Thursday, 27 July 2017

Letih? Sentiasalah bersedia...



Terasa badan letih... Bila direnung: ya...kita akan rasa letih bila melalui satu perjalanan yg jauh.
Begitu juga dg hidup – selalulnya org dewasa, apatahlah lagi warga emas, akan kelihatan dan memang letih – sebab telah lama menempuh ranjau, duri, pahit manis serta hitam putIh dalam kembara kehidupan.

Apa ertinya? Destinasi akhir akan tiba – bila2 masa.
Persoalannya? Apakah sudah bersedia  agar bila perjalanan hidup sudah berakhir, kita benar2 dapat rehat yg HAKIKI di alam yg ABADI...

Penting juga utk direnung... Hidup ini spt perjalanan dalam keretapi. Kita semua penumpangnya. Bezanya, KTM, Monorel, ERL, LRT, Underground dll tu, setiap penumpang tahu destinasi masing2. Ada yg naik cepat, turun lambat. Naik lambat turun cepat dst. “ Keretapi kehidupan” pula, kita tak tahu...kadang2 yg muda pergi dulu, dan sebaliknya.

Justeru, tak kira usia, semua perlu bersedia, utk dipanggil bila2 masa – menghadap PENCIPTA...

Kerana-NYA...



“Kenapa kita perlu bersusah payah...berebut2 tempat solat, makan ala kadar utk berbuka, sedangkan kalau di rumah, apa saja yg kita nak, terhidang di meja...” Teringat kata2 seorang kawan saat kami menunggu utk berbuka di Masjidl Haram Ramadan lepas.



Terkesan sungguh dg soalan spt itu. Fikir sejenak. Jawapannya tentu satu: Kerana ALLAH. ..inginkan rahmat-Nya, yg merupakan tiket utk ke syurga-Nya! Itu saja.

Itu jugalah jawapan yg tersemat di hati semua org yg sedar akan tujuan hidup. Antaranya Salehudin Al-Ayyubi yg menghabiskan banyak masanya di medan perang, berbanding dg istana. Sayyidina Umar Al-Khattab – meronda di waktu malam (berbanding menikmati tidur lena di istana) bagi memastikan Allah reda dgnya yg memegang tugas khalifah... melaksanakannya dg baik agar selamat di Hari Perhitungan.

Sayyidina Abu Bakar As-Sidiq pun begitu juga. Semua harta diinfakkan. Bila ditanya “Apa yg tinggal utk mu?” Jawabnya:” Allah dan Rasul”

Hidup ini perjuangan. Pahit, susah, disakiti, diuji...itu asama garamnya. 

Justeru, saat kita dihimpit susah, dalam sesuatu perjuangan, tanyalah pada diri: “Untuk apa?” Kalau jawapannya:”Untuk Allah” – teruskan dg tabah! Lantaran ganjarannya tersangat tinggi dari Ilahi: SYURGA  ABADI!

Keyakinan Menghasilkan Keajaiban!



Bolehkan kita membelah laut?
Bolehlah kita menyejukkan api?
Mustahil kan?
Namun, sejarah membuktikan ianya berlaku pada Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Sebabnya? Allah membela kedua2 rasul tersebut dlm perjuangan mereka.
Kenapa mereka dibela? Kerana sanggup berkorban kerana Allah.
Kerana mereka yakin dan patuh pada Allah Yang Maha Berkuasa.
Kita? Jadilah org  yg yakin dan patuh sepenuhnya pada Allah. Nanti Allah akan bela dan bantu kita. Ini kerana, Allah itu Esa. Satu. Tunggal. Allah yg kita panjatkan doa setiap hari ini, itu jugalah juga Allah yg membantu Nabi Musa dan Nabi Ibrahim serta semua insan2 lain pilihan yg lain.
Dan tiada yg mustahil jika Allah bantu.
Yakin pada Allah. Keyakinan menghasilkan keajaiban!!!

Monday, 24 July 2017

Hafalan susah? Teruskan juga!



Saat terasa sukar untuk menghafal…kadang2 terlintas dalam fikiran – susahnya! Pedulikan gangguan itu! Kalau bukan kerana nafsu yg sukakan kesenangan, mungkin syaitan yg menggoda, sebagaimana janjinya sejak dihalau ke dunia lantaran ingkar pada perintah Allah yg memerintahnya sujud pada Nabi Adam.

Lantas, apa yg perlu dilakukan? Teruska…teruskan…teruskan saja. Akhirnya, dg mujahadah, kita akan menang! Satu demi satu Allah akan permudahkan! 

Cuba hafal, tapi lupa? Apa nak susah? Teruskan saja, jgn sekali2 putus asa! Ada org mudah saja hafal lirik2 lagu yg tak difahami langsung (contohnya Hindustan!). Ianya mudah lantaran tidak bertentangan dg nafsu, dg kehendak syaitan! Tapi, apa nilainya di sisi Allah? Mampukah ia jadi saham akhirat?

Kalau ayat2 suci Al-Quran, teruskan hafalan – sesukar mana pun ia. Akhirnya Allah akan mudahkan, berkat gigih, sabar dan isiqamah. Bayangkan saat betemu Allah, kalau kita mampu penuhi dada dg kalam suci-Nya…Tentu indah…

Kembara Al-Hafeezah – cabaran hebat, dugaan berat..namun, kejayaan wujud di sepanjang perjalanan – apatah lagi, di hujung jalan nanti…saat dipanggil menghadap Ilahi…

Tuesday, 18 July 2017

jambatan hati



Ingin nasihat, idea atau pandangan kita didengari oleh anak, pelajar, kawan dll? Binalah dulu “jambatan hati” dg mereka – pamerkan akhlak yg baik (perkataan atau perbuatan) yg boleh menyenangkan dan menambat hati mereka kerana seseorang itu akan mudah mengikut nasihat orang yg disayang!


Iklas, tulus dan telus...



Kadang2 kita mengharapkan org (terutama anak2 kita atau org yg jauh lebih muda drp kita – tapi dekat dg kita) faham apa yg kita mahu. Namun, mereka tak tahu! Lantas, beritahulah mereka dg hikmah, ikhlas, tulus dan telus... Ini boleh mengelakkan salah faham, kecil hati, tersinggung, marah dan pelbagai perasaan yg boleh mengeruhkan hubungan.