HADIAH
HARI GURU
Hari itu … Mac
1984…Waktu senja berlabuh, tiba-tiba kesayuan, kepiluan dan kesedihan membelai
tangkai hati mengenangkan peristiwa sedih yang baru terjadi... Tanpa disedari,
titik-titik jernih, yang melegakan tekanan, anugerah Allah swt, terutama buat
kaum Hawa, membasahi pipi untu ke sekian kali. Terpandang aku kepada kotak tisu
– hadiah hari guru tahun sebelumnya (16 Mei 1983) – yang hampir 10 bulan tidak
berbuka dengan sempurna. Hadiah pembalut sahaja sudah tiada… Tisu di dalamnya
setia menanti untuk berbakti… Ya! Inilah masanya, bisik hatiku.
Dengan langkah lemah, ku capai
kotak tisu itu. Terus membukanya. Alangkah terkejutnya aku apabila pandanganku
disapa oleh sesuatu yang betul-betul di luar jangkaanku – sebuah tas tangan
yang sangat cantik pemberian pelajar-pelajar Tingkatan 4A di Sekolah Menengah
Melor (SMM), Kota Bharu, Kelantan! Memori Hari Guru 1983 kemabli bermain di
layar fikiranku…
Hari Guru SMM 1983…Tiada apa-apa
sambutan tahun itu. Tiada acara khas. Hari istimewa pendidik seolah-olah
dilupakan begitu sahaja. Entah kenapa, aku pun sudah lupa. Mungkin, terlalu
sibuk agaknya masa tu. Guru pun tidak menerima apa-apa hadiah daripada pelajar
secara rasmi. Secara peribadi, mungkin ada, termasuk aku. Terasa betul-betul
teruja. Gembira dan terasa dihargai oleh pelajar-pelajar kelasku.
“Terima kasih.” Ujarku
beriringan dengan senyuman lebar dari telinga ke telinga saat menerimanya
daripada Norma, ketua Kelas Tingkatan 4A. Norma turut tersenyum. Manis. Ikhlas.
Amat menyenangkan!
Hadiah itu ku bawa ke makmal
sains – “bilik guru” kami, guru-guru sains.
“Wah! Dapat hadiah!” Cikgu
Haliza menegur – teruja!
Aku tersenyum. Gembira. Apatah
lagi menyedari orang lain tak menerima apa-apa daripada pelajar1 Lantas hadiah
itu ku buka. Setelah pembalut hadiah cantik itu selesai dibuka, kotak tisu
menampakkan dirinya…
“Budak-budak ni, apa lagi.
Tisulah yang diberi pada cikgu. Ya-lah, terutama kita cikgu perempuan. Suka menanagis
dengan karenah mereka!” Spontan Cikgu Zafiah memberi komen apabila terpandang
kotak tisu tersebut.
Aku terdiam. Oh! Tisu…Bisik
hatiku. Terus berhenti membukanya…hingga kini, 10 bulan kemudian!
Perasaan bercampur aduk bermain
di jiwaku. Terkejut. Terkilan. Terharu. Dan yang amat ketara ialah persaan
bersalah! Bersalah pada siapa? Pada pelajar-pelajar yang begitu
bersungguh-sungguh menghadiahkan beg tangan secantik itu (kalau ikutkan, masa
itu, beg seperti itu layak diletak di atas salah satu bekas hantaran
perkahwinan!). Sedangkan aku seolah-olah tidak menghargainya. Agaknya, hari
demi hari, pelajar-pelajarku tertunggu-tunggu bila agaknya beg cantik itu akan
ku gayakan ke sekolah. Namun, penantian itu terlalu lama – mereka sekarang
sudah di Tingkatan 5! Apa nak buat – silapku sendiri. Terpengaruh dan terhenti
usaha membuka hadiah hingga ke akhir dek komen seorang kawan…
Tiba-tiba…segala kesedihan tadi
mula memohon izin untuk berlalu pergi diganti dengan satu perasaan terharu dan
gembira. Teringat kembali pelajar-pelajar Tingkatan 4A yang begitu dekat di
hatiku… Agaknya aku juga dekat di hati mereka, kalau tidak takkanlah sampai
berusaha menghadiahkan beg tangan secantik itu! Apatah lagi, di saat Hari Guru
yang seolah-olah dilupakan…
Keesokan harinya, beg it uterus
ku gayakan ke sekolah. Pelajar-pelajar Tingkatan 4A sudah berada di Tingkatan
5A masa tu. Dan aku tidak ditugaskan mengajar lagi mereka untuk mata pelajaran
Rampaian Sains kerana kelas peperiksaan diberi kepada guru yang lebih
berpengalaman dan pemeriksa kertas SPM Sains. Lantaran sibuk dengan kelas-kelas
lain, aku tidak berpeluang untuk ke Tingkatan 5A, menceritakan kesilapoanku
keada pelajar-pelajar. Aku Cuma memanggil Norma, meminta maaf, mengucapkan
terima kasih dan meminta jasa baiknya memberitahu kepada pelajar-pelajar lain
betapa tingginya penghargaanku terhadap hadiah yang begitu cantik dan berharga.
Apabila difikirlkan sekarang,
langkah yang lebih bijak ku lakukan ialah berusaha sedaya upaya untuk ke
Tingkatan 5A, melahirkan sendiri penghargaan dan memohon maaf atas kesilapan.
Selain daripada menjadi pengajaran pada diriku, ianya juga akan menjadi iktibar
ada mereka. Apabila diberi apa-apa hadiah, bukalah hingga ke akhirnya…hingga
jelas dan nyata apa hadiah yang diberi kepada kita – bukan tertipu dengan kotak
pembalutnya!
No comments:
Post a Comment