Saturday, 29 April 2017

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH 😊 😊 😊




- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
Rezekimu bukan daripada bossmu atau pelangganmu. Tetapi daripada Allah S.W.T.
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah S.W.T Redhai.
# Share untuk kebaikan bersama

Niat masa baca Al Quran.


Kuliah: Ustazah Norhafizah Musa

Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri". Untuk dapat kehebatan amal, niat mesti hebat. Sebelum baca Quran halusi niat dan mohon mendapatkan apa yang kita niatkan. Ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atas ganjaran dari Allah S.W.T.

1. Mohon untuk mendapat syafa'at al-Quran (al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dan membantu kita di hari yang kita susah nanti, insyaAllah).
“Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.” (HR. Muslim)

2. Mohon ditambah kebaikan. Dapat dirasai selagi kita baca al-Quran, ibaratnya terasa bertambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita tidak terasa untuk berhenti dan kita akan membacanya dalsm kudrat kemampuan kita.
“Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).

3. Mohon selamat dari api neraka.
"Kalau adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api neraka"

4. Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan", menghidupkan hati dari menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang merbahaya.
“Sesungguhnya barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan al quran maka ia seperti halnya rumah yang usang”

5. Mohon untuk diamalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaiknya dengan elok2, tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dengan kedudukan ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca di dunia ini.Contohnya jika ayat terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah pembacanya kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.
Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat2 syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (HR. Ahmad).

6. Jadikan al- Quran sebagai syifa/ubat/ kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan tubuh badan kita.
"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ....." (Al Isra' 17:82)

7. Mohon ia menenangkan hati yang gundah gulanah bila membaca al-Quran dengan tartil. Nafsu dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali kepada al-Quran dan membacanya dengan tartil. Bacalah sehingga tenang.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah". Ketahuilah dgn "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd 13:28)

8. Mohon supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik.

9. Mohon menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna."Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (Al Baqarah 2:2)

10. Mohon hidup tidak terlerai dari al-Quran dan kita dibangkitkan kelak dengan syafa'at al-Quran.

Wednesday, 26 April 2017

Dewasa beriring kebaikan



Orang dewasa perlu lebih behati2 dalam segala pemikiran, perkataan dan perlakuan.
 Kenapa? Ada 2 sebab utama:

1. Mereka susah nak ditegur dan pada setengah2 keadaan, tak akan ditegur oleh org lain, terutama yg lebih muda – mungkin kerana org lain segan, takut atau tak sampai hati nak tegur.

2. Mereka akan jadi contoh tauladan (role model ), pada org lain terutama yg masih muda.

Rupanya, lebih dewasa kita, lebih besar peranan kita...namun lebih banyak kebaikan yg bakal diraih kalau kita selalu sedar, berfikir dan merenung...

Di usia muda, carilah ilmu sebanyaknya supaya di usia dewasa (apatah lagi usia emas)
. kita dapat jadi suri teladan yg baik utk semua. Kita dapat pendapatan pasif dg pahala mengalir ke akaun kita kalau ada org yg ikut kebaikan yg kita  buat atau ajak org lain buat!


 

Ingin berjaya? Ber DUITlah!





Apa itu DUIT?

D – Doa
U – Usaha
I – Ilmu
T – Tawakal

DOA


Pensgesahan diri bahawa kita memerlukan bantuan dan rahmat Allah bagi mencapai apa jua impian, cita2 dan harapan. Doa dipanjatkan sebelum, semasa dan selepas sesuatu usaha kita laksanakan. Doa juga merupakan ibadah. Allah menyukai org yg suka berdoa. Kenapa? Kerana ini tandanya org itu mengukui bahawa ia adalah hamba.
Sementara pengabulan doa pula tidak terikat dengan usia seseorang dan kebiasaan manusia
 (contohnya: kurniaan zuriat utk Nabi Zakaria) .
Allah ada pelbagai cara ajaib dalam mengabulkan doa hamba-Nya. Kita meminta dg ilmu yg terbatas, tapi Allah memberi berdasarkan ilmu-Nya yg luas!

USAHA

Itu juga tanda kita hamba. Allah boleh beri kita apa saja. Namun, kita perlu berusaha. Usaha merupakan antara kewajipan kita demi kehidupan – sebagai insan (hamba dan khalifah).

ILMU

Kita semua tahu kepentingan ilmu. Nak dunia, perlu ada ilmu.
Nak akhirat juga perlu berilmu.
Nak kedua2nya sekali pun perlu ilmu.
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Allah meninggikan darjat org berilmu.
Sesiapa yg melalui jalan utk menuntut ilmu, Allah menyediakan jalan utk ke syurga!
Besarnya nilai ilmu. Amal tanpa ilmu akan ditolak.
Wahyu pertama diturunkan kepada Rasuluillah saw pun berkaitan dg ilmu.
Jadi, kalau nak dapatkan sesuatu, kita perlu ilmu bagaimana nak dapatkannya.

TAWAKAL

Setelah berusaha sehabis daya, mengikut cara2 yg betul, tawakallah. Usaha itu tugas kita. Hasil itu ketentuan dan rahmat Allah.  Namun, dg sifat-Nya Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tiada usaha yg disia2kan-Nya, tiada doa yg tidak dimakbulkan-Nya.
Cuma, kaedah pengabulan-Nya juga sesuai  dg ilmu-Nya yg Maha Luas, juga sifat-Nya yg Maha Adil.



Jom! Pastikan kita selalu berDUTI, agar selalu berjaya!

Monday, 24 April 2017

Dakwah - Tugas kita



Berdakwahlah penuh hikmah - seikhlas hati..seru kebaikan, cegah kemungkaran. Org terima atau tidak, itu bukan masalah kita. Allah tak akan tanya kenapa org tak terima, tapi kita akan ditanya kenapa tidak menyatakan kebenaran...

(Antara intisari tafsir Al-Quran – Surah Nuh: IKIM 25/4/17 6.30 pagi)

Para nabi berdakwah tanpa jemu walau pun terpaksa terima ujian dan cabaran maha hebat, namun mereka tidak lemah dan putus asa. Kenapa? Sebab segalanya dibuat ikhlas - kerana Allah semata. 

Ganjaran yg diharap hanya dari Allah dan Allah tidak pernah mungkir janji...

Jangan rugi..



Selama di dunia, jaga 2 perkara:
1.       Masa
2.       Lidah

Peruntukan masa utk 3 perkara utama:
1.       Berusahadan bekerja  utk kehidupan dunia
2.       Berusaha mencari bekalan akhirat
3.       Memberi kerehatan yg secukupnya pada badan supaya perkara 1 & 2 dapat dibuat dg baik.
Bila apa yg dibuat tak termasuk dalam 3 kategori tersebut, ianya dianggap sia2. Maknanya – mensia2kan usia. Alangkah ruginya!

Jom! Usaha sungguh2 agar jadi org yg tida rugi!