Saturday, 10 October 2020

TEMAN SEJATI. - Di sini dan di sana nanti...

 

 

TEMAN SEJATI...

Bayangkan kita dalam situasi ini...

Aku membuka mata, keadaan sekeliling gelap. Ku meraba seluruh badan.... rupa2nya ditutup dengan kain putih keseluruhannya. Eh??? Kain kafan!!!! Dah berada di alam lain rupanya aku..

Terdengar bunyi tapak-tapak  kaki melangkah di atas -  makin lama makin perlahan ... Oh! Itulah saudara mara dan sahabat handai yg mengiringiku utk disemadikan di sini tadi.

Seketika, satu lembaga datang menghampiriku. Inikah Mungkar dan Nakir yg datang untuk menyoal diriku??? Tubuhku menggiggil. Takut!!! Takut!!! Di mana ayah? Ibu? Suami? Anak-anak? Adik beradik? Saudara mara? Sahabat2? Tolong!!! Tolong!!!

Seketika seorang lelaki tampan dan kacak menghampiriku penuh sopan, manis dan menyejuk mata. Belum sempat ku buka mulut utk bertanya... dan aku pun terlalu lemah utk bertanya, dia berbicara penuh mesra:

“Akulah Al-Quran yg engkau selalu baca semasa hidup di dunia dahulu. Jangan bimbang, akulah yang akan menjadi temanmu di sini, di Padang Mahsyar, peguam di Hari Pengadilan, cahaya di Titian Sirat dan pendamping di syurga nanti...”

Alhamdulillah... Segala ketakutan lenyap...Bahagia memenuhi jiwa. Terasa diri akan terbela. Terima kasih Allah yg menjadikan Al-Quran pendampingku di dunia, natijahnya, aku didampinginya saat amat memerlukan, bukan sekadar di sini, malah semua transit dalam perjalanan menuju syurga...

Ya... Saat itu akan tiba. Bila? Bila2 masa. Bersediakah kita? Tak kira. Bersedia atau tidak, kunjungan  Izrail adalah atas perintah Yg Maha Esa. Tidak dikemudiankan atau di dahulukan walau sesaat.

“Apabila datang ajal mereka, maka tiada terlambat mereka sesaat pun dan juga tidak dapat mereka menyegerakan” (Surah Yunus 10: 49)

Juga tidak perlu minta izin kita! Namun, ada juga tanda2nya... antaranya kalau telah diizinkan lama berada di dunia, rambut sudah berubah, deria (pendengaran, penglihatan) sudah berkurang, ingatan sudah semakin lemah seiring dengan tubuh yg sering diziarahi pelbagai penyakit. Itu juga antara tanda2nya. Adatnya begitu - yg tua akan mendahului yg muda.

Namun, sifir itu tidak muktamad. Ada juga, malah ramai yg muda, ada yg masih bayi, kanak-kanak, remaja,malah ada juga yg dijemput Ilahi sejurus, semasa dan ketika dalam kandungan lagi... Allah Yg Maha Berkuasa atas segalanya, sesiapa sahaja akan dijemput kembali kepada-Nya berdasarkan ketetapan takdir agung-Nya...

Kunjungan Izrail juga tiada bezanya antara yg lelaki atau perempuan, kaya dan miskin, jutawan atau fakir jalanan, majikan atau budak suruhan..Yg membezakannya hanyalah bagaimana jalan hidup yg telah ditempuhinya – amalan baik, juga amalan jahatnya.

Nah...Siapa kita sekarang? Berapa usia? Jawatan apa? Berapa banyak harta? Saat dipanggil pulang, rela atau terpaksa, akan ke sana juga semuanya - menghadap Pencipta...

Alangkah bertuahnya, saat di dunia, kita di kelilingi saudara-mara, rakan dan teman yag menyayangi, berbicara dan bergelak ketawa saat ceria, membantu saat musibah melanda, menghulur tangan saat rebah agar dapat bangun semula... Namun, akan lebih bertuah sekiranya kita juga memiliki teman sejati yg bakal membantu di alam sana.

Jom! Kita sama2 dampingi kawan sejati, teman di sini dan juga di alam sana nanti – Al-Quran. Hargailah dia  selagi dikurniakan usia. Bagaimana?

Baca. Faham. Ajar. Hafal. Amal. Tadabur. Dan daulatkannya.

