Thursday 24 August 2017

SPM



Teringat ... bila guru beri tips peperiksaan. Antaranya, jangan lupa membuat semakan sebelum kertas jawapan dihantar. Kadang2 dengan menyemak, markah yg sepatutnya gagal, kita dapat lulus atau cemerlang!

Di pentas ujian hidup – pun begitu juga. Buatlah semakan (muhasabah)  setiap hari. Kenalpasti kesilapan diri, mohon ampunan Ilahi dan berazam untuk memperbaiki. Mudah2an dg melakukannya, kita lulus cemerlang dalam SPM  (Sijil Padang Mahsyar) nanti!

Gagal SPM di dunia, boleh ulang tahun depan
Gagal SPM akhirat, derita selamanya....


Maafkanlah...



Disakiti? Oleh orang terdekat? Memang menyakitkan.

Tapi, cubalah memaafkan. Ingat kembali segala kebaikan2nya yg jauh melebihi kesilapannya.

Sukar? Memang sukar – sebab syurga itu dipagari kesukaran!


Mutiara Al-Quran



Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat (hawa nafsu), seoerti perempuan2, anak2 dan harta yg banyak dari emas perak dan kuda yg bagus, binatang ternak dan tanam2an. Demikian itulah kesukaan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yg sebaik2nya.

Katakanlah: Adakah kamu suka , ku kabarkan kepadamu barang yg lebih baik drp yg demikian? (Iaitu) utk org2 yg bertaqwa di sisi Tuhannya, ada syurga yg mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka itu kekal di dalamnya, dan (lagi) isteri2 yg suci, dan keredaan Allah: dan Allah Maha Melihat segala hamba2Nya. “
(Ali Imran 3: 14 – 15)



Hafazan




Ulangkaji tip hafazan:
·         Niat sungguh2:”Ya! Alah, saya naka hafal 30 juz Al-Quran”
·         Doa selalu
·         Paksa diri
·         Kawal pemikiran dan elakkan maksiat
·         Ulang...ulang...ulang
·         Jangan berhenti, sebagaimana kereta – bila berhenti, mengambil masa utk mulakan semula


Hitam putih



Kadang2 kita tak menghargai yg putih sehingga datangnya yg hitam...