Saturday, 20 October 2018

Sihat dg husnul zhan


Apa cetusan hati kita bila pulang ke rumah dan dapati durian yg kita beli, nampak saja elok dari luar, tapi bila di buka, isinya tak elok, mengecewakan...

1.      “Nampak je baik penjual tu, kata buah elok, tapi macam ni...”
2.      “Mana dia tahu isi kat dalam, dia pun kalau boleh tak nak jual buah yg tak elok”

Yg manakah membuatkan kita tenang? Yg mana pula membuatkan darah kita mendidih?
Yang mana lebih menyihatkan? Yg mana dianggap sebagai “husnul zhan” – bersangka balik? Yg mana kah lebih disukai Allah swt dan Rasulullah saw?

Pilihlah cetusan hati yg baik..dan latihlah hati utk sentiasa bersangka baik. Tak rugi, malah menguntungkan. Tiada stres. Allah reda. Rasulullah suka!

Saturday, 6 October 2018

Rapuh


[RAPUH]
.
Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.


Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Jika kita menjadi sahabat jadilah sahabat yang mendamaikan
Jika kita menjadi anak jadilah anak yang menyejukkan kedua ibubapa


Kerna hidup ini hanya seketika.


Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.


Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.


Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik
Jangan bertangguh menjadi ibu yang baik
Jangan bertangguh menjadi sahabat yang baik
Jangan bertangguh menjadi pekerja yang baik
Jangan bertangguh menjadi majikan yang baik


Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.


Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.


Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.


Moga bertemu di syurga.


Uhibbukum fillah.


Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha

Hadiah Allah


Nota Hati

1- Saat ALLAH Gerakkan Lidah Kita Untuk *Beristighfar*... Itu Tandanya ALLAH Nak Mengampunkan Dosa Kita.

2- Saat ALLAH Ringankan Lidah Kita Untuk *Berselawat*... Itu Tandanya ALLAH Nak Mudahkan Kita Untuk Dapat Syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

3- Saat ALLAH Campakkan Kemanisan Untuk Kita Selalu *Membaca Al-Quran*... Itu Tandanya ALLAH Nak Lepaskan Kita Dari Azab Kubur.

4- Saat ALLAH Ringankan Kaki Kita Untuk Selalu Ke *Masjid*... Itu Tandanya ALLAH Nak Jadikan Kita Tetamu IstimewaNya Di Bawah Naungan Arasy".

Perpisahan


Perpisahan itu biasanya sesuatu yg menyakitkan. Namun perpisahan itu sentiasa berlaku. Pasti berlaku suatu hari nanti. Dunia akan ditinggalkan. Semua akan ditinggalkan. Namun, ianya hanya sementara. Akan berjumpa semula di Hari Perhitungan.

Selesai pengadilan di buat, barulah kita tahu ke mana akhirnya kita – Syurga atau Neraka (na’uzubillah!). Di situlah perpisahan yg selama2nya kalau kita tak mampu bersama org2 yg disayang utk melangkah ke syurga. Itulah perpisahan yg paling pahit.

Justeru, usahakanlah agar kita mampu bersama ahli keluarga dan semua yg kita sayang utk ke syurga Allah. Bila persediaannya? Sekarang! Selagi kita masih diberi peluang beramal di dunia ini...

Lazimi zikir


Satu hari lori sampah terbalik. Bertebaranlah sampah di jalanraya
Satu hari, lori minyak terbalik, jalanraya pun dipenuhi minyak
Lori akan mengeluarkan apa yg ada di dalamnya

Begitu juga dg kita, saat kita terkejut, perkataan yg keluar drp mult kita adalah gambaram apa yg ada di hati. Lazimilah utk berzikir agar saat kita terkejut dg kedatangan ajal, kalimah zikir akan keluar drp bibir kita...

Biar selamat


Tips keselamatan...
Berhati2lah terhadap 3 perkara2 ini:
1.       Kawan yang jahat
2.       Nafsu yang dituruti
3.       Syaitan yang sentiasa menggoda dan membisikkan kejahatan