Saturday, 25 February 2017

Alangkah bezanya!



Allah beri kita segalanya.
Dia tidak meminta apa2 drp kita – hanya taat pada-Nya!
Bezanya dg manusia. Kadang2 bernya tak seberapa. Mintanya yg lebih2 pula!

Carilah reda Allah



Dalam apa jua keadaan, carilah , lakukanlah perkara2 yg menyukakan Allah, bukan manusia. Ini lebih baik, dan lebih mudah! Kenapa? Allah tidak pernah sia2kan sedikit pun usaha kita. Manusia, kerap kali, mengecewakan!

Juga, apa yg Allah suka, kekal, tidak berubah (rujukannya: Al-Quran dan Hadis). Sedangkan manusia, kadang2, hari ini “hitam”, esok “putih”. Kadang2 tak perlu tunggu esok, hatinya dah berubah, kemahuannya juga begitu! Saat ini “hitam”, saat berikut dah “putih”!

Raih cinta siapa?



Ketenangan itu mampu kita peroleh hanya dengan merasai cinta Allah. 
Justeru, buatlah apa jua utk meraih cinta-Nya...

Kopi itu...



Sesudu kopi akan pahit jika dimasukkan ke dalam secawan air.
 Kurang pahitnya kalau di dalam sebaldi air.
Langsung tak pahit kalau dimasukkan ke dalam kolam!
Begitu juga dengan masalah, akan dirasakan sakitnya jika dada kita sempit. Jadi, berlapang dadalah selalu atas apa jua kepahitan yg bertamu!

Friday, 24 February 2017

Cinta Allah

Bagaimana nak dapat nikmat cinta Allah

1. Rasa senang bertemu dg Allah - kematian. Terus beramal soleh dan yakin akan rahmat Allah s.w.t. Kematian bila2 masa boleh datang... sentiasa bersedia. Sentiasa berdoa agar mencintai kita.

2. Senang menyendiri utk mendapat cinta Allah...paling kurang 5 kali sehari. Solat dg khusyuk...rasa betul kita diperhati oleh Allah. Iktiqaf dlm masjid (khususnya muslimin)

3. Bersabar terhadap perkara2 yg kita tak sukai. Apa yg kita tak suka itu baik utk kita, berdasarkan ilmu Allah

Rumah Kekal

Cuba bayangkankediaman  yg paling indah anda nak miliki...banglo mewah, istana...atau apa saja...mungkinn spt ini...



...dihiasi taman indah...


Mudah ke nak dapatkannya? Ah! Sukar sekali...keringat dan air mata - itu yg pasti! Kadang2 sampai terpaksa menghadapi pelbagai stres, krisis..ujian fizikal, emosi, rohani, kewangan dll.

Berapa lama nak tinggal di dalamnya?

Paling lama...40 tahun. Oh! Lama tu..sbb jarang yg dpt memiliki eset spt itu (lainlah kalau anak jutawan) sebelum usia 40-an. Entah2...akhir 40-an atau hampir bersara, baru mampu...Kadang2 baru dua bulan menikmatinya, ada juga dua hari...atau...sedang dlm pembinaan ...Allah dah jemput pulang ke negeri abadi...

Tinggallah segala kesenangan, impian, kebahagiaan ... juga org tersayang...

Kalaulah terlalu sibuk memburu kesenangan di tempat sementara hingga lupa bekalan utk kediaman abadi di sana, alangkah ruginya!

Di sana...Allah sediakan syurga yg keindahannya tidak pernah tergambar di fikiran kita, Ianya kekal abadi..

kalaulah ingin sesuatu yg indah di dunia ini pun, terpaksa bersusah payah, apatah lagi utk dpt Syurga Allah...lebih2 lagi lah.

Jom! sama2 renungkan dan lipatganda usaha, sementara masih diberi peluang "membina istana di sana"...

