Saturday 21 July 2018

urus kegagalan

Jangan takut dg kegagalan - kadang2 kegagalan yg diurus dengan baik itu membolehkan kita membuat lompatan saujana utk jadi org cemerlang!



Friendship

15 Julai 2018 - Alhamdulillah, syukur dapat berkumpul bersama kawan2 lama (sejak 1970-an). Kemesraan bersama masih hangat terasa.

Though our faces were "decorated" with wrinkles, but our hearts were decorated with love!










 

Bersediakah?

Andainya maut menjemput beberapa saat lagi, bersediakah kita?
Kematian itu :
Milik kejadian,
satu kemestian....

Berbicara...


Bersyukurlah kalau setiap hari kita rasa bahagia berbicara dengan Allah (solat) dan saat Allah berbicara dg kita (baca Al-Quran)

Doa


Kadang2 kejayaan kita adalah hasil doa orang lain, jadi jangan lupa sertakan orang lain dalam doa kita!

cermin


Selalulah guna cermin muka 
(cuba perbaiki diri sendiri),
bukan cemin mata
(cari kesilapan orang lain)...

2s

Masalah? Atasinya dg 2S- Sabar & Solat
Sabar - dunia ini pentas ujian
Solat: mengadu hanya pada Tuhan...


Tinggal kenangan...


14 tahun lalu, dia menangisi pemergian isteri tersayang yg dijemput pulang ke pangkuan Ilahi tanpa dijangka (kemalangan jalanraya) - di hari ulangtahun perkahwinan mereka yg ke-4

9/7/18 kami menangisi pemergiannya yg juga secara tiba2 (serangan jantung)...
Terpaku diri ini - makin sedar ttg maut yg sentiasa menghampiri...

Damailah dua insan yg saling menyayangi di alam sana : berkongsi satu liang lahad 
 


 

Ya! Allah, ampuni mereka, maafkan mereka, muliakanlah tempat tinggal mereka, jauhilah mereka drp seksa kubur & himpunkanlah mereka di syurga...
آمِÙŠْÙ†ِ آمِÙŠْÙ†ِ ÙŠَا رَ بَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ†

Al-Fatihah buat anak2 sdra yg amat ku kasihi: Allahyarham Juharniza bt. Jaafar & Allahyarham Mohd Noor Sirajajudeen ...
 
 
 
 

Saturday 7 July 2018

Pisang sulungku!

Alhamdulillah... tak sia2 berbudi pada tanah!


Doa Anak


Seorang lelaki diangkat darjatnya di dalam syurga lalu dia berkata : 
“ Dari mana saya perolehi hal ini ? “ lalu dijawab : “ Dengan istighfar (doa) anakmu untukmu “ . ( HR Ahmad ) 
Maka janganlah kalian melupai mereka yang sedang berada di dalam kubur .



Monday 2 July 2018

Mutiara si Ibu


Syeikh Muhammad Husain al Rintawi menyatakan dalam kitabnya al Ibar fiman Hafizo al Quran , disebut di dalam kitab berkenaan latarbelakang para ulamak, seorang perempuan di Baghdad sentiasa membaca al Quran ketika hamil. Dia mengkhatamkan al Quran secara mingguan.Setelah dia melahirkan anak, anak tersebut menghafaz seluruh al Quran ketika berusia 5 tahun.

KHUTBAH EIDULFITR


INDAH SUNGGUH KHUTBAH DI ARAB SAUDI PADA HARI RAYA EIDULFITR LEPAS:-


Kelilingilah diri anda dengan orang2 Islam yang mengamalkan ajaran Agama yg sebenar. Mereka sahajalah Kawan Sejati anda dalam Kehidupan ini dan di Akhirat.


Tidak semua orang di luar sana hanya menilai anda; ada yang ingin yang terbaik untuk anda dan ingin membantu anda masuk ke Al-Jannah; hargailah mereka.


Sebenarnya, seorang kawan yang tidak peduli akan Akhirat anda, sebenarnya bukan teman anda.


Kebiasaannya, orang yang paling sukar untuk anda betulkan adalah diri anda sendiri. Tidak wajar berasa malu melakukan kesalahan; tapi amat wajar merasa malu jika memilih untuk terus berada di jalan yang salah.


Apa sahaja yang MENDEKATKAN anda dgn Allah, akan MENJAUHKAN anda dari neraka. Apa sahaja yang MENJAUHKAN anda dari Allah, akan MENDEKATKAN anda ke neraka.


