Friday, 10 March 2017

Selamat tinggal masalah!



Banyaknya masalah. Rasa macam kepala ni berserabut! Apa nak buat?

Salah satu cara ialah dg kita tuliskan masalah itu di atas kertas atau di skrin komputer.

Tiada masa? Cari masa! Insya’-Alklah usaha ini tidak sia2. Lagi pun, bukankah kita ngin hidup yg ceria? 

Kenapa perlu tulis? Ya – apabila dia telah diluahkan – atas kertas, skrin komputer.. sebenarnya kita sudah meletakkan masalah itu pada satu “platform”atau paparan  yg kita boleh lihat. Jadi, mula tulis masalah2 g membebankan fikiran, jiwa, minda dan emosi kita yg terbatas itu!

Kita akan dapati, kepala dah mula rasa ringan. Sekarang, masalah itu berada di depan mata, bukan lagi dalam kepala!  Apa maknanya?Ya... Kita boleh LIHAT!. Umpama kita cari barang – dalam gelap atau dalam terang, yg mana lebih mudah nak kita jumpa? Tentu dlm terang – kita boleh nampak. 

Begitu juga masalah yg dah tertulis, ianya kini, sudah tidak lagi berlegar2 dlm kepala. Kita dah nampak dg jelas. Jadi, mudahlah utk cari punca atau penybab, merancangkan strategi penyelesaian. 

Yg uniknya, kita boleh berfikir dg baik kerana minda kita tak seberat sebelumnya. Kenapa berat? Masalah itu yg jadi beban. Kepala kita juga “sangat padat”...jadi sempit dek masalah tersebut! Kini, dia dah di letakkan di luar!

Baca balik apa yg ditulis. Teliti satu persatu. Cuba buat hubungan antara satu masalah dg masalah yg lain. Kita akan dapati, satu persatu masalah itu sudah menjadi sesuatu “jig-saw puzzle” yg menarik utk diselesaikan!

Kadang2 juga, percaya atau tidak – masalah itu hampir selesai saat kesemuanya terpapar dlm bentuk tulisan!
 
Selamat tinggal masalah!

Namun...jangan lupa, teruslah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah!

Thursday, 9 March 2017

Kalimah2 Cinta Penguat Jiwa




Sepasang pengantin baru: Ana dan Adam:
Adam: “Abang akan bermusafir nak cari rezeki utk keluarga kita utk beberap bulan sahaja. Semasa ketiadaan abang, harap Ana jaga diri baik2. Abang berjanji akan hubungi Ana selalu. Kalau ada apa masalah, abang akan bantu walau pun dari jauh”

Ana: “Baik bang”, sambil menahan cucuran air mata – sedih nak berpisah...

Adam pun bermusafir. Tapi spt yg dijanjikan, kalimah2 cinta sentiasa dikirim utk menghibur hati isteri tersayang –Alhamdulillah dg bantuan teknologi ,melalui pelbagai aplikasi .

Setiap kali menerima kalimah2 cinta drp Adam, Ana akan membaca berkali2. Setiap patah perkataan yg dinukilkan Adam akan diamati satu persatu. Ada pesanan, panduan, di samping ucapan kasih sayang yg tidak pernah dilupakan!

Adam sungguh baik. Tidak pernah membiarkan dia sendirian. Walau pun berjauhan kalimah2 cinta dijadikan pengganti suami...Tak sabar Ana menunggu Adam pulang ke pangkuannya. Dia akan setia dan membuktikan pada suaminya dengan mengingati dan akur pada semua pesanan Adam. Apa2 ujian yg mendatang, dia sabar lantaran sedar, akan tiba masa – tak lama pun – Adam akan kembali padanya...

Namun, itu hanyalah sektsa hidup dua insan – yg lemah. Terdedah kpd pelbagai kemungkinan. Berubah hati. Godaan dunia, orang ketiga dan pelbagai ujian. Adakah Adam dan Ana akan bahagia hingga ke akhir hayat? Pun, tidak pasti... Mungkin ya, mungkin tidak.
Sejarah menukilkan segalanya. Ada pasangan yg sgt bahagia di awal perkahwinan, namun tak mampu bertahan hingga ke akhir hayat. Ada juga yg sebaliknya. Hidup ini penuh misteri.

Kalau Ana setia, mungkin juga Adam tergoda dg org ketiga. Dan sebaliknya...

Kita dg Allah pula...

Dihantarkan ke dunia utk beberapa ketika. Dibekalkan “Kalimah2 Cinta” (Al-Quran)..sebagai penawar, panduan dan tanda kasih sayang-Nya. Diberikan kita panduan hidup agar tidak tersasar. Sejauh manakah kita telah meneliti, memahami dan menghayati serta mengamalkannya ...bukti cinta kita?

