Saturday 20 October 2018

Sihat? sedap?


Tip sihat..
Sebelum menikmati sesuatu makanan – tanya dulu: Sihat?
Kalau “ya”, baru tanya soalan: Sedap?

Dua sebab


Kenapa balasan Allah simpan hingga Hari Akhirat – bukan diberi di dunia? Dua sebab:

1.       Dunia tidak cukup luas utk menampung balasan2 itu
2.       Dunia juga terlalu singkat – akan musnah. Sesuatu yg sgt bernilai tidak sepatutnya diberi utk satu jangka masa yg terlalu singkat

Jadi, sabarlah dengan susah dunia yg kecil dan sementara, demi mengecapi bahagia di akhirat yg berlipat kali ganda dan kekal selama2nya!

Bahagia


Ingin bahagia? Antara amalannya:
Usahakan utk berakhlak mulia – Allah reda, manusia suka!

Untuk kita juga


Setiap kebaikan yg dilakukan, kebaikan itu akan kembali pada kita. Begitu juga, setiap kejahatan yg dilakukan, kejahatan itu akan kembali pada kita juga  

 Justeru..
Lakukan kebaikan

Hindari kejahatan

 ...tanpa syarat – kerana kesemuanya utk kita juga!

Teruskan


Teruskan usaha – kalau Allah suka, tak perlu risau tentang apa org kata!

Jangan sedih


Jangan bimbang, sedih atau terlkilan – itu bukan kegagalan, Cuma keputusan di luar jangkaan atau kejayaan yg ditangguhkan. 

 Allah ingin kita menilai kembali kelemahan dan kesilapan diri atau Dia ingin menganugerahkan kita peta hidup yg berbeza drp org lain!

Jika satu pintu tertutup, masih banyak pintu2 lain yg terbuka utk diterokai...

Ayuh! Bangkit kembali ... kejayaan sedang menanti!