Tuesday, 30 July 2019

Gangguan Saat solat


Saat solat, pelbagai gangguan di fikiran, terutama bila kita sedang cari penyelesaian pada sesuatu masalah atau sedang membuat keputusan atau pilihan.

Jangan kalah dengan syaitan yang membisikkan pelbagai cara dan bermaharajalela mengganggu kita.

Ingatkan kembali...Paksa diri utk ingat bahawa kita sedang berbicara dg Maharaja Sgala Raja. Mohonlah bantuan di saat itu : cara penyelesaian, membuat kepuusan dan pilihan – serah pada Yang Maha Bijaksana!

Insya’-Allah kita akan tenang semula dan solat juga akan jadi lebih khusyuk!

Jom! Sama2 kita amalkan...


Friday, 19 July 2019

Syukurlah...


Kita bangun .. rasa tak bermaya, penat, lenguh sendi badan -  tapi masih berada dalam bilik tidur sendiri yg selesa

Ada orang, bangun – dengan wayar di badan – di atas katil hospital...

Bersyukurlah!

Monday, 15 July 2019

Hati2 jaga lidah


Ramai orang terkejut apabila  dicampakkan ke neaka. Kerana apa?

Mereka memperkatakan sesuatu yang dianggap remeh...namun besar kesannya di sisi Allah

Kadang2 bercerita ttg hal orang lain, terjadi “umpatan” dan “fitnah”

Kadang2 gurauan yang menyinggung perasaan/menyakitkan hati orang lain
Dan lain-lain

Wahai diri yang sentiasa lalai...Hati2lah menjaga LIDAH...

Milikilah "hati burung"


ORANG yang memiliki hati seperti burung akan masuk surga. Ternyata hal itu merupakan sebuah hadis. Lalu "hati seperti burung" itu maksudnya apa?


Hadis itu diriwayatkan Imam Ahamd dalam al-Musnad dan Muslim dalam shahihnya, dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Akan ada sekelompok orang yang masuk surga, hati mereka seperti hatinya burung. (HR. Ahmad 8382 & Muslim 7341).


Apa yang dimaksud manusia berhati seperti hati burung?


Dalam kitab Syarh Shahih Muslim (17/177), An-Nawawi menyebutkan, ada 3 pendapat ulama dalam memaknai orang yang hatinya seperti hati burung,


1. Orang yang hatinya lembut seperti burung


Sebagaimana pujian yang diberikan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada penduduk Yaman. Beliau mengatakan, "Ada penduduk Yaman yang datang di tengah kalian. Mereka manusia yang paling lembut hatinya. Pemahaman agama banyak di Yaman, dan hikmah banyak di Yaman." (HR. Bukahri 4390 & Muslim 193).


2. Orang yang hatinya mudah takut kepada Allah seperti burung


Sehingga dia menjadi manusia yang mudah kembali kepada kebenaran, bukan anti-nasehat. Merekalah yang dipuji Allah dalam Alquran, dan Allah gelari sebagai ulama.


Alllah berfirman,


“Yang takut kepada Allah diantara para hamba-Nya adalah ulama.” (QS. Fathir: 28)


3. Orang yang hatinya sangat bergantung dan tawakkal kepada Allah seperti burung


Karena itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjadikan burung sebagai lambang tawakkal.


Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Jika kalian tawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian Allah akan memberi rezeki kepada kalian sebagaimana burung diberi rezeki. Dia berangkat dalam kondisi perut kosong, dan pulang dalam kondisi perut kenyang. (HR. Ahmad 205 dan Turmudzi 2344 dishahihkan Syuaib al-Arnauth)


Merekalah manusia pilihan, hatinya lembut, mudah kembali kepada kebenaran, mudah menerima ilmu, mudah takut kepada Allah.


Iman itu..


