VITAMIN BUAT PENDIDIK
VITAMIN BUAT PENDIDIK
Ajaibnya Bantuan Allah, Namun...
Nabi Musa a.s. cemas. Firaun dan bala tenteranya sudah menghampiri dari belakang. Sedangkan di hadapan, terbentang Laut Merah. Namun, Allah sentiasa bersama hamba2-Nya yg soleh. Diilhamkan baginda utk memukul laut itu dg tongkatnya. Sejurus dipukul, laut itu terbelah dua, ada laluan di tengah2 utk dilalui. Masya’Allah!!
Firaun pun mengekori drp belakang. Saat Nabi Musa dan kaumnya selamat tiba di daratan, laut itu bercantum semula, menengelaamkan Firaun dan bala tentearnya. Itulah ajaibnnya bantuan Allah kepada Nabi-Nya yg cekal, tabah, sabar saat diuji, dan berani menghadapi “tyrant” itu demi menegakkan kalimah suci Allah.
Sama juga halnya, api dinyalakan dg hebatnya, hingga tiada siapa sanggup mendekatinya bagi mencampakkkan Nabi Ibrahim ke dalamya. Hingga mereka terpaksa cipta satu lastik besar utk melontarkan baginda ke dalam unggun api raksasa itu. Seketika kemudian, saat api telah padam, Nabi Ibrahim keluar, berjalan seperti biasa, tanpa terjejas apa2! Kenapa? Bantuan Ajaib Allah Yg Maha Perkasa!
Saat Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Allah berfirman kepada api supaya jadi sejuk dan selamatkan Nabi Ibrahim. Subhanallah!!! Masya-Allah!!! Tabarakallah!!!
Ini antara cerita2 menarik, mengkagumkan yg diabadikan dlm Al-Quran. Dan banyak cerita2 seumpamanya. Allah menceritakan tentang kehebatan-Nya yg tiada tolok bandingnya. Ya, bagi allah, sesuatu yg dikehendaki-Nya, akan terjadi dg hanya berfirman “kun” (Jadilah) maka “Fayakun” (Jadilah ia). Semudah itu!
Namun, keajaiban2 yg berlaku juga ada usaha drp hamba-Nya. Usaha yg juga penuh ajaib, di luar batas kemampuan insan yg hanya bersifat pesimis, lemah dan malas! Lihat apa yg telah dilalui oleh Nabi Musa dan Nabi ibrahim. Mereka bersungguh2 berusaha utk menegakkan kalimah suci Allah. Menghadapi penguasa2 yang zalim dg berani, walau pun terpaksa bergadai nyawa.
Lihat... Mereka memang cuba dihapuskan drp muka bumi, dg segala kekuasaan yg dimilik Namrud dan Firaun. Namun, adakah nabi Ibrahim atau Nabi Musa mengalah? Tidak sekali2! Lakukanlah apa saja, mereka yakin, kalau Allah yg bantu, mereka sentiasa dalam lindungan rahmat kasih sayang Allah.
Saat ribuan ahli sihir melawannya bersama Nabi Harun, sedikit pun baginda tidak gentar lantaran yakin, walau pun kelihatannya mereka berdua cuma insan kerdil berbanding dg ribuan musuhnya, namun musuh yg ramai itu tidak sedar, yg mereka sedang lawan itu adalah Allah Maha Gagah!!!
Saat menyelamatkan Nabi Musa drp Firaun juga, Allah menggunakan “balatentera”-Nya yg di luar pemikiran manusia: laut! Laut itu dibelah bagi membenarkan Nabi Musa bersama pengikut2nya menyeberang, ditangkupkan semula bagi menenggelamkan Firaun dan balatenteranya. Masya’-Allah!!! Bila Allah bantu, semua yg ada di alam ini boleh jadi “tentera”-Nya.
Namun bantuan Allah itu juga perlu dibayar dg harga yg mahal, bukan sekadar duduk sahaja, berangan2 itu dan ini tanpa berbuat apa2. Sebelum kita dibantu, kita dulu perlu bantu diri kita dg menunjukkan kesungguhan dlm berusaha – sehabis daya sebagaimana perlu bagi seorang yg benama hamba. Nak jadi usahawan berjaya, ada jalan2 sukar perlu ditempohi. Ingin berjaya sebagai pelajar cemerlang, pun sama. Usaha perlu gigih, tanpa mengira penat & jemu. Ya .. nak berjaya, usaha. Usaha. Dan usaha.
Cukup? Ah! Itu sahaja tidak cukup! Kita juga perlu jadi insan yg sentiasa menjaga hubungan menegak (hablumminallah), bukan sekadar mendatar (hablumminannas). Jadi insan yg Allah sentiasa reda & sayang, barulah Dia akan bantu. Sebaik mana pun hubungan dg manusia, kalau hubungan dg Allah bermasalah, kita tak kemana...