Alangkan bertuahnya kalau kita dapat laksanakan kesemua tujuh hak2nya semasa di dunia. Moga dia akan menjadi teman, peguam, pembela dan pendamping di alam sana. Itulah Al-Quran, kalam Ilahi, sahabat sejati, murni dan hakiki...

 

 

Tuesday, 6 October 2020

Orang paling bijak

 

Orang paling bijak

“Orang paling bijak ialah orang yang mengingati mati”... ini yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

Kenapa? Mari kita sama2 renung... Bila ingat mati, kita tahu destinasi akhir kita, dan apa yang perlu kita buat untuk menghadapinya. Ya... Akan dipanggil pulang ke pangkuan Ilahi. Seterusnya, akan menjadi penghuni barzakh untuk satu ketika yg lama. Dibangkitkan semula di Padang Mahsyar utk di hitung amalan yg dibawa, penentu syurga atau neraka.

Bila kita sedar itu semua, kita akan sentiasa ingat Allah lantaran mati itu bermakna, kita bertemu Allah. Macam kita nak pulang jumpa ibu di kampung, tak kan dengan tangan kosong. Tak kan dengan laporan2 yang tidak baik tentang kita. Tentulah kita cuba bahagiakannya dengan sebaik2 hadiah, sebaik2 khabar tentang diri kita yang diperolehinya drp orang lain yg bersama kita.

Sama juga, bila nak jumpa Allah (walau pun contoh nak jumpa dg ibu sgt kerdil secara perbandingan). Kita akan cuba jadi orang baik...berakhlak mulia. Bawa amalan yang banyak, yang akan melayakkan kita untk mendapat rahmat-Nya dan diterima sebagai penghuni syurga...kekal selama2nya di dalamnya. Itu kan bahagia hakiki?

Dengan mengingati mati, yang bakal tiba bila2 masa, kita akan sentiasa bersedia. Memanfaatkan setiap detik usia yg ada, mengutip sebanyak mungkin pahala yg bakal di bawa ke sana. Memastikan segala yg kita buat akan menjadi  saham akhirat, bernilai saat tiada guna lagi harta dan anak2.. Buat apa saja yg mendatangkan cinta Allah, reda-Nya dan seterusnya syurga-Nya.

Apa lagi anugerah yang lebih besar nilainya selain daripada rahmat Allah dan syurga-Nya? Dan – orang paling bijak ialah orang yang sentiasa berusaha keras utk mendapat anugerah yang paling bernilai. Maka benarlah sabda Junjungan: Orang yg paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati...

Wednesday, 19 August 2020

On-Line Dengan Pencipta

 

On-Line Dengan Pencipta

 

            Suatu ketika dahulu, penggunaan telefon juga amat terhad. Hanya orang-orang berada sahaja mampu memiliki telefon di rumah mereka. Awal 90-an, telefon bimbit mula digunakan. Juga, masa itu, hanya orang-orang yang berada sahaja mampu memilikinya. Namun kini, ianya sudah menjadi sesuatu yang biasa.

  Hampir semua memilikinya. Tidak kira usia, pekerjaan dan status sosial. Memiliki telefon bimbit dah seolah-olah satu kemestian terutama bagi generasi kini. Ke mana-mana pergi, tidak sempurna tanpa telefon di tangan. Segala maklumat dapat diperolehi hanya di hujung jari.

Nak tahu tentang apa? Semua ada. Nak berhubung dengan siapa, di mana sahaja semua boleh. Bukan sekadar bercakap, malah ada video call, boleh sampaikan apa sahaja maklumat melalui WhatsApps (wasap), Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya. Bukan sekadar hantar mesej berbentuk tulisan, tapi juga video dan audio. Masya’-Allah!!! Hebat sungguh perkembangan sains teknolgi dewasa ini!

             Impaknya, semua dapat on-line sahaja. Bukan sekadar berinteraksi dengan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai, pembelian pun boleh buat secara on-line. Gaya hidup yang tak lekang daripada telefon bimbit ini kadang-kadang mampu merenggangkan hubungan sesama insan. Apa tidaknya, saat berkumpul dalam keluarga, atau bersama rakan-rakan, masing-masing sibuk dengan telefon .

