Wednesday 26 June 2019

Syukur selalu...


Perkongslan menarik seotang rakan...

Hari ini masuk satu pesakit.
Aku lihat pada kadnya : "sakit kepala selepas dibaling kasut"

Tengok jam : 4 pm
Bukan "mc seeker"

Tengok nama baru teringat, "oh cikgu ni"

Beberapa saat, cikgu tersebut masuk.
Mula bercerita.

Katanya tengah ajar agama,
Tasmik surah dengan anak murid.

Tiba-tiba terasa hentaman kuat di kiri telinga.
Betul-betul kuat sampai dia tertunduk dan mengalir air mata.
Menahan sakit.

Tak sempat lihat siapa yang baling.
Selepas itu baru tahu.
Memang murid yang dijangkakannya.

Aku dengar : dalam percaya tak percaya.
Murid darjah dua baling kasut pada gurunya?

Aku periksa telinga,
Periksa mata dan kepala cikgu terbabit.
Tiada kecederaan serius.

"Tu cikgu buat apa dengan depa?"

Dia diam seketika sebelum menjawab.
"Entahlah, tadi saya tengah turun airmata tu saya cakap kat depa, kalau tak mau belajar dengan ustazah tak apa, boleh keluar kelas dulu"

Katanya tak mahu bertindak mengikut emosi.
Siapa sangka dia disakiti murid sendiri.

.

Aku : termenung sebentar.
Antara terfikirkan anak-anak kecil hari ini.

Kemudian terfikir, aku mungkin takkan sabar kalau menjadi cikgu, sebab tu jadi doktor kot.
So far tak ada lagi pesakit baling kasut kat telinga aku. Huhu.

(Dulu pernah teringin nak jadi cikgu)

Masa tu terfikir
Best jugak jadi cikgu.

Tapi..

"The grass is always greener on the other side of the fence"

Benarlah pepatah ini.
Tengok pinggan orang sebelah nampak sedap,
Sedangkan pinggan kita pun ada makanan.

Itulah sifat manusia.
Tak pernah puas.

Kita begitu dambakan kehidupan orang lain,
Dan orang lain pula begitu dambakan kehidupan kita,

Ironi?
Kitarannya tetap begitu kerana manusia sukar untuk merasa cukup dengan apa yang dia ada.

(Benarlah qanaah itu kekayaan jiwa)

Kita rasa kita kenal diri kita,
Tapi kita lupa Allah lebih kenal siapa kita, kemampuan dan kapasitinya bagaimana.

He will always give the best for you.
Remember.


Aku : baring hari ini dengan pandangan ini.
Seribu satu muhasabah.

Mungkin aku diuji dengan kesihatan diri,
Namun setidaknya aku tidak disakiti (tak dibaling kasut naudzubillah)

Dalam mengharungi ujian,
Aku lupa untuk menghitung satu demi satu nikmat Allah yang banyaknya.

Cuba kira,
Ketahuilah takkan pernah berjaya.

You cant even list all the gifts He gave you.

‎وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

'Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'
(16:18)

Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada para guru (dan doktor) dan semua yang berbakti pada masyarakat

Friday 21 June 2019

Mereka telah letih...


Jangan gesa dan desak ibu atau bapamu hanya sekadar ingin cepat ke sesuatu tempat atau menyelesaikan sesuatu urusan. Mereka terlalu letih setelah bertahun2 bertungkus lumus dan sentiasa tergesa2 demi memenuhi keperluan keluarga termasuk dirimu yg ketika itu bersenang lenang menikmati masa kecil atau masa remaja yg tenang, seronok dan bahagia!

Sekarang masanya mereka perlu diberi peluang berehat untuk menimati baki usia yg hanya tinggal sedikit cuma sebelum dijemput pulang ke alam sana. 


Dan kini tiba masanya kamu yang masih muda dan bertenaga, berusaha untuk membahagiakan mereka pula...

Terimalah seadanya...