"RETIRE" DI usia Persaraan



Kenangan manis Khamis 23/2 masih menyirami jiwa dg mesra…saat menghadiri majlis persaraan Sofi. Terbayang wajah2 sahabat2 yg disayang dan menyayangi. Kemesraan terasa, menyentuh jiwa saat kami berpelukan…sata demi satu – dg aura yg sama! Terasa diri dihargai! Setiap wajah mempamerkan keceriaan saat bersua. Keikhlasan, kasih sayang terpancar di setiap wajah insan yg disantuni. Itulah nikmat – sahabat sejati. Terima kasih  atas anugerah-Mu ya Ilahi…



Selamat bersara sahabatku..moga lebih tenang, damai dan bahagia di usia persaraan...

 Teringat...hampir 3 tahun yg lalu (Ah! Rasa macam baru saja berlalu!)...di sinilah juga saya diraikan oleh sebahagian kawan2 yg sama! Masa diminta berucap, pelbagai usaha dilakukan utk halang "emotional breakdown" - sbb kalua dah mula "hujan", payah ila nak reda. Lagi pun, tak menarik langsung bila lihat org usia emas menangis!!! Alhamdulillah...kekal tabah saat terpaksa berpisah!




 Jom! kita kongsi idea2 berkaitan persaraan :

RETIRE DI USIA PERSARAAN



Persaraan, seperti juga memulakan kerjaya, perlu persediaan mental dan emosi.

Apa maksudnya? Ya, kita perlu bersedia dan tahu apa yang bakal kita lakukan apabila tiba masanya untu bersara. Saya tertarik dengan idea seorang rakan berkaitan hal ini dengan menggunakan perkataan RETIRE itu sendiri. Justeru, Saya kekalkan bahasa yang digunakan bagi mengekalkan keaslian dan intisarinya.

R – Read
E – Enjoy
T – Travel
I – Involve
R - Reflect
E – Excercise

1.        Read (Baca)

Sebagaimana wahyu pertama yang diturunkan kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w., umat Islam digalakkan untuk membaca bagi mendapatkan ilmu.

Hambatan tugas yang rencam semasa dalam perkhidmatan menyebabkan kita mempunyai masa yang amat terhad untuk membaca bahan-bahan lain yang di luar bidang dan kita minati. Kadang-kadang apabila ke kedai atau pesta buku, banyak buku-buku yang dibeli, tapi kekal tersusun indah dalam almari tanpa berpeluang menyentuh kembali!

Sekarang, tibalah masanya! Kenal pasti kekurangan diri yang perlu terus diperbaiki dengan mengamalkan budaya membaca terutama Al-Quran (Tafsir dan terjemahan), hadis dan lain-lain bahan bacaan kesukaan kita yang telah lama diidam-idamkan terutama yang boleh menyumbang kepada pembangunan diri.

2.        Enjoy – Nikmati

Apa yang hendak dinikmati? Banyak! Antaranya, kurniaan masa lapang. Sekarang kita dianugerahkan masa yang berharga itu sepenuhnya untuk disusun atur dengan jadual sendiri! Menarik bukan?

Mungkin selama ini kita terhalang daripada melakukan hobi yang membahagiakan – membaca, menulis, berkebun dan lain-lain. Nah! Sekarang sudah tiba masanya untuk kita nikmati itu semua.

            Di usia ini, biasanya anda sudah mempunyai anak-anak yang telah berjaya mencebur diri di alam kerjaya. Dan tidak kurang juga dianugerahkan cucu-cucu comel penyejuk mata. Nikmatilah dan syukuilah kesemuanya!


3.        Travel – Melancung/mengembara

Semasa berkhidmat, kita sangat teringin untuk melihat negara orang. Tapi, apakan daya, kemampuan masa dan kewangan amat terbatas. Sempena persaraan, kita diberi ganjaran yang bukan sedikit. Jika kesihatan mengizinkan, inilah masanya merealisasikan impian menjejakkan kaki  ke negara orang yang belum kita lawati. Usah kedekut dengan diri sendiri.





