Bagaimana agaknya sekiranya kita menghadiri satu majlis besar
di istana, raja menyatakan kebanggan baginda terhadap kita di hadapan semua yg
hadir...pembesar2nya, menteri2nya dan semua jemputan yg terhormat yang hadir?
Tentu gembira tak terkata kan?
Namun, di sebalik kebahagiaan yg kita nikmati atas
penghargaan tersebut, mungkin ada yg iri hati atau diri kita sendiri menjadi
ujub...merasakan dirilah yg utama...
Ya – bahagia, namun bersalut ujian dari org lain (dengki)
juga diri sendiri (ujub/sombong)
Namun, kita boleh cari kebahagiaan yg lebih agung, murni dan
hakiki jika kita berusaha utk menjadi golongan yg Allah bangga di hadapan
malaikat2nya. Siapakah mereka? Iaitu mereka yg sentiasa mengingati Allah dlm setipa saat – pemikiran, perkataan dan
perbuatan.
Kenapa pula di hadapan malaikat? Ini kerana, Allah
menjelaskan, walau pun manusia itu dibekalkan dg nafsu dan perhiasaan dunia,
tapi masih lagi mengingati-Nya. Sedangkan malaikat, mereka sentiasa taat kerana
mereka tiada nafsu. Jadi, malaikat merupakan golongan sgt mulia – bertasbih dan
taat pada Allah setiap masa.
Berbeza dg manusia. Malaikat tidak akan iri hati. Sebaliknya
akan turut memuliakan org yg dimuliakan Allah. Dirinya sendiri pun tidak
dikuasai ujub dan sombong, malah terus tenang dlm meneruskan kembara kehidupan
hingga mampu menemui Rabbnya dg panggilan sayang :
“Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dlm keadaan reda dan
meredai. Masuklah ke dalam golongan hamba2-KKU dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
– Surah Al-Fajr: 30: 27-30