Solat Itu Indah!
Bayangkan sekiranya kita ada
orang tersayang yg sentiasa menemani... setiap masa dan ketika. Bukan itu
sahaja, malah dipaksanya kita bersama dalam sela masa tertentu dalam seharian
hidup kita yg penuh dg rutin yg amat sibuk, meletihkan dan tidak kurang juga,
kadang2 amat menekan perasaan! Namun, dia sentiasa setia menghulurkan bantuan,
melegakan tekanan, menenangkan perasaan saat tertekan...
Tanpa disedari, apabila diteliti,
rupanya itulah yg dihadiahkan oleh Allah Yg Maha Penyayang kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW sewaktu Israk
Mikrajnya menemui Tuhan – solat lima waktu...Aslanya 50 waktu, tapi atas
nasihat Nabi Allah Musa, Rasulullah saw memohon utk dikurangkan – hingga, ya...
5 waktu yg ada difardukan pada kita kini, yg mana itu pun dianggap berat oleh
segelintir insan...
Jom! Kita telusuri saat2 bersama
solat...
Bangun seawal pagi, kadang2 kita
menyambut hari dg perasaan yg entah mengapa, tak menentu... bimbang tak fasal2,
sedih tanpa sebab, kurang senang dll yg menakluki jiwa... Allah sedia menunggu
kita utk bersama-Nya. Malah Solat Subuh merupakan waktu yg disaksikan (Surah Al-Isra’
17: 78). Bangunlah! Mandi, berwudhu’ .. segera bersama Ilahi. Pohonlah segala
kebaikan utk diri, keluarga dan sesiapa shj yang kita kehendaki.
Kadang2 perasaan sedih dan kurang
tenteram itu adalah disebabkan titik2 hitam di hati. Penyebabnya? Dosa yag
dilakukan disedari atau tidak. Selesai solat, berzikir dan mohon ampun kepada
Allah atas segala dosa2. Pohon seikhlas hati... kalau boleh sampai mampu
memamah jiwa, mengalirkan airmata...
Seterusnya, pohonlah juga apa
kehendak kita, juga agar dipermudahkan segala urusan kita di hari itu,
dikabulkan segala permintaan (yg baik2 utk kita). Mohon keampuan dan doakan
juga utk ibu bapa, anak2, ahli keluarga, saudara mara jauh dan dekat, rakan
taulan dan sahabat2, muslimin muslimat.
Kita akan rasa satu kelainan
sesudah itu. Tangkas bergerak, hati lapang dan harapan seolah2 memancar dari
segenap arah! Mengapa? Cahaya itu sudah hadir di dalam diri, jiwa dan hati...
anugerah Allah Yg Maha Pengasih.
Seterusnya kita akan memulai hari
dg apa sahaja tugas yg menanti. Laksanakanlah seikhlas hati kerana Ilahi.
Mudah, seronok, menggembirakan? Alhamdulillah! Susah, menekan, buntu...Cekalkan
hati. Buat...Buat dan buat! Kerja akan selesai dg “buat”, bukan “mengeluh”.
Saat azan Zohor dikumandangkan, tinggal shj segala urusan – secepat mungkin.
Ingat...Saat Izrail berkunjung, kita juga tak mampu meneruskan kerja...
Jom! Bersama Yang Maha Pengasih
lagi...sedia menanti! Lupakan segalanya di saat solat. Susah? Ya... Memang
susah! Namun, paksakan diri – fokus betul2 pada Rabbul Jalil yg ada “di hadapan”
kita. Fahami apa yg di baca di setiap gerak dalam solat. Solat itu adalah doa.
Solat itu ..kita bercakap dg Allah. Hayatilah. Kalau ada masalah, luahkan
pada-Nya. Luahkan. Luahkan...
“Hanya kepada-Mu kami sembah dan
hanya pada-Mu kami mohon pertolongan”(Al-Fatihah 1: 5). Saat membaca ayat ini,
mohonlah segalanya drp-Nya. Sepenuh hati. Allah boleh beri kita apa sahaja. Langit
dan bumi ini bukankah milik-Nya? Lantas, kenapa buntu menghadapi ujian-Nya?
Sebab itu, Allah menegaskan
beberapa kali dalam Al-Quran bahawa antara ciri2 org berjaya ialah “yg khusyuk
dalam solat”. Bila khusyuk, kita akan tenang. Bila tenang, urusan mudah, kan?
Usai solat, sambung semula
tugasan berbekalkan tenaga, semangat dan motivasi baharu yg terhasil drp “pertemuan”
dg Allah tadi. Ah! Senangnya sekejap Cuma! Masalah datang lagi... Terdengar
azan Asar... Allah memanggil lagi utk “berjumpa”. Masya’-Allah!!! Saat itu tiba
lagi – peluang utk meluahkan segala perasan yg membelenggu jiwa, sekaligus memohon
bantuan-Nya Yg Maha Perkasa!
Masa berlalu amat pantas kini.
Seketika, langit di ufuk timur telah jingga, kemerahan dan seterusnya, secara
beransur2, gelap malam mula menyapa. Azan Maghrib berkumandang. Alangkah
nikmatnya! Allah sentiasa ingin kita bersama-Nya! Ya! Allah, terima kasih atas
segala nikmat-Mu utk hari yg telah berlalu...rezeki yg melimpah ruah... makanan
sentiasa ada utk dijadikan juadah, kasih sayang insan2 sekeliling merupakan
hadiah, dan paling istimewa, nikmat iman dan Islam...
Hari yg telah berlalu sudah
dilewati dg berusaha mencari rezeki demi keperluan diri, keluarga dan juga,
membantu yg memerlukan. Badan penat? Tak mengapa. Melaksanakan tanggung jawab
mencari nafkah itu juga merupakan ibadah. Satu kebaikan. Letih akan hilang,
pahala insya-Allah akan kekal di sisi Tuhan!
Penatnya badan setelah seharian “berjuang”
demi kehidupan. Sebelum menikmati tidur – rehat yang indah, nyatakan kesyukuran
pada Pemberi nikmat itu dalam solat Isyak. Tabarakallah!!! Solat itu mmg merupakan hadiah. Ditetapkan
pada sela masa yg tepat, indah dan penuh hikmah. Subuhnya. Zohornya. Asarnya.
Maghridb dan Isyaknya.
Bayangkan tanpa solat...Kita
bergelut dg kehidupan... kadang2 persaan amat tertekan... kalau tak
diregangkan, mungkin kita akan mengalami kebuntuan, kesihatan terancam.Umpama
getah yg diregangkan, kalau tak dilepaskan saat ia menghampiri had
kekenyalannya, akan terputuslah ia! Begitu juga dg solat, perasan yg tertekan
dapat ditenangkan dlm sela waktu tertentu yg ditetapkah oleh Yg Maha Bijaksana!
Bertuahlah sesiapa yg dapat
menghayati hikmah solat. Menghargainya. Mengambil manfaat drpnya. Solat –
penyumbang ketenangn jiwa, selain sentiasa mendampingkan kita pada Pencipta.
Saat2 utk meluahkan rasa, memohon bantuan tanpa perlu membayar apa2! Jangan sekali kita sia2kan...
Sesungguhnya bertuahlah bagi yg menyedari bahawa: Solat itu Indah!