Wednesday, 15 February 2017

Cuba jadi yg TERBAIK!



Apa yang kita buat pada orang lain – itu yg penting, bukan apa yg orang lain buat pada kita.

Kenapa? Kita tak disoal tentang hal ehwal org lain di Mahkamah Allah nanti... tapi kita terpaksa bertanggungjawab atas apa yg kita buat.
Justeru, cuba jadi yg TERBAIK atas segala amanah yg Allah berikan pada kita – sebagai anak, pelajar, suami/isteri, penjawat awam, penguasa, pemerintah dll. Semuanya AKAN DISOAL!!!

Jika kita dah cuba yg terbaik, tentunya beriringan dg niat ikhlas kerana Allah, insya’-Allah kita tak akan kecewa dg perlakuan manusia lantaran sedar: Allah sentiasa ada, adil dan tiada satu pun kebaikan sekecil mana pun akan disia2kan-Nya!

“Barang siapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah,
 akan dibalas-Nya...” Al-Quran

Kita juga akan perhatikan bahawa org yy cemerlanmg ialah orang yg sentiasa cuba membuat yg terbaik!

"Give to the world the best that you have and the best will come back to you!"

No comments:

Post a Comment