Jadi jika ingin bantuan ajaib Allah, kita juga perlu jadi insan yg “ajaib”... dalam berusaha dan lebih utama, dalam menjaga hubungan dg Allah – melaksanakan segala yg disuruh, dan meninggalkan apa yg dilarang-Nya, dlm apa jua keadaan... tanpa alasan, bantahan, apatah lagi takutkan insan!
Jom! Ambil ibrah drp kisah Nabi Musa dan Nabi Ibrahim...hidup penuh perjuangan. Namun, sentiasa yakin, tabah, berani, sabar, tidak pernah putus asa, juga pantang menyerah kalah. Dan paling penting: melakukan segalanya hanya kerana Allah. Barulah dapat menikmati ajaibnya bantuan Allah!
Tugas Kita vs Tugas Allah
Segala-galanya telah saya buat, tapi kenapa tak berjaya?
Sedih ... kecewa... dah usaha, tak dapat
Buang masa sahaja... buat pun tak guna, tak dapat hasil!
Itu antara ungkapan2 yg diluahkan saat mengalami kegagalan utk dapatkan apa yg dicita2kan, Ya...kita memang begitu... sesudah berusaha, inginkan kejayaan, dapat apa yang kita inginkan. Namun, adakah selalunya begitu? Tidak semestinya. Ada yg berjaya, ada yg tidak. Kenapa?
Reaksi kita pulak? Mengeluh. Merungut. Sedih. Kecewa. Dan pelbagai lagi emosi yg menyempitkan hati! Tak cukup dg diri sendiri merasainya, orang lain pun turut sama, biasanya org terdekat... pasangan, ahli keluarga, sahabat karib, rakan sejawat dan lain2. Kita mengadu dan mengeluh pada mereka. Ada yang membantu. Ada yg membuntu!
Kenapa begitu? Kita lupa akan Yang Maha Berkuasa. Penentu segala...Pentadbir alam. Pengatur segala urusan... Allah swt Yg Maha Perkasa, Berkuasa dan Bijaksana! Ya... Apa saja yg berlaku, dalam kekuasaan-Nya. Hatta daun yg gugur – itu pun dalam milik ketentuan-Nya, apatah lagi kita dg segala perancangan hidup.
Segalanya dah tersusun indah dalam perancangan Agung-Nya. Kita Cuma berusaha, penentu kejayaan atau tidak, itu dalam kuasa-Nya.
Kita kecewa lantaran terlupa seketika... menganggap diri berupaya untuk apa saja...buat, mesti berjaya. Semudah itu? Tidak! Kita ada Yang Maha Berkuasa. Itu sebenarnya punca kecewa, sedih dan putus asa. Kita lupa akan kehadiran-Nya. Lantas, kita cuba mengambil alih tugasnya. Mana mungkin! Fokuslah pada tugas kita, seterusnya serah kepada Allah Yg Maha Berkuasa tapi Maha Pengasih, Maha Penyayang akan kejayaannya.
Kalau permintaan itu memang baik dan ditentukan utk kita, jgn bimbang ... Dia akan tunaikan. Kalau tidak, memang ada hikmah di sebalik penolakannya itu.
Justeru, setiap masa, detik dan ketika, jangan sekali2 lupa atau terlupa:
Tugas kita berusaha, penentu jaya adalah tugas Yang Maha Berkuasa!
Kasih Sayang Penjana Kebahagiaan
Saat Fatimah mengunjungi Rasulullah saw, baginda akan berdiri menyambutnya, memeluk dan menciumnya. Itulah tanda kasih sayang yang ditunjukkan kepada puteri kesayangan, hasil perkongsian hidup baginda bersama wanita yg dicintainya (Sayyidatina Khadijah).
Saat berbicara dengan sahabat2, Rasulullah saw tidak pernah memalingkan wajah baginda daripada mereka, malah baginda akan memberi perhatian sepenuhnya, dan akan mengadap sahabat itu dengan sempurna, tanpa mengiring badan sedikit pun. Tanda sayang. Baginda juga akan sentiasa menghiasi bibir muliannya itu dengan senyuman manis menyenangkan.Juga tanda kasih sayang.
Lantaran perilaku baginda sedemikian, tidak hairanlah ahli keluarga yang beriman, serta sahabat2 menyayangi baginda sepenuh hati, tanpa berbelah bagi, hingga sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan baginda.
Itulah antara kesan kasih sayang. Kita akan melakukan apa saja demi orang yg kita sayang. Kita juga perhatikan bahawa orang yang bersifat penyayang itu juga disayangi orang lain. Itu sudah menjadi sifir kehidupan. Sayangilah ... kelak kita akan disayangi!
Sayang itu datang dari hati. Dimanifestasikan melalui tutur kata dan perbuatan. Kita akan merasa senang dg orang yg menyayangi kita. Bahagia berada bersamanya. Rindu akan kehadirannya.