Tidak spt cinta manusia,c inta Allah terlalu suci, kudus dan agung. Tidak pernah berubah. Kalau pun kita melakukan kesilapan, dan mohon kembali kepdaa-Nya dg bertaubat, Dia menyambut dg penuh kegembiraan...diampun dan dihapuskan dosa itu drp catatan.

Namun, di pihak kita saja yg kadang2 mencuaikan cinta-Nya. Buktinya, setakat mana kita mengamati, memahami, menghayatai dan menghargai (mengamal, mendaulatkan) “kalimah2 cinta”-Nya sepanjang perpsahan kita yg sementara dg-Nya di dunia ini? Kalau Adam, mungkin kembali atau tidak kepada Ana, namun... kepulangan kita pada-Nya adalah sesuatu yg PASTI.

Juga, tidak seperti Adam, yang tidak mampu memantau Ana dari jauh, namun Allah sentiasa memantau kita...dekat dg kita.

Cinta manusia dan cinta Allah, memang tiada bandingan. Namum, analogi ini digunakan lantaran kebanyakan orang menganggap cinta sesama manusia itu seolah2 segala2nya - hingga terkadang sanggup melanggar dan mengenepikan cinta Pencipta!

Saat kembali ke pangkuan-Nya nanti, “Kalimah2 Cinta” itulah nanti yg akan jadi teman, bukti kesetiaan  kita. Selagi masih diberi usia, perluang utk mendampinginya, rebutlah. Jangan sampai kita terlambat... jangan cari masa terluang utknya, tapi luangkan masa utknya.

Ingatlah selalu wahai diri: Apakah benar2  sudah menjadikan “Kalimah2 Cinta” –Nya itu sebagai pendamping setia, agar yakin akan tenang utk kembali kepada-Nya dlm keadaan diredai-Nya...bila2 masa?

Tuesday, 7 March 2017

Ayuh! Bangkit semula!



Sekiranya satu pintu tertutup untuk kita, masih banyak lagi pintu lain yg terbuka.

Namun, kita kadang2 mengambil masa terlalu lama merenung, merintih dan menyesali kegagalan kita utk memasuki pintu tersebut – sedangkan kita tak tahu, mungkin apa yg tersimpan dalam pintu itu sebenarnya bukan ditakdirkan utk kita atau tidak baik utk kita...

Sebenarnya...

 Pelbagai pintu tersedia utk kita pilih. Jangan buang masa terlalu lama bersedih, merintih dan menyesali ttg apa yg bukan hak kita, atau sesuatu yg di luar upaya kita utk memperolehinya.

Ambil masa sekejap utk berfikir, merenung dan ...mulakan langkah baru: terokailah pintu yg lain.
Mungkin pintu yg terletak bersebelahan itu saja menyimpan khazanah yg tak ternilai buat kita!

Ingat. Ingat dan selalu ingat: Hidup terlalu singkat. Allah sentiasa bersama kita. Bumi Allah amat luas. Rahmat-Nya juga melimpat ruah.
Jangan sekali2 kita putus asa dg rahmat Allah!

Ayuh! Bangkit semula!

Sunday, 5 March 2017

Ilmu dan amal



..

Ubat paling baik – tidak dapat kita nikmati kesannya kalau tak digunakan (telan, sapu, suntik dll)
Begitu juga, kalau ilmu tidak diamalkan – tidak akan memberi kesan pada kita – zahir atau batin.

Kita sekarang, ilmu...masya’-aAllah – tersangatlah banyak!!! Internet, whatsapps, CD dll.. tapi, sejauhmanakah amalan kita?

Saya jadi guru kerana...



SAYA JADI GURU KERANA...

“Dulu-dulu tak terdedah dengan banyak kerjaya, pilih cikgu je-lah...”Pn. Hana, berpengalaman 20 tahun sebagai guru dan 7 tahun pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG)

“Ikut kawan!” Pn. Ida, 12 tahun  sebagai guru dan 15 tahun, pensyarah IPG

“Emak suruh!”En. Khairul,  7 tahun sebagai guru sains sekolah menengah.