Mengembaralah untuk melihat keagungan ciptaan Tuhan – iklim, warna kulit, bahasa, budaya, kemajuan, persekitaran dan lain-lain yang berbeza dengan kita. Melancung ke bumi anbiya’ (seperti Mesir, Jordan,Palestin dan lain-lain), selain daripada mengerjakan umrah, juga berupaya menyuntik keinsafan akan kepayahan yang dilalui oleh nabi-nabi, sahabat-sahabat dan orang-orang soleh terdahulu dalam perjuangan meninggikan syiar Islam.


Pengembaraan-pengembaraan seperti ini berupaya menyuntik motivasi kerohanian yang amat bermakna buat kita.

4.        Involve – libatkan diri

            Lihat sekeliling. Dengan kepakaran yang ada, mungkin anda boleh libatkan diri untuk aktiviti kemasyarakatan. Ceramah motivasi, khidmat nasihat dan sumbangan di sekolah-sekolah yang memerlukan. Juga, menyertai badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan misi kemasyarakatan dan kemanusiaan peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Cuba bina kehidupan dengan memberi. Ciptakan kebahagiaan dengan membahagiakan orang lain!

5.        Reflect – Refleksi

            Refleksi atau muhasabah diri merupakan antara aktiviti yang perlu diisi dalam kalendar hidup seorang mukmin. Usia juga ibarat perjalanan dalam satu hari. Usia emas, ibarat usia senja dan menghampiri malam. Sebagaimana refleksi yang dilakukan sebelum tidur di setiap hari yang berlalu, itulah yang seharusnya dilakukan di usia senja.

            Ambil masa untuk merenung kembali setiap fasa kehidupan yang telah dilalui. Kenal pasti setiap kesilapan yang telah kita lakukan dalam setiap peranan yang Allah amanahkan sebagai ahli keluarga, pelajar, pendidik dll. Walau pun kita telah cuba melakukan setiap tanggung jawab dengan sebaik mungkin, namun pasti ada kelemahan di mana-mana.

            Walau pun kita cuba sebaik mungkin mematuhi tuntutan syariat, namun terkadang kita tersilap langkah, tersalah arah dan terlupa akan misi kewujudan kita sebagai hamba dan khalifah. Akuilah kesilapan kita di hadapan Allah. Mohonlah keampunan daripada-Nya sebelum dosa-dosa kita ditayangkan di Padang Mahsyar di mana kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

            Tidak juga boleh menafikan kebenaran lantaran saksi-saksi di kala itu tidak dapat dipertikaikan kewibawaannya – Allah sendiri, malaikat-malaikat pencatat di kiri kanan dan anggota badan kita sendiri! Hebat sungguh pengadilan yang bakal kita lalui... Dan ini adalah pasti lantaran setiap hari, sekurang-kurangnya kita menyebut sebanyak 17 kali (dalam solat fardu 5 waktu) ... “Yang menguasai Hari Pembalasan..” (Al-Fatihah 1: 3).

            Inilah masanya untuk kita cuba memadamkan semua titik-titik hitam yang mungkin tercatat dalam dairi hidup kita. Istighfar. Solat taubat. Menyesali sungguh-sungguh kesilapan yang lalu. Maklumlah. Di usia muda, darah panas dan ilmu tak seberapa... Moga Allah bukan sekadar mengampuni dosa-dosa kita malah menyayangi kita kerana “Allah menyayangi orang-orang yang bertaubat”.

6.        Excercise - Senaman

Kesihatan anugerah Allah perlu dijaga sebaik mungkin agar kita boleh terus berbakti dan memberi. Antara kaedahnya ialah dengan melakukan senaman yang sesuai dengan usia kita pada masa yang sesuai.

Laburkan sedikit masa untuk senaman ringan (pagi atau petang). Sebagaimana kita laburkan wang untuk keuntungan jangka panjang, begitu juga pelaburan ini akan juga menguntungkan kerana kesihatan itu kekayaan!

            Sebagaimana kita ada wawasan yang jelas sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan, begitu juga seharusnya, saat bermula usia persaraan. Seharusnya wawasan akhirat perlu diperkasakan lagi lantaran usia ini sangat kritikal - bila-bila masa kita akan dijemput untuk menghadap Ilahi. Antara yang dapat dilakukan ialah RETIRE...