Friday, 10 February 2017

Agar hati tenang...

Hidup yg rencam..pelbagai tugasan perlu disempurnakan. Namun semua org diberi masa 24 jam shj sehari - tak kira siapa dia - kaya atau miskin, majikan  atau pekerja bawahan, raja atau rakyat... Jadi, bagaimana kalau tugasan kita seolah2 tah kunjung selesai?

Ok...tenguk balik senarai keutamaan. Juga, tanya pada diri...kenapa org lain nampak rilek je!
Antara panduannya ialah:

SELESAIKAN DULU APA YG PERLU, LEPAS TU BARU BUAT APA YG KITA MAHU.

Sedar atau tidak, Allah juga buat begitu pada kita - diberinya apa yg kita PERLU, bukan apa yg kita MAHU! Dia Maha Mengetahui.Sebab itu, kadang2 doa kita tidak dimakbulkan agar kita tidak rosak, kecewa, musnah disebabkan oleh permintaan kita sendiri!

Selagi usia masih ada, nafas masih berdenyut, utamakan yg utama. Buat apa yg perlu di dunia ini. Kalau ada kelapangan masa, baru buat apa yg kita mahu. Sebab, kalau kita dah lakukan semua yg perlu (wajib, sunat), insya'-Allah apa yg kita mahu akan tersedia di akhirat (Syurga) nanti!

No comments:

Post a Comment