Tuesday, 31 October 2017

Saat sukar



1/11/17: 9.36 am
Hafalan Al-Quran – kadang2 bila kersukaran menjerat, anggaplah ia sebagai satu hidangan buffet. Kita ada banyak pilihan makanan ...bnyk yg menarik, enak dan lazat berbanding dg apa yg kita tak suka. Ambillah yg menyenangkan kita.

Juga anggap sebagai sedang menjawab soalan peperiksaan. Kita dinasihatkan agar menjawab yg senang dulu. Kalau ada masa, kembali semula pada soalan2 yg susah itu. Sama juga dg Al-Quran – biasanya, ayat2 berkaitan dg persoalan berat (spt peperangan, hukum hakam) sgt sukar nak dihafal. Kalau dipaksa juga utk menghafalnya, kita jadi lemah semangat, letih dan kadang2 kecewa. Silap haribulan, kesihatan boleh terganggu kerananya!

Beralihlah pada ayat2 berikutnya. Ah! Mudah rupanya. Menyirami hati dg kegembiraan, kelembutan dan ketenangan di luar dugaan!

Jadi, saat terasa sukar: ingat – ia adalah buffet, pilihlah apa yg kita suka (tanpa menafikan kepentingan ayat2 yg agak sukar), dan hafal yg mudah dulu. Mudah, tak bermakna tidak penting, susah tak bermakna lebih penting. Semuanya kalam Ilahi. 

Juga macam soalan-soalan peperiksaan – mudah atau pun susah, memberi wajaran markah yg sama! Jadi, jgn habiskan masa terlalu lama utk yg susah! Ada masa, kembali semula pada yg susah. Kalau dah masa menjawab berakhir ( usia dah sampai ke nokhtah), Allah tidak sia2kan usaha kita.
Yg penting – doa, usah, ikhlas dan tawakal (DUIT)!

Juga, saat kesukaran menjelma, ingat semula tujuan asal kita – ingin jadi Ahlullah ... satu tugas besar, perlu mujahadah. Dan tiada perkara yg bernilai dlm dunia ini mampu dimiliki hanya dg sekadar bersenang-lenang. Juga, ingat dan ingat semula – sentiasa ingat:

“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata kepada Allah org2 yg berjihad (berjuang dg bersungguh2) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) org2 yg sabar (tabah dan cekal hati dlm perjuangan)?”
(Surah Ali-Imran, ayat 142)

Juga sentiasalah berbaik sangka dg Allah, jgn sekali2 berputus asa lantaran Allah menyatakan:
“Jangan putus asa daripada rahmat Allah” (Surah Az-Zumar, ayat 55)

Monday, 30 October 2017

Jadi baik

Ingin hidup tenang dan bahagia?
Cubalah jadi baik - pemikiran, perkataan dan perbuatan menurut Al-Quran!


Friday, 27 October 2017

Kerana syurga itu mahal!



Memang Al-Quran itu akan jadi teman kita di alam barzakh, di Hari Kiamat , di Titian Sirat dan di syurga, tapi ada syarat2nya.:


  • ·         Baca – betul tajwidnya
  • ·         Faham isi kandungannya
  • ·         Tadabbur ayat2nya
  • ·         Amalkan segala hukum di dalamnya
  • ·         Usaha utk ajar pada org lain


Susah ke? Ya... kerana syurga itu mahal!

Pencuci & peluntur



Hati yg mampu dimasuki oleh hidayah Allah ialah hati yg bersih. Antara cara membersih hati:

  • Al-Quran sebagai pencuci
  • Qiamullail sebagai peluntur

Dua “agen” ini insya’-Allah akan menjadikan hati kita bersih bersinar!

Tentera Allah



Usahalah utk dapat cinta dan reda Allah. Bila Allah reda, Dia akan bantu kita dalam apa jua keadaan melalui pelbagai bentuk “tentera”-Nya umpama
Nabi Musa – tentera berupa air laut yg menyelamatkannya drp Firaun
Nabi Ibrahim - tentera berupa api menjadi sejuk yg menyelamatkannya drp kejahatan Namrud
Nabi Muhammad saw - tentera berupa angin ribut yg menyelamat baginda drp kaum kuffar semasa perang Khandak
Allah juga melindungi Kaabah dg tentera berupa burung (Ababil) yg menyelamatkannya drp Abrahah

Allah, Tuhan Yamg Satu – juga boleh bantu kita dg pelbagai tentera2-Nya bila kita perlukan...Syaratnya? Kita sentiasa berusaha meraih cinta dan reda-Nya...

Bersama Allah,tiada gundah,tiada resah dan tiada yg susah!

Wednesday, 25 October 2017

Jangan mudah mengalah




Bila kita buat sesuatu usaha besar kerana Allah, jangan mudah mengalah. Yakinlah bahawa Allah swt sentiasa membalas setiap keringat usaha kita dg sesuatu yg tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah dirasa oleh pancaindera – Syurga Firdaus!

Teladanilah role model teragung: Rasulullah saw...tidak pernah mengeluh dalam setiap kesukaran. Baginda menerima seadanya, kembali berdoa dan menjalankan tugas seterusnya, tanpa mengira apa jua rintangan mendatang. Untuk tugas mulia ini, Baginda berjaya mengembangkan Islam sehingga membentuk tamadun mencorakkan dunia.

Bila sudah mula melangkah, seterusnya berlari ke jalan kejayaan, sentiasalah bersangka baik dg Allah .. mantapkan kepercayaan bahwa, bila bersama-NYA... akan ada pengakhiran indah dihujung sana!