 Ya...selesa sungguh on-line. Hingga kadang-kadang terlupa keutamaan. Bukan sekadar ibu bapa, anak-anak atau sahabat yang ada bersama tidak diberi keutamaan yang sewajarnya, malah Pencipta pun sanggup diketepikan. Contohnya, saat azan dikumandangkan, masih sibuk dengan wasap dan pelbagai aplikasi yang melalaikan.

Bersama telefon, masa berlalu amat pantas, tak terasa. Saat menuju ke sejadah untuk solat, kadang dah nak luput waktunya...Sedangkan itulah on-line yang perlu diutamakan – on-line dengan Pencipta. Lima kali setiap hari Allah menunggu pertemuan dengan setiap hamba-Nya yang mengaku beriman kepada-Nya, kepada hari Akhirat yang pasti datangnya...ada yang menamakan talian ini bernombor 24434, mengikut jumlah rakaat solat yang diwajibkan.

 Apa pun, sebenarnya on-line dengan Pencipta itu – setiap masa. Allah itu dekat. Allah sentiasa bersama kita: “... dan Dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.. (Surah Al-Hadid 57:4). Lima kali solat itu adalah yang wajib, tapi kita masih boleh on-line dengan-Nya saat kita perlu bantuan khusus: untuk memohon ditunjukkan pilihan yang tepat (Solat Istikharah), sesuatu hajat (Solat Hajat), diampuni dosa (Solat taubat) dan sebagainya.

 Solat itu merupakan saat kita “berbicara” dengan Allah – on-line dengan-Nya. Sekiranya kita ingin Allah berbicara denagn kita, boleh juga on-line. Bagaimana? Dengan mermbaca Al-Quran.

 Berbeza dengan on-line sesama insan yang terhad masanya, perlu pilih kesesuaian waktu untuk berinteraksi. Tapi, ajaibnya, on-line dengan Pencipta: setiap masa, detik dan ketika. Bukan setakat itu sahaja, tiada bil bulanan atau tahunan atau apa saja jenis bayaran yang dikenakan. Cuma, kalau kita inginkan ganjaran terbaik daripada-Nya, setiap aktiviti on-line kita itu disertai dengan keikhlasan, sifat kehambaan yang hakiki...

Kalau tidak mampu on-line dengan kaedah solat dan membaca Al-Quran, kita masih boleh pilih kaedah yang paling mudah. Apa dia? Berzikir kepadanya. Ya – mengingati secara lisan dan juga hati. Bertasbih. Bertahmid. Bertahlil. Merenung setiap kejadian – peristiwa yang berlaku atau melihat indahnya alam yang terbentang, semuanya dikaitkan dengan kehadiran-Nya. Itu juga on-line dengan-Nya. Mudah kan? Cuma, jangan lupa: modalnya:ikhlas!

 On-line dengan Pencipta juga amat istimewa lantaran ianya dapat dilaksanakan serentak saat kita on-line dengan manusia. Bagaimana? Saat berinteraksi dengan manusia, kita tidak lupa pada Allah. Masa berwasap, tularkanlah maklumat-maklumat yang baik, kongsikan berita-berita yang bermanfaat, berikan suntikan motivasi, kata-kata semangat dan mampu membantu orang lain sentiasa ingat Allah, on-line dengan Pencipta.

On-line dengan manusia, tidak akan terlaksana kalau telefon pintar itu kehabisan bateri. Bagi memastikan on-line tidak terganggu, power bank digunakan. On-line dengan Pencipta? Pun begitu. Ada masanya, kita off-line. Terutamanya kalau hati kita mati... kurang ilmu, kurang mujahadah, lalai untuk mengingati-Nya.

Sebagaimana kita sentiasa bersedia dengan power bank agar mampu on-line bila-bila masa sesama manusia, kekalkan keimanan kita agar hati sentiasa hidup dan mampu on-line dengan Pencipta, setiap masa. Itu lebih utama. Lantaran, bila-bila masa kita akan dipanggil untuk kembali kepada-Nya...

 Justeru, jangan sekali-kali lupa, leka dan dilekakan dengan alat perhubungan ciptaan manusia. Manfaatkan aplikasi teknologi dengan bijaksana, agar kita mampu membina hubungan baik sesama insan (habluminannas) tanpa menjejaskan hubungan kita dengan Pencipta (habluminallah). On-linelah sesama kita, tapi utamakan on-line yang kekal, bermanfaat dan jauh lebih bernilai ganjarannya: on-line dengan Pencipta...

