Showing posts with label Ibrah. Show all posts
Showing posts with label Ibrah. Show all posts

Thursday, 22 October 2020

Ajaibnya Bantuan Allah, Namun...

 

 

Ajaibnya Bantuan Allah, Namun...

Nabi Musa a.s. cemas. Firaun dan bala tenteranya sudah menghampiri dari belakang. Sedangkan di hadapan, terbentang Laut Merah. Namun, Allah sentiasa bersama hamba2-Nya yg soleh. Diilhamkan baginda utk memukul laut itu dg tongkatnya. Sejurus dipukul, laut itu terbelah dua, ada laluan di tengah2 utk dilalui. Masya’Allah!!

Firaun pun mengekori drp belakang. Saat Nabi Musa dan kaumnya selamat tiba di daratan, laut itu bercantum semula, menengelaamkan Firaun dan bala tentearnya. Itulah ajaibnnya bantuan Allah kepada Nabi-Nya yg cekal, tabah, sabar saat diuji, dan berani menghadapi “tyrant” itu demi menegakkan kalimah suci Allah.

Sama juga halnya, api dinyalakan dg hebatnya, hingga tiada siapa sanggup mendekatinya bagi mencampakkkan Nabi Ibrahim ke dalamya. Hingga mereka terpaksa cipta satu lastik besar utk melontarkan baginda ke dalam unggun api raksasa itu. Seketika kemudian, saat api telah padam, Nabi Ibrahim keluar, berjalan seperti biasa, tanpa terjejas apa2! Kenapa? Bantuan Ajaib Allah Yg Maha Perkasa!

Saat Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Allah berfirman kepada api supaya jadi sejuk dan selamatkan Nabi Ibrahim. Subhanallah!!! Masya-Allah!!! Tabarakallah!!!

Ini antara cerita2 menarik, mengkagumkan yg diabadikan dlm Al-Quran. Dan banyak cerita2 seumpamanya. Allah menceritakan tentang kehebatan-Nya yg tiada tolok bandingnya. Ya, bagi allah, sesuatu yg dikehendaki-Nya, akan terjadi dg hanya berfirman “kun” (Jadilah) maka “Fayakun” (Jadilah ia). Semudah itu!

Namun, keajaiban2 yg berlaku juga ada usaha drp hamba-Nya. Usaha yg juga penuh ajaib, di luar batas kemampuan insan yg hanya bersifat pesimis, lemah dan malas! Lihat apa yg telah dilalui oleh Nabi Musa dan Nabi ibrahim. Mereka bersungguh2 berusaha utk menegakkan kalimah suci Allah. Menghadapi penguasa2 yang zalim dg berani, walau pun terpaksa bergadai nyawa.

Lihat... Mereka memang cuba dihapuskan drp muka bumi, dg segala kekuasaan yg dimilik Namrud  dan Firaun. Namun, adakah nabi Ibrahim atau Nabi Musa mengalah? Tidak sekali2! Lakukanlah apa saja, mereka yakin, kalau Allah yg bantu, mereka sentiasa dalam lindungan rahmat kasih sayang Allah.

Saat ribuan ahli sihir melawannya bersama Nabi Harun, sedikit pun baginda tidak gentar lantaran yakin, walau pun kelihatannya mereka berdua cuma insan kerdil berbanding dg ribuan musuhnya, namun musuh yg ramai itu tidak sedar, yg mereka sedang lawan itu adalah Allah Maha Gagah!!!

Saat menyelamatkan Nabi Musa drp Firaun juga, Allah menggunakan “balatentera”-Nya yg di luar pemikiran manusia: laut! Laut itu dibelah bagi membenarkan Nabi Musa bersama pengikut2nya menyeberang, ditangkupkan semula bagi menenggelamkan Firaun dan balatenteranya. Masya’-Allah!!! Bila Allah bantu, semua yg ada di alam ini boleh jadi “tentera”-Nya.

