Friday 26 January 2018

Jadilah diri sendiri

Seorang alim ditanya soalan berikut:

“Kalau tuan diberi pilihan, siapakah tuan nak jadi?”

“Jadi diri saya sendiri,” jawabnya – ringkas.

Ya – itulah yg sepaptutnya dijawab kalau soalan yg sama ditanya pada kita. Syukurlah jadi diri sendiri, kerana itu ketentuan Ilahi. Siapa kita, siapa keluarga kita dan apa pun kita, itulah KITA! Apa yg perlu dibuat ialah perbaiki diri, hari demi hari. Cari sebanyak bekal utk jadi org bahagia dan berjaya di akhirat nanti. Itu yg pertama dan utama.

Jangan sekali2 membandingkan diri kita dg orang lain (terutama sekali dari kelebihan duniawi, bimbang nanti kita meremehkan apa yg telah Allah anugerahkan buat kita. Lihat nikmat-Nya yg tak terhitung, walau pun dosa kita pun tak terhitug...

Syukurilah dengan nikmat diciptakan. Dunia tak akan sempurna tanpa kita!

No comments:

Post a Comment