Sayang itu pencetus bahagia. Ianya bermula daripa seawal kita dalam kandungan ibu – di dalam rahim. Rahim itu pun bermakna kasih sayang! Sejarah kita bermula sebagai seorang insan, kita telah ditempatkan dalam “kasih sayang”. Ke mana ibu pergi, di situlah kita selama sembilan bulan. Ke dapur. Ke hospital. Ke tempat kerja. Ke mana sahaja.
Kita bukan sekadar ditempatkan dalam “kasih sayang”, malah dijaga penuh kasih sayang.
Saat dilahirkan, pun begitu juga, disambut penuh kasih sayang.
Bayangkan hidup tanpa kasih sayang. Hati gersang. Jiwa terhimpit. Fikiran bosan! Bahagia? Tentu hilang..
Kasih sayang itu kita akan dapat, jika kita berikan. Sifir mudah kehidupan. Ingin disayangi? Jadilah insan penyayang. Contohi Asma’ al-Husna Tuhan: Ar-Rahman: Maha Pengasih, Maha Penyang. Teladilah peribadi Junjunagn mulia, yg juga menyebarkan kasih sayang sepanjang kehidupan. Bagaiman nak jadi insan yang bersifat penyayang? Petuanya: Usahakan agar iman kita mantap dan laksanakan segala kebaikan! Ini adalah janji Allah dalam kalam suci-Nya Al-Quran:
“Sesungguhnya orang2 yg beriman dan mengerjakan yang baik2, Yang Maha Pengasih akan mengadakan bagi mereka perasaan kasih sayang (sesamanya). Surah Maryam 19:96.
Jom! Raihlah bahagia dengan menjadi insan penyayang!
Pramugari Royal Jordan Airlines
1995 – Flight Kaherah ke Kuala
Lumpur...selesai program Umrah - Kaherah
Tiba2 pesawat Royal Jordan Airlines yg kami naiki itu terhenti. Kami tertanya2 kenapa. Seorang pramugari menghampiri kami.
“Who can speak English?” Dia bertanya kami.
Aku mengangguk. Lantas pramugari itu datang kepadaku.
“Can you help us?” Dia bertanya
Aku mengangguk lagi. Terpinga2 dan tertanya2... apa jenis bantuan yg bakal diminta!
“We will give you a text in English, then you announce it in your language. Can you?”
Bagaikan dipukau, aku di bawa ke cockpit pesawat, di mana pilot dan beberapa orang cabin crew dah seolah2 sedia menunggu! Semuanya menghadiahkan senyuman mesra buatku. Agaknya mereka lega, ada yg dapat membantu.
Sehelai kertas dihulurkan kepadaku. Setelah membaca sepintas lalu, dan mengalihbahasa dalam minda, aku memulakan pengumuman:
“Pesawat mengalami kerosakan di New Delhi. Semua penumpang diminta meninggalkan pesawat tanpa membawa bagasi masing2... “ Itu sahaja yg mampu ku ingat! Ada lagi...
Yang masih segar dalam ingatan ialah, sebaik sahaja pengumuman dibuat, semua penumpang berdiri dan bergegas meninggalkan pesawat...termasuk diriku, yang meninggalkan pesawat bersama cabin crew!
Rakan2 sama jemaah (kebanyaknnya wanita yang berusia, ada yg berpangkat kakak, dan juga berpangkat ibuku) menunjukkan penghargaan dg pelbagai cara. Ada yg menepuk bahu, memberi senyuman dan kata2 semangat...
“Pandainya bercakap di situ!” Berkata seorang jemaah wanita, kekaguman terbayang di wajahnya.
Aku hanya tersenyum. Sebenar masih berdebar, masih terasa perasaan “istimewa” saat di kelilingi oleh pilot, pramugari dan pramugara Royal Jordan Airlines masa membuat pengumuman tadi. Indahnya memori itu! Terfikir... alangkan baiknya kalau ada kamera utk rakamkan saat itu! Namun, segala2nya berlaku pantas sekali.. sedar2 ianya telah berlalu! Apa pun, ianya masih kekal segar di kanvas memori!
Nun jauh di hati, syukur dapat membantu. Alhamdulillah...Allah anugerahkan sedikit ilmu untuk dimanfaatkan saat tibanya waktu. Bertugas di Maktab Perguruan sebagai pensayarah masa itu, memberikan keistimewaan utk menunaikan permintaan mereka. Seronok juga dapat pengalaman unik begitu!
Lantaran kerosakan pesawat, dapat juga menjejakkan kaki ke airport New Delhi, walau pun sekejap. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami diminta untuk menaiki semula pesawat semula. Rakan-rakan jemaah juga turut teruja dengan peristiwa itu. Juga menghargai. Untuk seketika, aku diberi jolokan “Pramugari Royal Jordan Airlines”...