 

Wednesday, 25 March 2020

COVI - Satu Renungan


Apa yg terjadi, tak pernah sia2 lantaran semuanya dalam perancangan-Nya. Cuma kita sahaja yg lemah untuk memahaminya. Kenapa? Segalanya adalah berdasarkan pengetahuan Allah Yg Maha Luas, sedangkan ilmu dan akal kita amat terbatas.

Namun, Allah datangkan segalanya beriringan dengan kasih sayang. Persis seorang ibu yg menegur kesilapan anak kesayangannya. Terasa pahit oleh si anak yg masih setahun jagung itu. Namun, teguran, denda dan hukuman yg diberi itu adalah demi kebaikan si anak masa itu, atau masa akan datang.

Begitu juga COVIc ini... ada mesej yg ingin disampaikan oleh Yg Maha Pengasih dan Penyayang.
Jom! Perbanyakkan muhasabah diri, renungan dan refleksi...Istighfar dan sabar. Perbaiki hubungan kita dg Allah yg mungkin bermasalah, juga hubungan sesama insan, yg mula goyah...

“Tutup mulut” – lebih memelihara lidah drp menyatakan perkara2 yg tak berfaedah, apatah lagi mengundang musibah dan menyakiti hati insan lain...merenggangkan ukhwah – fitnah, memnghina, mengejek, mengadu domba...samada secara bersemuka atau maya (FB, IG wasap dll)

“Cuci tangan” – bersihkan hati selalu drp dosa – perbanyakkan istighfar, lipatgandakan amalan kebaikan yg boleh menghapuskan segala kesilapan kita 

“Kurangkan hubungan sosial – tinggal di rumah” – sayangi keluarga yg selama ini ,mungkin terabai, tanpa sedar, hindari pergaulan bebas yg telah dianggap lumrah dan tiada apa2...

COVIC – cubitan sayang drp Allah agar kita berhenti sejenak – berfikir, bertindak serta mengorak langkah agar jadi insan lebih baik, yg mampu bertemu dengan-Nya dlm keadaan reda dan meredai - saat ajal menjemput, bila2 masa - mungkin sekejap lagi...

COVIC-19...Doa dan harapan

COVIC-19

Ya! Allah, kami sedar... segala yg berlaku adalah dalam perancangan-Mu Yg Maha Agung dan Bijaksana.

Ujian ini mampu membawa hati2 kami berfikir, merenung ke dalam diri dan membuat refleksi...apakah mesej di sebaliknya? Apakah yg ingin Engkau sampaikan kepada kami?

Kiranya selama ini kami alpa dengan tuntutan-Mu, mengingati-Mu, ampunilah dosa-dosa kami

Kiranya ujian ini merupakan petanda untuk menguji demi menaikkan darjat kami di-sisi-Mu, kurniakan kami kesabaran persis para nabi dan rasul dalam menghadapinya

Kami sedar, nikmat-Mu yg tak terhitung. Kami juga sedar dosa kami menggunung..
.
Terima kasih Allah atas segala anugerah nikmat-Mu. Ampunilah segala dosa2 kami. Janganlah Kau uji kami sesuatu di luar kuasa kami untuk menanggungnya. Kasihanilah kami, hamba2-Mu yg lemah ini...

Ya! Allah, kami sedar, bersama “setiap kesusahan itu ada kesenangan”. Bantulah kami untuk mengahadapi getirnya saat mecabar ini. Anugerahkan kami iman yg teguh dalam menghadapinya, hati yg tabah dalam menanganinya serta:

harapan yg tidak pernah putus akan rahmat-Mu...
harapan yg tidak pernah putus akan rahmat-Mu...
harapan yg tidak pernah putus akan rahmat-Mu...

Hanya kepada-Mu kami mengharap, bermohon dan bertawakal.
Moga mendung akan segera berlalu pergi dan sang suria mula bersinar kembali...

Janji-Mu selalu benar dan Engkau telah berfirman:
“Jika hambaKu bertanya tentang diri-Ku, katakalah Aku adalah dekat. Aku akan memperkenankan permohonan hamba2-Ku...”

Inilah doa2 kami ya Allah. Mohon diperkenankan ya Allah...

Aamiin... Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin...