Tuesday 13 February 2018

Al-Quran itu Penawar ajaib!

Terasa pening kepala yg agak serius. Nampaknya kena tangguhlah kelas mengaji. Tapi kesian pulak, dah lama Raihan, Akmaliah dan Zalailah terpaksa "dicutikan" lantaran pelbagai hambatan.Jadi, lupakan saja niat nak batalkan kelas.

Mereka tiba agak awal -10 minit awal drp masanya (5.30 ptg).

Kelas berjalan dg baik sekali. Kumpulan ini sgt menarik - masing2 dg keistimewaan tersendiri. Seronok mendengar bacaan mereka...

Tak terasa jam dah menunjukkan pukul 6.45 ptg apabila kelas tamat.

Menariknya - sakit kepala tadi sudah menghilangkan diri - tanpa meninggalkan apa2 kesan. Subhanallah!!! Memang Al-Quran itu penawar paling mujarab!

No comments:

Post a Comment