Saturday, 22 September 2018

R & R


Pernahkah anda memandu tanpa henti dlm satu tempoh yg lama (contohnya 7 jam)? Letihkan. Sebab itu, R&R di sediakan di lebuhraya…bagi membantu pengguna jalanraya berhenti seketika – “rehat dan rawat” – segar kembali utk meneruskan perjalanan dg selesa. Pemanduan berterusan yg meletihkan juga membahayakan diri sendiri dan org lain. Satu saat terleka, kadang2 boleh menyebabkan sepanjang hayat menderita atau pergi buat selama2nya!

Dalam lebuhraya kehidupan, begitu juga. Allah menyediakan lima R&R untuk 24 jam seharian. Bila? Saat kita keletihan di tengah hari, R&R Zohor. Kerja semula…R&R Asar. Begitulah seterusnya. Allah maha mengetahui segala kelemahan kita. Jadi akurlah. Berhentilah, bukan sekadar utk bertemu dan berbicara dg-Nya, memohon bantuan, petunjuk dan panduan, tapi juga agar kita kembali bertenaga utk memulakan tugas semula...dan juga untuk menghalang kita menghadapi kemalangan dalam lebuhraya kehidupan…

Tuesday, 18 September 2018

Bantulah


Saat ada yg susah, berusahalah utk membantu kerana Allah. Insya-Allah bila kita susah, Allah akan bantu kita dg cara yg tak terduga oleh kita. Bukankah Allah mampu melakukan apa sdaja?

Jom ke hospital!


*MARI BERJALAN-JALAN KE HOSPITAL*


Sekali-kali kita berjalan-jalan ke Hospital jangan ke Pasaraya Besar jer


*Mari Berjalan-jalan ke Ruang ICU*
- Lihat pesakit yang sedang berjuang mempertahankan *nyawanya*, mereka terlihat sangat lemah sehingga dibantu berbagai macam alat (baik alat monitor dan pelbagai alat sokongan) untuk mempertahankan hidup...


*Mari Kita Teruskan Berjalan-jalan ke Ruang Kemoterapi*
- Disana kita lihat orang tengah berjuang melawan penyakit *kanser*, lihat wajah mereka pucat tidak ada keceriaan dan terlihat kurus kulit mereka menghitam, akibat radiasi...


*Kita Terus Berjalan-jalan ke Ruang Hemodialisis*
- Disana berderetan terbaring manusia dengan tangan terikat pelbagai jenis alat.
Mesin Hermodialisis sedang menggantikan *Peranan Buah Pinggang* yg sudah tidak berfungsi...


*Kurang puas Jom Kita ke Ruang Wad-wad Hospital*
- Disana kita menemukan berbagai macam penyakit dari sesak nafas sampai susah BAB, diabetes, stroke, jantung dll...


*Berjalan-jalan kita terakhir ke Bahagian Pengurusan Kaunter Pembayaran Hospital*
- kita akan melihat keluarga pesakit membayar ratusan ringgit sehingga puluhan ribu ringgit sebagai caj bayaran pengubatan kerana pesakit sudah sembuh, dan juga yang sudah meninggal pun tetap harus dibayar bil2 hospital...


*Bagaimana dengan diri kita yang Hidup Aman Damai di Rumah ?*
- Hidup kita senang tidak dibantu alat apapun *seronokkan ???*
- Bernafas di alam bebas tanpa dibantu oksigen, *nikmat kan ???*
- kita bebas makan dan minum, *dengan sedap kan ???*


Apakah kita sudah *Bersyukur* hari ini dengan *Melaksanakan Perintah ALLAH dan Rasulullah ???*


_Marilah kita saling cinta dan menyayangi....._
_Saling rukun dan damai....._
_Saling menghormati dan menghargai......_
_Saling mengalah untuk meraih kemuliaan....._
_Saling melepas Ego....._
_Saling berbuat baik walau tidak dihargai....._
_Karena kebaikan akan kembali kepada diri kita sendiri...._


*Berbuat baiklah selagi kita masih diberi Nafas*

Ujian dia, ujian kita...


Saat adik beradik, saudara mara, sahabat kita atau sesiapa sahaja yg diuji, sebenar kita juga diuji - sejauh mana kesungguhan dan keikhlasan kita utk membantu mereka hanya kerana Allah...

Justeru, jangan pandang remeh kalau kita didatangi dg seseorang yg perlu bantuan. Kedatangannya diatur oleh Tuhan semesta alam - juga utk beri peluang pada kita utk meraih pahala menerusi ujian kesungguhan dan keikhlasan kita menghulurkan bantuan.

Jangan pandang remeh sesuatu kebaikan, sekecil mana pun ia kerana kita tidak tahu, mungkin kebaikan kecil yg ikhlas itu memberatkan neraca timbangan kebaikan kita di akhirat nanti.

Juga,
Jangan pandang remeh sesuatu maksiat, sekecil mana pun ia kerana kita tidak tahu, mungkin maksiat kecil itu bakal memberatkan neraca timbangan kejahatan kita di akhirat nanti.

Terimalah dg reda


Tak perlu analisis, sintesis & cari rasional ttg ketentuan takdir yg tak mampu kita ubah...terimalah segalanya dg reda dan sabar; anggaplah ianya sebagai yg TERBAIK buat kita drp Allah Yg Maha Baik lagi Maha Bijaksana dan tidak pernah menzalimi hamba-Nya!

Hati2...


Saat hati berat utk solat, berhati2lah... bimbang takut2 Allah tidak suka bertemu kita...
 
Perbanyakkan istighfar

Cintailah pertemuan dg Allah semasa di dunia, agar Dia akan mencintai pertemuan dg kita di akhirat sana