Renungan buat pesara:

Dulu, sibuk mencari rezeki, kini tiba saat utk menikmati rezeki itu! Jgn terlalu berat2kan diri utk perkara2 yg tak perlu apatah lagi tak bermanfaat.
 
 Terimalah dan nikimatilah segalanya - seadanya....

Monday 17 June 2019

Memori Indah Umrah Ramadan 2019


Memori Indah Umrah Ramadan 2019
 

Alhamdulillah... Dah hampir dua minggu sekembali daripada Umrah Ramadan yg penuh bermakna. Bila  di”bedahsiasat”, rahsianya? Doa, solat hajat dan bacaan Yasin ... ya-mohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.

Pelbagai peristiwa menarik utk disimpan dalam fail memori...

Syahdunya mendengar bacaan imam Masjidil haram saat menunaikan solat Terawih dan Qiamullail. 

Bahagianya saat melihat cerianya wajah jemaah yang menerima coklat yang diberikan saat menunggu waktu berbuka! Gembiranya mendapat tempat betul2 menghadap Kaabah saat menunggu waktu Solat aidilfitri dan.. banyak lagi!

Terharu melihat jemaah2 berebut2 utk membuat kebaikan. Membahagikan makanan utk jemaah lain..


                                                       


Membahagi makanan...


 

Saat menunggu iftar 

 Saat menunggu iftar 


 Syahdunya pemandangan saat menunggu waktu berbuka di Masjidil haram


 Pengalaman pertama – menyaksikan jemaah yang kehilangan selipar dihadiahkan selipar percuma saat meredah teriknya mentari usai Solat Jumaat. Terbayang segar seorang jemaah lelaki berpakaian ihram yang mempamerkan kegembiraan luar biasa saat menerima selipar percuma itu!

Kreatif sungguh mereka ... bersiap2 dg bekalan selipar. Cari jemaah yang berkaki ayam. Hadiahkan selipar! Ya – hadiah terbaik ialah hadiah yg diberi saat ianya amat diperlukan! Aku memandang penuh terharu!!!

Berjalan lagi ke hadapan. Ada yg menyembur air ke muka jemaah yang kepanasan (suhu kadang2 mencecah 48oC! Paling seronok – bila dua kanak2 (usia antara 5 -7 tahun) disembur muka mereka dg air sambil berselawat. Tersenyum aku dibuatnya!

Apa pun, amat bersyukur lantaran dapat melaksanakan ibadah dg baik – Solat berjemaah di masjid (miss sekali – Subuh di Mekah lantaran terlewat bangun, tapi berjemaah dg rakan2 sebilik), di Madinah – ziarah waktu petang. Solat Terawih dan Qiamullail Alhamdulillah..Penuh. Harap segala amalan diterima Allah lantaran kadang2 terleka dan terlalai dek keletihan dan kelemahan diri... 
Diuji juga dengan batuk yang agak serius - moga2 jadi penghapus dosa. Ameen...

Miss shopping ke Jaffaria Souk - rasanya perlu utamakan iktikaf di masjid.

Miss juga lawatan luar - esp mandi di perigi zam2 selepas Asar di hari raya pertama - badan betul2 tak bermaya hari tu, habiskan masa di masjid... buat saja apa yg termampu. Lagi pun Allah tidak pernah membebankan kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita, hanya kita yg kadang2 lupa akan kemampuan diri...

Ya! Allah, bimbinglah hamba=Mu ini agar tidak keterlaluan dalam segenap urusan. Ameen... 

Alhamdulillah. Kali ini juga dapat menghayati Malam2 ganjil esp mlm 27 & 29 dg baik di tempat yang menganugerahkan pemandangan Kaabah tersergam indah di hadapan! Solat setentang dg Hajarul Aswad, Multazam dan pintu Kaabah. Masya’-Allah – tak terkata syukurnya...Alhamdulillah (infiniti!)



Moga akan dijemput lagi untuk menjadi Tetamu Ar-Rahman.
 Ameen...