Tuesday, 18 July 2017

Antara “tips” org cemerlang



Antara “tips” org cemerlang:

1 Sentiasa tenang walau pun apa yg dirancang tidak berjaya spt yg diinginkan. Ia teruskan dg Plan B. Org tenang sentiasa menang!

2. Utamakan yg utamakan – Masa kita : komoditi sgt terhad. Lakukan yg utama dulu. Kalau ada masa berbaki, baru lakukan apa yg kita suka. Org berjaya selalu buat apa yg perlu, bukan apa yg dia mahu!

3. Saling bekerjasama dlm organisasi. “Apayg penting? Kerjasama...Kerjasama...” Kata Wonderpets!

Majoriti tak semestinya betul!



Jangan sedih kalau kita seolah2 tidak buat spt org ramai. Pastikan kita betul di sisi Allah dan Ralulullah saw
Majoriti tak semestinya betul!

Fastabiqul khairat Ramadan 1438H



Teringat...
Saat melintasi Restoran Firdaus utk ke Masjidil Haram lebih kurang pukul 5.30 hampir setiap petang – terkesan dg pemandangan biasa : jemaah lelaki berbaris utk mendapatkan makanan bagi ifthar. Bagusnya pemilik restoran itu. Kala Ramadan, inilah antara aktivitinya: Membekalkan makanan percuma pada yg berpuasa.




 
Juga, sepanjang perjalanan, ada saja dermawan yg menghulur makanan pada jemaah. Wah! Apa lagi, berebut2lah mereka. Itu antara pemandangan biasa. Seronok tenguk gelagat masing2. Namun harus berhati2... kadang2 dek tumpuan hanya pada makanan yg nak direbut, kita yg lalu ni pun dilanggarnya! Nasib baik saya cepat mengelak!

Seterusnya, melintas pula seorang polis muda yg sedang menyembur muka setiap jemaah yg lalu. Ya...cari kebaikan dg menyejukkan muka mereka. Saya pun pergi juga letak muka – Wah! Seronoknya saat semburan air itu menyentuh muka!!! Sejuk sikit rasanya ..kala suhu sekitar 40 darjah Celcius itu! Tersenyum sendiri saat meneruskan perjalanan menuju King Fahd Escalator satu2nya pintu masjid yg mampu dimasuki saat itu. Pintu lain semuanya ditutup utk ke tempat solat kami yg biasa – nampak Kaabah. Kenapa? Dah dianggap lewat! Jemaaah sgt. ramai Ramadan 1438 ni – masya’-Allah!!!



Seronok juga guna pintu ni – sebab tak ada polis yg check apa yg dibawa masuk. Nasi? Oh! Antara makanan terlarang utk dibawa masuk dlm masjid. Kalau nak bawa juga, kenalah sorok dalam telekong solat – dan berjalan spt biasa!
Saat menunggu waktu Maghrib (berbuka)...pemandangan biasa ialah masing2 berebut utk buat kebaikan – fastabiqul khairat – membahagikan makanan (korma, coklat, manisan, kuih dll), air zam-zam, jus buah2an, cawan plastik ...Ada juga yg bagi tasbih. Apa lagi, lebih hebatlah pergelutan dlm rebutan! Seronok tenguk gelagat masing2. Kalau ada yg memberi, berebut2lah yg menerima! Umpama ikan berebut2 umpan! Kadang2 sampai bergaduh... Nak memberi pun kena berhati2...kalau silap teknik, kita yg memberi ni pun seolah2 dikasari lantaran perebutan sengit mereka!!!



Terlihat seorang jemaah membahagikan cawan plastik – yg di ambil drp tempat khas berhampiran tempat air zam-zam.  Terfikir...kalau tak ada apa nak beri, ambil saja cawan dan agihkan pada jemaah yg susah meninggalkan saf tempat duduknya utk ke tempat cawan itu. Keesokannya, Saat melintas tempat air zam-zam, selepas ambil wdhu’, petugas sedang mengisi cawan. Saya ke sana, ambil cawan tu...banyak juga.
Dalam perjalanan ke tempat solat, yg mengambil masa lebih kurang 3-4 minit (dekat je, tapi lama sebab sebab terpaksa berhati2 kerana melintasi jemaah lain yg telah berada dalam saf solat), saya mengalami pengalaman yg menyeronokkan saat mengagihkan cawan itu pada jemaah. Berebut2 mereka!!! Masa ambil cawan tadi tak terfikir pun nak bahagi2kan, tapi rupa2nya Allah makbulkan keinginan saya saat hati terdetik nak melakukan hari sebelumnya!  Subhanallah!!! Alhamdulillah!!! Masya’-Allah!!! Kalau ada peluang ke sana lagi, nak ulangi lagi perkara yg sama ...