Kita semua mengambil mudah hari esok kerana kita percaya esok akan terus wujud. Esok mungkin akan terus wujud, tetapi kita belum pasti!


Siapa kata "HARI ESOK" dijamin? Hargailah kurniaan barokah kpd kita pada "HARI INI"!


Semalam ramai yg menyangka mereka akan melihat hari ini, dan hari ini ramai yang berfikir mereka akan melihat esok.


Kematian boleh tiba malam ini, jam berikutnya, detik seterusnya, tetapi kita hidup seolah-olah kita masih mempunyai banyak tahun lagi untuk hidup.


Anda mungkin kaya, terkenal atau mempunyai status tinggi dalam dunia ini, tetapi kepada Malaikat Maut, anda hanyalah satu nama lain dalam senarai.


Kematian dan pertemuan kita dengan Pencipta kita sedang menghampiri tetapi kebimbangan terbesar kita adalah apa yang kita akan pakai esok?


Suatu hari, anda hanya akan menjadi kenangan kepada sesetengah orang, dan teladan kepada sesetengah orang lain. Lakukanlah segala yg termampu demi Allah, agar menjadi pengajaran yang positif.


Bayangkan berapa ramai yg berada di sini bersama kita tahun lepas, tetapi tahun ini tidak lagi! Malah giliran kita tidak lama lagi menghampiri. Semoga Allah ampunkan kita semua dan juga mereka semua.


Kita berjalan sombong di dunia, tanpa menyedari bahawa suatu hari nanti kita akan terperangkap 6 kaki di bawah tanah.


Anda mencari fesyen dan pakaian berjenama terkini, tetapi jangan lupa wahai Anak2 Adam! Anda akan dibalut hanya dengan kain kafan putih.


Perhambakanlah diri kpd Pencipta, bukan kpd penciptaan-Nya. Sekiranya Allah meredhoi kita, tiada apa lagi yang wajar kita pinta?


Sangat sedih apabila kita hanya menghargai berkat, sama ada perkara yang materialistik atau orang yang baik; hanya selepas kita kehilangan mereka, apabila sudah terlambat !? Adakah kita benar-benar melabur untuk menjadi seperti mereka?


Anda tidak akan membuang berlian untuk mengambil batu, jadi dengan cara yang sama, janganlah membuang Akhirat kerana mengejar dunia.


Bagaimana anda mengharapkan untuk mendapatkan Al-Jannah jika anda tidak berusaha di dunia? Itu seperti mengharapkan untuk lulus peperiksaan tanpa belajar.


Kita hidup di zaman di mana orang meninggalkan makanan kerana takut menjadi gemuk, tetapi tidak dapat meninggalkan dosa kerena takutkan Allah!


Bagi orang yg yakin, anda mungkin tidak mempunyai wang, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, sakit dan merasa seperti anda tiada apa-apa; tetapi anda mempunyai sesuatu yang tidak dapat dibeli oleh wang: "Allah".


Allah tahu apa yang anda mahu, apa yang anda perlu, apa yang anda wajar dapat pada bila masa dan tempat mana. Yakinlah kepada-Nya dan keputusan-Nya (yang terbaik untuk penciptaan-Nya). Dia yg Maha mengetahui, sementara anda tidak.


Jika selebriti kafir menyebut nama anda kepada dunia, betapa gembiranya anda? Sebutlah Allah dalam apa jua perhimpunan, dan Dia akan menyebut nama kamu kepada para malaikat!


Dan, jadikanlah Al-Qur'an sebagai teman dan sebahagian dari kehidupan anda. Jangan biarkan diri anda menjadi orang asing kpd Alquran. Alquran adalah seperti kawan, semakin lama persahabatan berlangsung lebih banyak anda akan mengetahui rahsia-rahsianya.


Jangan memuji saya kerana saya berada di landasan Agama saya, tetapi doakan saya kerana saya mempunyai kesalahan2 yang tak dapat anda lihat.
Bertaubat "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, dan Dia mengasihi orang-orang yang membersihkan diri". [Al-Quran 2: 222].


Semoga Allah membersihkan hati kita. Mudah2an segala keamanan dan rahmat Allah dicucuri ke atas Rasulullah yang mulia, Muhammad dan keluarganya.


💙Jika anda ambil berat terhadap orang lain, maka hantarkan mesej ini kepada mereka. Semoga Allah meningkatkan cahaya dan petunjuk-Nya dalam kehidupan kita. AAMIIN.