Tuesday 16 May 2017

Ibrah Piramid



Satu ketika... ditemukan dengan insan2 baik di satu tempat yang bersejarah – antara 7 bangunan ajaib di dunia. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Bertemankan org baik2, terasa lawatan ke sini sangat bermakna, manis untuk dikenang.

Terfikir... kalaulah kita dianugerahkan kelebihan oleh Allah, kongsilah dg orang lain. Bahagia itu akan lebih berganda bila dikongsikan!


Namun, di sini juga terkuburnya manusia paling derhaka dalam arkib sejarah, hingga namanya berkali2 disebut dalam Al-Quran – Firaun, yang begitu dimurkai lantaran sombong hingga mengaku drinya Tuhan: “Aku adalah tuhan yang paling tinggi!” Ungkapannya ini diabadikan dalam Al-Quran.

Saat pandangan menyapa banguan hebat, namun kaku ini, di tengah padang pasir yang tandus, kering dan panas, Khamis 1 Jun 2016 (selang beberapa hari Ramadan akan tiba), terfikir...Sehebat mana pun manusia, namun sekiranya pada Allah ia derhaka, segalanya akan ditinggalkan dan apa yang akan diterimanya, penderitaan yang berkekalan di neraka sana. Na’uzubillah!!!

Moga kita semua dilindungi daripada apa saja yg menyebabkan kemurkaan-Nya. Didekatkan kepada apa saja yg mendekatkan pada reda-Nya. Ameen...



Hikmah ujian


Kita minta syurga
Namun pahala amalan tak seberapa
Ibarat kalau perlu 100%, mampunya 80% sahaja
Lalu...
Allah datangkan ujian
Sgt berat terasa
Dan...tak mampu buat apa2

Lantas
Sabar dan redalah
Mana tahu, berkat sabar dg ujian itulah
Allah melimpahkan kita rahmat-Nya
Mencukupkan 20% itu
Seterusnya
Penyebab kita layak ke syurga-Nya....

Friday 12 May 2017

Uruskan Kematian Kita Sendiri




Catitan kuliah di ikimfm oleh Us Norhafizah

Kita pasti akan mati. Uruskanlah kematian kita dari sekarang supaya dengan rahmat Allah, kematian kita akan menjadi husnul khatimah.
Marilah kita tanya diri kita sendiri, jika kita meninggal sekarang, dimanakah kita dengan Allah? Bagaimana kita nak menghdapi perkara yang tidak boleh di tolak? Dia boleh jadi bila2.
Ada 3 perkara yg boleh meredakan hati kita. Bekal kita tak banyak, tapi sekiranya ia berlaku, mudah2 an kita dapat pengakhiran yg terbaik.


1. Redhalah dengan kematian saperti kita redha dengan kehidupan.ketika saatnya telah tiba, orang yang tak pernah fikir tentang kematian, mungkin akan terperanjat dengan kematiannya sendiri. Bila kita tidak redha dengan kematian, takut dia jadi kematian yang menyakitkan sebab kita tidak redha ruh kita di tarik. Untuk meredhai kematian itu, belajarlah meredhai seluruh perjalanan hidup kita. Bila kita redha hidup kita, Allah akan matikan kita dengan keadaan redha. Bagaimana kita kena redha dengan kehidupan kita? Kita kena redha dengan seluruh syariat Allah dan patuh perentahnya. Kita kena belajar senyum dengan taqdir dan ujian dari Allah.


2. Bersangka Baik Dengan Allah.
Jika mati hampir dekat dan rasakan dari segi amal tak banyak mana,luahkan pada Allah, aku pasti yang Engkau akan menyediakan kediaman yg lebih baik daripada apa yg ada di dunia. Bila hati sampai ke tahap ini, kita boleh menerima kematian.


3. Tanamlah keinginan dan kerinduan utk bertemu dgn Allah.
Selalulah cakap dgn diri sendiri- Ya Allah aku nak berjumpa dengan Engkau Ya Allah. Didiklah hati dan tanamkan lah dalam hati utk nak berjumpa dgn Allah. kalau dalam hati tidak ada keinginan untuk bertemu Allah, ini dikhuatiri ada dosa yg dia perlu bertaubat. nikmat yg paling tinggi adalah apabila kita dapat menengok dan berjumpa dengan Allah.


Ya Allah hidupkan kami sebagaimana hidupnya ulama dan matikan lah kami sebagaimana matinya para syuhada. jadilah pengakhiran hidup kami pengakhiran yg baik. Aamin..

Monday 8 May 2017

Gaji yg kita terima...



Kalau kita merupakan penjawat awam, setiap sen gaji yg diterima perlu sesuai dg usaha yg kita lakukan, amanah yg kita dipertanggungjawabkan.










Tanpa disedari, kadang2 air mata menitis lantaran sikap, perbuatan atau perkataan mereka. Adakalanya gerimis sahaja. Namun adakalanya hujan lebat, banjir beserta kilat, guruh dan hililintar!

Apa ertinya? Ertinya, “hakisan emosi” juga sebahagian drp gaji yg kita terima! Ini kerana, kalau kita berada tenang di rumah, gaji itu bukan milik kita!

Justeru, terimalah segalanya dg sabar. Insya’-Allah pelangi indah akan muncul saat mentari menyinari semula seiring dg hujan berlalu pergi...

 

Bantuan Allah..



Apa yg dianggap sukar atau mustahil, akan jadi mudah dg bantuan Allah
Begitu juga, apa yg dianggap mudah, akan jadi susah kiranyan tanpa bantuan Allah
Utk dapat bantuan Allah, berdoa, berserah dan buatlah apa yg berupaya meraih cinta-Nya!


Wednesday 3 May 2017

Jendela dunia berbeza ikut ilmu, pengalaman dan...



Renungan bersama...


Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI...*


Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI...*


Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH...*


Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
*LAUT INI PENUH BERKAT...*


Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!


Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*


Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.
Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.


Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan


Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.


Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.


Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua sahabatmu.


Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh..


Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..


Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..


Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.


Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari bertapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat hidup.


Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.
Sentiasalah ingat mati, seperti esok kita akan mati.


Rasulullah saw bersabda:
:Org paling bijak ialah org yg sentiasa ingat mati"