Saat menunggu waktu berbuka, keadaan agak hingar-bingar – maklumlah, jemaah datang dari serata dunia, dg pelbagai gelagat dan karenah masing2! Saat azan maghrib berkumandang, sunyi sepi – masing2 menikmati rezeki Allah! Ajaibnya, walau pun berbuka hanya dg buah tamar, air zam-zam dan sedikit makanan tambahan (lepas solat maghrib), mampu bertahan hingga selesai solat terawih. Subhanallah!!!

Menghayati Ramadan di Masjidil haram –satu pengalaman yg termahal dalam hidup. Nikmatnya tak terucap dg kata2...Moga Allah izinkan lagi/semua kita, setiap tahun untuk menikmatinya, selagi hayat dikandung badan. Ameen...



Saturday, 15 July 2017

Tanaman Hati



Seorang petani yg bijak akan menggemburkan tanah, menyuburkannya terlebih dahulu sebelum menanam anak benih. 



Ini merupakan prasyarat agar benih itu dapat hidup dengan mudah dan subur, apatah lagi sekiranya pokok itu spesis yg susah untuk hidup. Perlu usaha yg lebih gigih.

Bagaimana kalau tanah itu dibiarkan begitu sahaja? Ada ke tumbuhan yg akan hidup? Ada...Rumput, lalang dan pelbagai tanaman yg tidak dikehendaki. Begitu juga dg hati dan minda kita. Sebelum dimasukkan dg ilmu, terutama ilmu berkaitan Al-Quran, Hadis, agama dan ilmu2 bermanfaat yg lain, hati perlu disuburkan terlebih dahulu. Caranya: Doa, istighfar dan selawat sebelum memulakan sesuatu pengajian samada bersendirian atau berkumpulan. Sebaik2nya jauhi drp segala dosa, sekecil mana pun ia, sebab ini akan menggersangkan hati, menghalang masuknya ilmu yg merupakan Nur Ilahi.

Sebagaimana tanah yg akan ditumbuhi lalang dan pelbagai tumbuhan yg tak dingini, begitu juga dg hati/minda; jika tidak diisi dg ilmu yg bermanfaat, akan juga terisi dg perkara2 lain – maklumat2 yg pelbagai – yg kebanyakannya tidak bermanfaat.

Dan paling dibimbangi, diisi oleh perkara2 yg merosakkan... Ini kerana nafsu akan membisikkan perkara2 yg memudaratkan. Selain daripada nafsu,  syaitan juga tidak pernah bosan, jemu dan tidur dari menganggu anak Adam utk dijadikan temannya ke neraka. Dibisikkannya pelbagai perkara yg merosakkan, bagi sesiapa yg lalai.

Jangan beri peluang nafsu dan syaitan menguasai kita. Mengeruhkan hati, menjauhi rahmat Ilahi. Sebaliknya, sedaya upaya, suburkanlah ia dg doa, istighfar serta zikir dan seterusnya, isikan ia dg ilmu2 yg bermanfaat...agar layak hati itu menjadi wadah utk dimasuki Nur Ilahi...

Ingin tanaman subur? Perlu usaha gigih utk menanam dan menjaganya. Kalau hanya perlu lalang dan rumput yg tumbuh, biarkan saja tanah itu!

Perlukan hati/minda yg bersih? Perlu mujahadah dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya. Kalau malas, biarkan hati/minda itu begitu sahaja...dan tunggulah apa yg akan jadi -  pilihan di tangan kita!

Monday, 10 July 2017

Keberkatan Hidup

TAZKIRAH PAGI..
Assalamualaikum w.b.t..
KEBERKATAN HIDUP
Jenis2 keberkatan:
1. Keberkatan dalam hidup.
Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.
Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).
Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

3. Keberkatan pada rezeki.
Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.
Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

4. Keberkatan pada ilmu.
Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

5. Keberkatan pada rumah.
Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.

6. Keberkatan pada keluarga.
Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah.

7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

8. Keberkatan pada pekerjaan.
Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.
Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

Berusahalah agar hidup kita disirami keberkatan yg tak putus2...

