Friday, 17 February 2017

Tasik Hati



Hati itu ibarat tasik di mana akan mengalirnya segala kebaikan dan keburukan ke dalamnya menerusi pelbagai saluran  (panca indera) – mata, telinga, hidung, mulut dan kulit. Apa yg baik akan menjadikan tasik itu bening, jernih, suci, murni dan bersih.


Sebaliknya, apa yg tidak baik (dosa) akan menyebabkan ia kotor. Satu dosa, satu titik hitam dijatuhkan ke dalamnya. Jika terlalu banyak kekotoran (dosa) yg dibiarkan masuk secara berterusan ke dalamnya melalui lima deria tersebut, akan sampai masanya tasik itu akan menjadi kotor, busuk dan tidak mampu menampung hidupan lagi. Sebagaimana tasik yg sgt kotor, tiada tumbuhan akuatik, (ikan, rumpai, flora dan fauna dll) akan mampu hidup di dalamnya.

Begitulah kiranya tasik hati sudah kotor, pemiliknya akan membawa hati yg busuk, kotor dan...akhirnya hati yang mati. Bila dah tiba saat ini, tasik hati itu tidak mampu lagi untuk menerima hidayah, tidak mampu lagi membezakan mana yg baik, mana yg buruk...

Justeru, jagalah tasik hati – lantaran di situlah siraman rahmat  Ilahi...


No comments:

Post a Comment