Namun bantuan Allah itu juga perlu dibayar dg harga yg mahal, bukan sekadar duduk sahaja, berangan2 itu dan ini tanpa berbuat apa2. Sebelum kita dibantu, kita dulu perlu bantu diri kita dg menunjukkan kesungguhan dlm berusaha – sehabis daya sebagaimana perlu bagi seorang yg benama hamba. Nak jadi usahawan berjaya, ada jalan2 sukar perlu ditempohi. Ingin berjaya sebagai pelajar cemerlang, pun sama. Usaha perlu gigih, tanpa mengira penat & jemu. Ya .. nak berjaya, usaha. Usaha. Dan usaha.

Cukup? Ah! Itu sahaja tidak cukup! Kita juga perlu jadi insan yg sentiasa menjaga hubungan menegak (hablumminallah), bukan sekadar mendatar (hablumminannas). Jadi insan yg Allah sentiasa reda & sayang, barulah Dia akan bantu. Sebaik mana pun hubungan dg manusia, kalau hubungan dg Allah bermasalah, kita tak kemana...

Jadi jika ingin bantuan ajaib Allah, kita juga perlu jadi insan yg “ajaib”... dalam berusaha dan lebih utama, dalam menjaga hubungan dg Allah – melaksanakan segala yg disuruh, dan meninggalkan apa yg dilarang-Nya, dlm apa jua keadaan... tanpa alasan, bantahan, apatah lagi takutkan insan!

Jom! Ambil ibrah drp kisah Nabi Musa dan Nabi Ibrahim...hidup penuh perjuangan. Namun, sentiasa yakin, tabah, berani, sabar, tidak pernah putus asa, juga pantang menyerah kalah. Dan paling penting: melakukan segalanya hanya kerana Allah. Barulah dapat menikmati ajaibnya bantuan Allah!

 

 

Friday, 16 October 2020

Bayi Ajaib

 

 

Bayi ajaib

Sesudah memencilkan diri utk melahirkan bayi ajaib yang ditakdirkan Allah tiada berbapa, Maryam pulang kepada kaum keluarganya dengan mendukung bayinya itu. Apabila melihatnya dalam keadaan begitu, kaumnya menuduh Maryam telah melakukan sesuatu yang keji. Mereka mengungkitkan bahawa ayahnya bukanlah seorang yg berakhlak buruk dan  dan ibunya bukanlah seorang yang jahat (penzina).

Maryam tidak menjawab, sebagai mematuhi perintah Allah swt yg menghalangnya daripada berbicara dg sesiapa sahaja pada hari itu. Dia hanya mengisyaratkankan sahaja kepada bayinya, untuk menjawab persoalan mereka.

“Macam mana kami nak bercakap dengan bayi yang masih dalam buaian?” (Surah Maryam 19: 29). Kaumnya berkata, hairan.

Tiba2... suatu keajaiban berlaku - Nabi Isa a.s. yang masih bayi itu berkata2!

“Sesungguhnya aku adalah hamba Allah. Dia telah memberikan kepada ku Kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan aku seorang nabi...) (Surah Maryam 19: 30)

Ajaib!!! Bukan itu sahaja, malah ada lagi kata2 yg terpancul keluar daripada bibir bayi suci itu (Surah Maryam 19: 31 – 33).

Ya... Kalau apa yg Allah kehendaki, akan sentiasa terjadi, walau pun menyalahi adat dan tradisi duniawi!

“Apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka Dia berfirman kepadanya “Jadilah engkau”, lalu jadilah ia.” (Surah maryam 19:35)

Kisah Maryam, sebagaimana kisah2 lain dalam Al-Quran sarat pengajaran, ibrah yg dapat dijadikan panduan. Betapa agungnya kekuasaan Allah. Perancangan-Nya penuh hikmah dan kebijaksanaan. Bermula dengan ibunya yg melahirkan, menginginkan anak laki2, tapi dikurniakan perempuan, Maryam (Surah Ali Imran 3:36).

Melalui Maryam, barulah Nabi Isa as dilahirkan. Masya’-Allah!!! Kaedah kelahirannya pun sgt menakjubkan, menyalahi kebiasaan – tanpa bapa! Allah memakbulkan doa si-ibu mengikut ketetapan masa-Nya. Diberi-Nya Maryam dahulu, selepas itu, baru Nabi Isa a.s. Berapa lama sela masa tu? Tentu bertahun, bukan sehari dua... daripada usia kecil Maryam hingga melahirkan Nabi Isa a.s.

