Wednesday, 26 September 2018

Hafazan


Tips hafal Al-Quran:

1.       Ikhlas kerana Allah semata2
2.       Tingkatkan ibadah – tambahkan amalan sunat, tingkatkan zikir, sedekah dan segala kebaikan
3.       Tinggalkan semua maksiat – mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan seluruh anggota badan
4.       Berbakti kpd ibu bapa – reda Allah bergantung kepada reda ibu bapa
5.      Jangan ragu-ragu – yakin. Kalau susah, lawan perasaan, lawan syaitan yg membisikkan kata susah itu. Yakinkan bahawa Quran itu mudah. Katakan “Mudah. Mudah. Mudah.” Yakinlah -  Dengan bantuan Allah – semua akan jadi MUDAH!

Jadi yg terbaik


Jadilah yg TERBAIK  – anak, pelajar, ibu, ayah, isteri, suami, penjawat awan dan apa saja yg diamanahkan oleh Allah pada kita. Lakukan setiap tugas dg sempurna. Kita ditanya atas tanggungjawab dan amanah kita, bukan org lain.

Iringi dg syukur


Saat menikmati keindahan alam, sebutlah “Subhanallah” , “Masya-Allah” – agungkan kebesaran Allah. Pada masa yg sama sebutlah “Alhamdulillah” – bersyukur atas nikmat mata anugerah Allah!



Saturday, 22 September 2018

Memandu

Memandulah dg hati...


Dekatkan


Dekatkan hati kita dg Allah hari demi hari seiring jasad kita mendekati-Nya...

Tazkirah...


Tazkirah...

Sebelum Imam Syafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:


1. Hak kepada diri, iaitu dengan
✏ mengurangkan tidur.
✏mengurangkan makan.
✏mengurangkan percakapan.
✏dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu ✏menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal (dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi).
✏membuat persiapan untuk mati.
✏dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.


3. Hak kepada kubur iaitu
✏membuang tabiat suka menabur fitnah.
✏jangan suka kencing merata.
✏memperbanyakkan solat tahajjud.
✏dan membantu orang yang dizalimi.


4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu
✏ jangan berkata dusta.
✏sering berkata benar. ✏meninggalkan maksiat.
✏dan memberi nasihat.


5. Hak kepada Mizan, iaitu
✏ menahan kemarahan
✏ banyakkan berzikir.
✏ikhlas dalam amalan
✏dan sanggup menanggung kesulitan.


6. Hak kepada titian sirat iaitu
✏ buang tabiat suka mengumpat.
✏wara'.
✏bantu orang beriman
✏dan hidup dalam suasana berjamaah.


7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu
✏menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t.,
✏membanyakkan sedekah,
✏membuat kebaikan kepada ibubapa
✏dan memperbaiki akhlak.


8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu
✏redha kepada qada’ ALLAH s.w.t.,
✏ sabar menerima bala’.
✏ dan bertaubat.


9. Hak kepada Rasulullah s.a.w iaitu dengan
✏sentiasa bersalawat kepada baginda,
✏berpegang kepada sunnahnya
✏dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.


10. Hak kepada ALLAH, iaitu
✏mengajak manusia kepada kebaikan,
✏mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran,
✏bencikan kepada sebarang maksiat
✏dan tidak melakukan kejahatan.
_________________________


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.


Sollu 'alan nabiy Allahuma solli ala Muhammad