Friday, 19 April 2019

Sifat muqarrabin

Sifir orang biasa:
Bila diberi nikmat (kejayaan, harta, pangkat dll) - bersyukur
Bila diuji (sakit, gagal, tak dapat apa yg diingini, kecewa dll) – bersabar

Sifir orang yg dekat dg Allah (Muqarrabin):
Segala yg diperolehi ... dikaitankan dg Allah – sifat Allah terpamer:
Setiap nikmat: Allah mempamerkan sifat Ar-Rahman : kasih sayang-Nya
Setiap ujian: Allah mempamerkan sifat Qahhar-Nya : kekuasaan-Nya yg tak ada siapa boleh halang...

Hari2 kita menuju Allah... Tenanglah sentiasa dg mengaitkan apa saja yg berlaku dg kehadiran Allah – Dia sentiasa bersama kita...setiap saat, masa dan ketika...

(Intisari Kuliah Subuh Masjid Mengabang Telong 20 April 2019)

Jom! Cuba tingkatkan diri kita kepada muqarrabin (org yg dekat dg Allah)

Monday, 8 April 2019

Berita Gembira buat Tetamu Rumah Allah

*11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI MASJID @ SURAU"*

*"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu tersentuh sekali perkongsian kali ini Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;*

1- Rasulullah berpesan:
"Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). "
(Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda:
"Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang."
(Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda:
"Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat."
(Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda:
"Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah bersabda:
"Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda:
"Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan."
(Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang."
(Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman:
"Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

sampaikan walau sepotong ayat,moga bermanfaat.

Hijrah


HIJRAH

Sekiranya suatu tempat itu hanya menjanjikan kesedihan, kesukaran dan kegusaran hati, tiba masanya untuk fikirkan : berhijrah ke tempat yang lebih baik. Ada begitu? Memang ada. Kita dah cuba sedaya mungkin, namun cahaya bahagia di tempat tersebut seolah2 tak muncul2, dan tak akan muncul!

Berhijrahlah. Jangan takut. Kenangi sejarah Rasulullah SAW. Di Mekah, tempat paling mulia di muka bumi, baginda disakiti, dikhianati, dilakukan pelbagai perkara yg mengundang penderitaan zahir dan batin.

 Akhirnya, dengan perintah Allah, baginda berhijrah. Kekallah baginda di bumi Madinah Munawwarah hingga ke akhir hayat ... dan hingga kini jasad mulia itu masih bersemadi di bumi yang mengalu-alukan kedatangan baginda.

Nabi Yusof .. pun begitu. Walau pun cara penghijrahannya berbeza (angkara perbuatan khianat adik-beradiknya), namun di Mesir, baginda dikurniakan Allah kedudukan mulia. Dan baginda juga kekal di tanah bumi  Mesir hingga ke akhir hayat.

Ya... Hijrah itu pengorbanan, perjuangan demi kehidupan yang lebih baik. Bila keadaan dirasakan mendesak, hijrahlah!

Saturday, 6 April 2019

Ibrah Surah Yusof


Terkesan dengan Surah Yusof. Betapa hebatnya ujian Allah pada para nabi – antaranya Nabi Yusof dan Nabi Yaacob (ayah baginda).

Saat anak-anaknya tidak kembali bersama Buniyamin (saudara seibu Nabi Yusof) yang diamanahkan kepada anak2nya saat mereka membawanya ke Mesir (atas permintaan Nabi Yusof- berdasarkan wahyu drp Allah), Nabi Yaacob tersangat sedih. Kehilangan anak kesayangannya buat kali kedua. Namun baginda hanya berkata:

“Sabar itu indah...” Terus bersabar dan yakin bahawa Allahlah sebaik2 tempat mengadu...
Itulah kentalnya jiwa seorang nabi. Tiada perasaan marah dan dendam terhadap sesiapa apatah lagi anak2 sendiri yg mengkhanati. Yakinnya hanya pada Allah Yg Esa. Boleh saja baginda memulaukan anak2 yg khianat itu. Namun, itu bukan sifat seorang nabi.

Kita bagaimana? Jom! Teladani sifat nabi –sabar dan  jadikan Allah sebaik2 tempat mengadu...

Monday, 1 April 2019

masa



Gunakan siang utk cari rezeki
Manfaatkan pula malam untuk mensyukuri Pemberi Rezeki...

Sekolah Hidup


BERKATA SEORANG PAKCIK TUA.


Seorang pakcik tua ditanya, apakah yang beliau pelajari dari usianya yang telah berlalu?


Beliau menjawab:


Aku belajar...
Bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan..


Aku belajar...
Bahawa orang yg dizalimi lambat laun akan mendapat haknya..


Aku belajar...
Bahawa anak panah malam (doa & tahajjud) tidak pernah tersasar..


Aku belajar..
Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka..


Aku belajar..
Bahawa kata² yg baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia..


Aku belajar..
Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan..


Aku belajar..
Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis..


Aku belajar..
Siapa yang mahu kata-katanya didengari, maka perlu bersedia mendengar dari orang lain..


Aku belajar..
Bahawa bermusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia..


Aku belajar..
Orang yang sering berkata : (akulah, akulah) sebenarnya kosong dari dalam..


Aku belajar..
Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat..


Aku belajar..
Bahawa semua manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yg tidak sempat dilaksanakan..


Aku belajar..
Kita sering mengemas katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'..


Sudahkah kita mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk menikmati 'mati besar'?


Berkata seorang soleh ;


"Aku hairan manusia yang sering memikirkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak pernah memikirkan tentang dosa yang boleh menghumbannya ke dalam api neraka."