Kita? Jangan terburu-buru dalam berdoa. Allah Maha Mengetahui bila masa paling tepat untuk doa kita dimakbulkan. Kaedah pemberian-Nya juga, jangan dipertikaikan. Diberi dahulu A, untuk dapatlkan B (sekejap). Kadang2 diberikan dahulu A, untuk dapatkan Z! (Sgt lama).

Tugas kita? Berdoa dan berusaha. Paling utama, sentiasa dekat pada-Nya, mengingati-Nya dan yakin akan rahmat kasih sayang-Nya. Kalau diberi, itu mmg baik utk kita. Kalau tidak, pun baik ... Dia menginginkan kita terus berdoa kepada-Nya. Bukankah doa itu ibadah? Doa juga antara cara kita sentiasa merintih dan merayu kepada-Nya...

Jangan sekali2 kecewa apabila apa yg kita inginkan, kita tak dapat. Allah Maha Mengetahui – mungkin apa yg kita minta itu bakal memudharatkan diri kita. Jadi, tidak diberi itu juga satu pemberian! Dan, satu lagi, mungkin Dia akan beri yg jauh lebih baik! Cepat atau lambat. Kalau tidak di dunia, di akhirat!

Jom! Ambil ibrah kisah Maryam. Wanita baik. Soleh. Diuji dg kelahiran tanpa bapa. Tetap sabar. Menginginkan dirinya mati, saat menanggung penderitaan melahirkan bayi ajaib...Menginginkan dirinya dilupakan sahaja, saat itu (Surah Maryam 19: 23).

Namun, ketetapan Allah baginya amat berbeza. Dia dimuliakan dg kelahiran Nabi Isa a.s. Bukan sekadar tidak dilupakan, malah namanya terukir indah, kekal harum dalam Al-Quran!

Subhanallah!!! Agungnya segala perancangan-Mu. Bimbinglah kami agar sentiasa menjadi insan mulia di sisi-Mu... sabar, tabah dan soleh – persis Maryam, yg dianugerahkan bayi ajaib!

 

Wednesday, 19 August 2020

On-Line Dengan Pencipta

 

On-Line Dengan Pencipta

 

            Suatu ketika dahulu, penggunaan telefon juga amat terhad. Hanya orang-orang berada sahaja mampu memiliki telefon di rumah mereka. Awal 90-an, telefon bimbit mula digunakan. Juga, masa itu, hanya orang-orang yang berada sahaja mampu memilikinya. Namun kini, ianya sudah menjadi sesuatu yang biasa.

  Hampir semua memilikinya. Tidak kira usia, pekerjaan dan status sosial. Memiliki telefon bimbit dah seolah-olah satu kemestian terutama bagi generasi kini. Ke mana-mana pergi, tidak sempurna tanpa telefon di tangan. Segala maklumat dapat diperolehi hanya di hujung jari.

Nak tahu tentang apa? Semua ada. Nak berhubung dengan siapa, di mana sahaja semua boleh. Bukan sekadar bercakap, malah ada video call, boleh sampaikan apa sahaja maklumat melalui WhatsApps (wasap), Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya. Bukan sekadar hantar mesej berbentuk tulisan, tapi juga video dan audio. Masya’-Allah!!! Hebat sungguh perkembangan sains teknolgi dewasa ini!

             Impaknya, semua dapat on-line sahaja. Bukan sekadar berinteraksi dengan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai, pembelian pun boleh buat secara on-line. Gaya hidup yang tak lekang daripada telefon bimbit ini kadang-kadang mampu merenggangkan hubungan sesama insan. Apa tidaknya, saat berkumpul dalam keluarga, atau bersama rakan-rakan, masing-masing sibuk dengan telefon .

