatgandakan usaha selagi ada peluang. Juga, perlu mujahadah untuk lakukan amalan-amalan yang melayakkan diri untuk menjadi VVIP akhirat. 

Business Class di dunia, pun dah terasa begitu isimewanya, tak terbayang...kalau mampu jadi VVIP untuk dapat Business Class di akhirat...

Ya! Allah, rahmatilah kami semua agar mampu lakukan amalam2 yg melayakkan kami menjadi VVIP Akhirat. Ameen...

Tuesday, 1 January 2019

Tahun Baharu


Hadirnya tahun baharu bermakna makin hampir kita untuk bertemu Allah
Ya! Allah, 

rahmatilah kami agar dapat menjauhi maksiat selama Engkau menghidupkan kami

rahmatilah kami agar tidak bersusah payah melakukan perkara yg tidak berfaedah, yang Engkau tidak redai

bimbinglah kami agar dapat melakukan perkara-perkara yg mampu mendekatkan pada cinta-Mu, reda-Mu dan syurga-Mu

bimbinglah hati2 kami agar  semakin dekat dengan-Mu seiring dg jasad kami mendekati-Mu

bimbinglah kami agar dapat menjadikan tahun 2019 lebih baik daripada tahun 2018 yang baru berlalu...

Selamat menyambut Tahun Baharu 2019 ...

Sunday, 2 December 2018

Beza & sam

Peta hidup kita berbeza, namun destinasi hidup kita sama - kembali kepada-Nya...

Yg Pergi, Yg Tinggal...


Mlm tadi, terkejut dg pemergian Nab (Naaimah Zakaria), kawan sekolah. Seorg yg amat baik...

Kesedihan menyelubungi semua..WA ZS76 dipenuhi dg ucapan takziah. Pagi ni, ada lagi beberapa ucapan. Lepas tu, semua mula bercerita ttg hal lain. Begitulah...saat kita pergi nanti, seketika cuma ahli keluarga dan sahabat merasa sedih dan kehilangan. Lepas itu, semua akan terus dengan kehidupan masing2... ada yg masih ingatkan kita, namun ramai yg terus akan melupakan...

Kita? Meneruskan perjalanan di alam baru...cabaran baru...bemula dg barzakh. Transit penentu bahagia atau sengsaranya kehidupan seterusnya – Kiamat, Hari Kebangkitan, Mahsyar, Hari Pengadilan, Titian Sirat dan akhiratnya...penghujung alam abadi – Syurga atau Neraka (na’uzubillahi min zalik!). Keluarga, sahabat, harta, semuanya ditinggalkan. Yg dibawa hanya amalan, penentu bahagia atau deritanya di alam kemudian...

Ya! Allah, bimbinglah kami agar dapat memanfaatkan setiap helaan nafas anugerah-Mu dg sebaik mungkin ... moga layak menjadi warga syurga – kekal bahagia di sisi- mu. Ameen...

Tuesday, 6 November 2018

Nikmat berharga


Dapat berdamping dg Al-Quran (Allah berbicara) dan mengerjakan solat (berbicara dg Allah) pun sudah merupakan sebesar2 nikmat buat seorang bergelar hamba...

Keinsafan...


Pemergian2 ahli keluarga yg silih berganti akhir2 ini makin menyedarkan diriku akan hakikat hidup. Muda atau tua, bahagia atau derita, kaya atau papa, penguasa atau rakyat biasa,akan dipanggil atas kehendak-Nya. 

Tanpa diduga. Tanpa dijangka. Semua yg bergelar insan, akan bergelar jenazah, pada bila2 masa. Saat itu, segala2nya bakal ditinggalkan. Hanya amal yg bakal dibawa.





Wahai diri yg selalu alpa, giatkanlah usaha utk mengutip sebanyak mungkin bekalan yg bakal menjadi penyebab kebahagiaan di alam sana...

Rugi sebenar

Kerugian sebenar – tidak mendapat keampunan Allah., taubat tidak diterima.

4 syarat utk taubat diterima:
1.       Penyelesaian bersungguh2
2.       Meninggalkan maksiat itu serta merta.
3.       Berazam dg sungguh2 utk tidak mengulanginya
4.       Mengembalikan hak org yg dizalimi/disakiti/dianiaya