Catatan di atas merupakan antara jawapan yang diberi oleh individu-individu daripada warga pendidik. Namun, selain daripada itu, bila soalan yang sama dikemukakan kepada warga pendidik yang lain, pebagai jawapan pula yang akan kita perolehi. Bagi saya pula, bila difikirkan balik, ada dua sebab yag menjadikan saya sebagai seorang guru. Pertama, sebagimana Pn. Hana, kerana tidak terdedah dengan banyak kerjaya. Kedua, amanah Allahyarham ayah: “Pilihlah kerjaya yang memberi pulangan dunia dan akhirat: guru atau doktor”. Anda pula bagaimana? Walau apa pun jawapan yang diberi, saya boleh kategorikan semuanya  kepada tiga: pilihan, terpilih atau tiada pilihan lain! Namun, tidak kira anda di kategori yang mana, apabila disenaraikan  Allah menjadi warga pendidik, sebenarnya takdir ini perlu disyukuri.

            Semasa mula-mula menjadi guru hampir 33 tahun yang lalu, tugas dilaksanakan seperti diarahkan. Seronok dapat kerja, menikmati kebebasan kewangan, berpeluang memanfaatkan gaji untuk membantu keluarga serta melihat pelajar-pelajar berjaya. Di awal perkhidmatan, langsung tidak terfikir tentang keistimewaan seorang guru, lantaran ilmu yag cetek. Namun, sekarang apabila direnung kembali, terfikir tentang keutamaan mengajar dan mendidik. Guru - bukan sekadar pembekal maklumat, tapi pada masa yang sama, bertaggungjawab untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam diri anak didiknya. Bukankah ini tugas penting dan istimewa? Ini selari dengan tugas para rasul sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah (s.a.w): “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

            Kadang-kadang, sebagai seorang guru sains, contohnya, kita terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran, memastikan pelajar-pelajar lulus dalam peperiksaan, mengekalkan peratus kecemerlangan akademik sekolah, tanpa mengambil kira prestasi adab dan akhlak mereka. Atau kita serahkan saja tugas ini kepada ustaz dan ustazah.. Hal ini sama sekali tidak tepat. Ini kerana, semua ilmu datangnya daripada Allah, bersifat murni dan sarat nilai. Sekiranya kita mengambil sedikit inisiatif untuk mengajar dan pada masa yang sama, perihatin terhadap nilai-nilai yang boleh disepadukan dengan isi pelajaran, ini tentu akan menjadikan pengajaran kita lebih bermakna.

            Contohnya, kita megajar tentang tajuk “Hormon”. Diketahui bahawa hormon yang dirembeskan oleh sistem endokrin adalah dalam kuantiti yang secukupnya, tidak boleh terlebih atau terkurang sedikit pun, kerana ini akan menyebabkan masalah dari segi koordinasi kimia dalam badan. Kita boleh cetuskan kefahaman, kesedaran dan keyakinan dalam diri pelajar dengan mengemukan soalan-soalan seperti: “Siapakah yang mengatur semua ini?” “Berapa banyakkah tugas yang perlu dilakukan oleh pengatur ini?” “Macam mana sekiranya pengatur ini leka dalam tugasnya?”; serta pelbagai soalan yang akan membawa pelajar sedar akan keagungan Pencipta, sekaligus mendekatkan diri pelajar kepada-Nya.

            Apakah yang dapat membantu kita mendapatkan idea-idea mengintegrasikan isi kandungan dengan nilai-nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Jawapannya: Dengan mengamalkan budaya IQRA’  Bacalah. Wahyu pertama yag diturunkan kepada Rasulullah (s.a.w.). Apa yang perlu  dibaca? Kitabullah, iaitu kitab maqru’ah (dibaca) dan kitab manzurah (dilihat). Kitab maqru’ah merujuk khusus kepada Al-Qur’an. Namun, boleh juga kita masukkan kesemua ilmu yang ditulis (bercetak atau elektronik), selagi ilmu itu bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syari’at lantaran semua ilmu bersumberkan Al-Qur’an.

            Kitab manzurah pula merujuk kepada pemerhatian kita secara tadabbur terhadap alam ciptaan Allah. Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada alam – haiwan, tumbuhan dan juga manusia. Terlalu banyak contoh antaranya: sikap penakut seekor arnab, sikap sombong si burung helang, sikap sabar seekor gajah, keutamaan pokok yang tinggi megah mencakar langit dan sebagainya. Ilmu yang diperolehi daripada  kedua-dua kitabullah ini menjadi khazanah yang amat bermanfaat untuk dikongsikan dengan pelajar-pelajar kita.

            Mungkin ada yang bersungut: “Susahnya kalau macam tu – kena baca, kena fikir...”. Ya! Memang susah sekiranya kita telah meletakkan “susah” itu di awal sesuatu perancangan. Namun, sedar atau tidak, segala-gala yang berharga di mayapda ini tidak pernah muncul bergolek di hadapan kita! Untuk mendapatkan pasir, kita cuma perlu keluar rumah (di jalan, di halaman, di tepi pantai), tapi untuk mendapatkan intan permata, sudah tentu bukan semudah itu... Begitu juga dengan ilmu yang berguna, usaha gigih perlu dilakukan bagi mendapatkannya. Namun, percayalah, nun di hujung pencarian, “permata” itu akan diperolehi sesuai dengan usaha yang kita laburkan.