Semoga ada manfaatnya...

Saturday, 8 July 2017

CATATAN TETAMU ALLAH -Umrah Ramadan 1438



CATATAN TETAMU ALLAH

Alhamdulillah banyak  ilmu yang dapat dikongsikan daripada umrah terkini...Antaranya:
Saat tawaf... tenanglah. Jangan tergesa2. Nikmati setiap saat bersama Tetamu2 Allah yang lain. Lagi pun, kenapa perlu tergesa2...apatah lagi sampai menolak orang lain. Tak perlu itu semua. Masa itu kan anugerah Allah. Manfaatkanlan untuk menikmati kesyahduan mengelilingi Baitullah...


Saat kita medidik hati agar bertenang, saat itu juga Allah sirami ketenangan itu di setiap ruang hati kita. Alangkah bahagianya tawaf dalam keadaan begitu! Terasa setiap saat berlalu sungguh syahdu...membahagia dan amat mengasyikkan! Tak pernah pengalaman istimewa ini ku rasakan sebelum ini... 

Saat kita ditolak, tenanglah. Fokus saja pada taqarrub kita dg Allah. Saat kita dikasari, bisikkan pada hati: “Mungkin ini merupakan kaffarah utk dosa2 kita...” Jangan sekali2 marah pada Tetamu Allah yg lain, walau apa pun perlakuan mereka lantaran kita tak tahu, yg mana satukah ujian yg bakal menjadi penghapus dosa atau meninggikan darjat kita di sisi-Nya.

Justeru, terima segala keadaan dg sabar, reda dan pasrah. Kembalikan segala kedukaan, kesedihan dan keperitan hanya pada Allah, yg menjemput kita menjadi Tetamu-Nya. Tidak semua terpilih utk ke sana. Bersyukurlah bila kita terpilih antara jutaan orang Islam yg lain utk ke sana. Menjadi Tetamu Allah itu sudah merupakan sebesar2 anugerah, apatah lagi di Bulan Ramadan Al-Mubarak...

Saat bertawaf, pelbagai peringkat lapisan umur bersama kita. Semuanya berupaya melaksanakan ibadah yg sama...tua, muda, kanak2...Kadang2 kehairanan menjamah tangkai hati – macam mana seorang nenek atau datuk berusia lebih 70 tahun, mampu tawaf dg baik, sedangkan wanita berusia 40-an, tidak mampu berbuat demikian, lantaran sakit yg mendatang.

Begitu juga, ada jemaah yg bertawaf sambil merangkak, kadang2 terpaksa berhenti lantaran penat...Namun, ada juga jemaah yg segar bugar, hanya menghabiskan sebahagian waktu berharga saat berada di Tanah Suci, untuk melawati gedung membeli-belah yg tersergam indah..Safa Towers, Hilton Towers dll...


Sebahagian jemaah menghabiskan hampir 95 – 100% waktunya utk iktikaf di Masjidil Haram, namun ada juga yg hanya merasa selesa berada di bilik hotel...
Ya...Itulah sebahagian coretan yg dapat ku saksikan. Terdetik di hati: Semua dijemput menjadi Tetamu-Nya, namun, rezeki utk beribadah selama berada di Tanah Suci – tidak sama. Menjadi Tetamu Allah sememangnya tidak sama dg menjadi tetamu sesama manusia. Layanan tuan rumah, standard – ikut apa yg termaktub dalam Al-Quran dan Hadis. Namun, layanan Allah kpd tetamu-Nya, amat berbeza – bergantung kepada siapa dia di mata Allah...Allahuakbar!!!


Saat dijemput menjadi Tetamu-Nya, apa yg perlu kita perbaiki ialah...perbanyakkan solat taubat, istighfar dan melazimi ibadah2 sunat yg lain agar saat berada di sana kita akan lebih mudah utk melaksanakan segala ibadah2, terutama yg sunat. Saat di tanah Suci sebenarnya memantulkan peribadi kita yg sebenar. Kalau smasa di tanah air, suka dan ringan utk beribadah, begitulah keadaan kita di sana. Begitulah sebaliknya.

Terlalu banyak ilmu, ibrah dan teladan kurniaan Allah selama 38 hari berada d tanah Suci.Terima kasih Allah atas anugerah-Mu yg tak terhitung...