Iman itu ibarat air:
 
setitisnya kurang/ langsung tiada manfaat
sebaldi - lebih banyak manfaat
Selautan - sgt banyak manfaat hatta kapal pun boleh belayar di atasnya

Jom! Kuatkan iman kita agar kita dpt jadi org yang terbaik iaitu org yg bermanfaat pada org lain...

Perkongsian dari Kuliah Subuh

Hati2 ...jaga hati


4 perkara yg merosakkan hati manusia.

1. berbahas dengan org2 jahil.
2. melakukan banyak dosa.
3. banyak bergaul dgn wanita/ lelaki bukan mahram.
4. banyak duduk bersama org2 yg mati. Baginda SAW ditanya, " siapakah yg dimaksudkan dengan org yang mati?". Jawab baginda SAW ," setiap org kaya yg menjadi sombong kerana hartanya."

Friday, 5 July 2019

bantulah dg 2S (senyum & sopan)

Malam 29 Ramadan di Masjidil Haram...

Tiba2 terasa nak ke bilik air. Lihat jam, 30 minit menghampiri waktu Subuh. Ujian sungguh! Bisik hati. Apa pun, kena keluar ... tapi cari tandas terdekat. Tandas awam? Hilton? Teringat kata Kak Pah (Pengurus Wira Saujana), tandas kat Safwa dekat. Ya..boleh cuba. Jadi terus ke sana.

Lantaran tak pernah ke sana, sukar juga nak cari – terpaksa bertanya beberapa kali dg orang2 yg boleh dipercayai (petugas restoran berhampiran, pencuci premis). Ya...nak bertanya pun kena pandai pilih orang, silap tanya, lain pula panduan yg diberi!

Selesai. Kini, nak kembali semula ke masjid. Lantaran telah menggunakan escalator berbeza, tak pasti arah nak ke masjid bila dah berada di aras bawah. Kedai dah ditutup, kecuali beberapa buah yg sedang ditutup. Ah! Tak boleh ganggu mereka yg sedang sibuk utk bertanya.

Tiba2 ternampak seorang polis Arab. Alhamdulillah!

“Haram?” Aku bertanya. Itu sahaja cara yg paling mudah di saat “kritikal” seperti itu. “Haram” – istilah utk masjidil haram.
Polis itu segera faham. Lantas, dia menuding jari ke arah masjid. Serta memberi beberapa panduan yg membuatkan aku “kabur”! Menyedari keadaanku yg tidak yakin akan arah masjid, dia mengisyaratkan agar aku mengekorinya sahaja. Paling menyenangkan ialah caranya yg amat mesra, senyum yg amat ikhlas dan sopan santun yg tinggi. Tenang & senang hati aku dibuatnya.

Bila dah nampak “landmark” yg dah biasa (WC4 ladies), aku dah tahu arah ke masjid. Dia pun berlalu dg penuh sopan, senyuman ikhlas itu tetap di wajahnya.

Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, aku sgt merasa senang mengenangkan perlakuan baik polis Arab itu. Betullah ... senyum itu sedekah. Walau pun kecil, namun sgt besar impaknya pada hati kita, apatah lagi di saat-saat genting di mana kita berada d tempat yg sgt asing, bersendirian.
Selain senyuman, bantuan yang diberi juga perlu pada tahap paling baik. Kalau ada yg meminta ditunjukkan jalan, luangkan masa utk menunjuk dg kita sendiri “membawa jalan” – bukan sekadar panduan berupa arahan : "Terus...Kiri...Kanan...depan...belakang”! Kita yg biasa, mungkin memadai. Tetapi, bagi orang asing, mungkin sukar dan tafsiran agak berbeza. Kadang2 bila diminta tunjuk arah, pada orang yg salah, kita jadi semakin tak tentu arah!

Bantulah dg sikap dan peribadi yang baik serta beri panduan yg mantap, macam polis Arab itu ...

Buatlah sebaik mungkin – tanam kebaikan di mana2, lantaran kebaikan itu kita juga yg akan menuianya!