            Persoalan lagi: “Buat apa bersusah hanya kerana nak ajar satu tajuk – kena teroka bukulah... Kena perhati alamlah... Ajar sajalah... Cukup bulan dapat gaji juga!” Ini satu lagi “ayat beracun” yang tidak seharusnya wujud dalam kamus seorang guru kerana jelas menunjukkan kefahaman yang amat cetek tentang tugasnya. Guru begini akan mengajar dan seperti yang dijanjikan kepada semua penjawat awam, dapat gaji, tapi dia kerugian dari dua segi utama: kepuasan serta keseronokan mengajar dan keberkatan tugas sebagai satu ibadah.

            Kepuasan dan keseronokan dalam tugas, khususnya bagi seorang guru ialah apabila melihat proses P&P di dalam kelasnya berjaya, menarik, berkesan dan seterusnya berupaya menjana kejayaan cemerlang pelajar-pelajarnya. Guru yang melaksanakan tugas sambil lewa dan tanpa penghayatan tidak mungkin dapat menghasilkan kesan seperti ini. Sekiranya kita pergi ke mana-mana sekolah pun, guru seperti ini akan wujud. Dan kita dapat perhatikan wajahnya yang muram, tidak ceria dan bermasalah. Dari segi percakapan pula, sentiasa mengeluh, mengeluarkan kata-kata negatif, merungut, tidak puas hati, meremehkan daya usaha dan kreatviti guru-guru lain (khususnya guru-guru baru) dan sekaligus menjadi “parasit” kepada pihak sekolah. Seterusnya, tugas dianggap sebagai beban, membosankan dan dia sentiasa tertekan. Kesannya kehadiran ke kelas tidak disenangi pelajar dan dia juga sukar atau tidak mampu menyayangi pelajarnya. Bila keadaan ini berlaku, mampukah dia merasai ketenangan dan keseronokan bekerja?

            Keberkatan pula terhasil daripada melakukan tugas dalam rangka ibadah – mengharapkan keredaan Allah s.w.t. semata-mata. Berkat keikhlasan ini, guru akan cuba mengaplikasi segala ilmu yang dipelajarinya, dengan cara yang terbaik, penuh keinsafan bahawa tugas adalah amanah. Setiap pelajar yang berdepan dengannya  membawa harapan daripada ibu bapa untuk melihat mereka berjaya. Ibu bapa yang terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki, sudah tentu akan bersyukur sekiranya guru berjaya mencorakkan anak mereka menjadi insan cemerlang.

            Di pihak guru pula, tidak perlu bimbang tentang penghargaan yang diberikan oleh guru besar, pengetua atau ibu bapa. Sekiranya tugas telah dilaksanakan dengan ikhlas, penghargaan Allah merupakan satu kepastian dan itulah ganjaran yang sebaik-baiknya kerana nilainya melebihi dunia dan isinya. Mengapa? Dengan penghargaan Allah inilah datangnya keberkatan yang mampu membuatkan hati merasa cukup dengan yang sedikit, tenang walau pun sehebat mana ujian yang melanda dan berupaya memanfaatkan ilmu apabila tiba masa ianya dperlukan.

            Keberkatan mengajar dan mendidik bukan terhenti setakat itu sahaja tetapi menjana pulangan yang tersangat lumayan. Ini kerana, sekiranya amalan baik yang diajar itu diikuti oleh pelajar, guru juga akan mendapat pahala yang sama tanpa dikurang sedikit pun. Jadi, bayangkan saham yang akan kita perolehi di akhirat sana sekiranya mendidik beratus-ratus atau beribu murid sepanjang kerjaya . Ya... antara amalan yang berkekalan walau pun kita sudah berada di alam sana: ilmu yang dimanfaatkan.
            Justeru, apa pun sebab kita menjadi guru, akurlah dengan ketentuan takdir kerana itulah yang terbaik untuk kita. Apabila tugas dilaksanakan dengan ikhlas, kerana Allah s.w.t, ketenangan dan keberkatan akan bertamu di setiap detik usia kita. Alangkah indahnya! Seterusnya kita akan dipimpin oleh Allah s.w.t. untuk membina semula generasi rabbani sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat di zaman keagungan tamadun Islam, insya’-Allah.

Arkitek membina bangunan,
Jurutera membina jambatan,
Guru membina generasi...