 Ya...selesa sungguh on-line. Hingga kadang-kadang terlupa keutamaan. Bukan sekadar ibu bapa, anak-anak atau sahabat yang ada bersama tidak diberi keutamaan yang sewajarnya, malah Pencipta pun sanggup diketepikan. Contohnya, saat azan dikumandangkan, masih sibuk dengan wasap dan pelbagai aplikasi yang melalaikan.

Bersama telefon, masa berlalu amat pantas, tak terasa. Saat menuju ke sejadah untuk solat, kadang dah nak luput waktunya...Sedangkan itulah on-line yang perlu diutamakan – on-line dengan Pencipta. Lima kali setiap hari Allah menunggu pertemuan dengan setiap hamba-Nya yang mengaku beriman kepada-Nya, kepada hari Akhirat yang pasti datangnya...ada yang menamakan talian ini bernombor 24434, mengikut jumlah rakaat solat yang diwajibkan.

 Apa pun, sebenarnya on-line dengan Pencipta itu – setiap masa. Allah itu dekat. Allah sentiasa bersama kita: “... dan Dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.. (Surah Al-Hadid 57:4). Lima kali solat itu adalah yang wajib, tapi kita masih boleh on-line dengan-Nya saat kita perlu bantuan khusus: untuk memohon ditunjukkan pilihan yang tepat (Solat Istikharah), sesuatu hajat (Solat Hajat), diampuni dosa (Solat taubat) dan sebagainya.

 Solat itu merupakan saat kita “berbicara” dengan Allah – on-line dengan-Nya. Sekiranya kita ingin Allah berbicara denagn kita, boleh juga on-line. Bagaimana? Dengan mermbaca Al-Quran.

 Berbeza dengan on-line sesama insan yang terhad masanya, perlu pilih kesesuaian waktu untuk berinteraksi. Tapi, ajaibnya, on-line dengan Pencipta: setiap masa, detik dan ketika. Bukan setakat itu sahaja, tiada bil bulanan atau tahunan atau apa saja jenis bayaran yang dikenakan. Cuma, kalau kita inginkan ganjaran terbaik daripada-Nya, setiap aktiviti on-line kita itu disertai dengan keikhlasan, sifat kehambaan yang hakiki...

Kalau tidak mampu on-line dengan kaedah solat dan membaca Al-Quran, kita masih boleh pilih kaedah yang paling mudah. Apa dia? Berzikir kepadanya. Ya – mengingati secara lisan dan juga hati. Bertasbih. Bertahmid. Bertahlil. Merenung setiap kejadian – peristiwa yang berlaku atau melihat indahnya alam yang terbentang, semuanya dikaitkan dengan kehadiran-Nya. Itu juga on-line dengan-Nya. Mudah kan? Cuma, jangan lupa: modalnya:ikhlas!

 On-line dengan Pencipta juga amat istimewa lantaran ianya dapat dilaksanakan serentak saat kita on-line dengan manusia. Bagaimana? Saat berinteraksi dengan manusia, kita tidak lupa pada Allah. Masa berwasap, tularkanlah maklumat-maklumat yang baik, kongsikan berita-berita yang bermanfaat, berikan suntikan motivasi, kata-kata semangat dan mampu membantu orang lain sentiasa ingat Allah, on-line dengan Pencipta.

On-line dengan manusia, tidak akan terlaksana kalau telefon pintar itu kehabisan bateri. Bagi memastikan on-line tidak terganggu, power bank digunakan. On-line dengan Pencipta? Pun begitu. Ada masanya, kita off-line. Terutamanya kalau hati kita mati... kurang ilmu, kurang mujahadah, lalai untuk mengingati-Nya.

Sebagaimana kita sentiasa bersedia dengan power bank agar mampu on-line bila-bila masa sesama manusia, kekalkan keimanan kita agar hati sentiasa hidup dan mampu on-line dengan Pencipta, setiap masa. Itu lebih utama. Lantaran, bila-bila masa kita akan dipanggil untuk kembali kepada-Nya...

 Justeru, jangan sekali-kali lupa, leka dan dilekakan dengan alat perhubungan ciptaan manusia. Manfaatkan aplikasi teknologi dengan bijaksana, agar kita mampu membina hubungan baik sesama insan (habluminannas) tanpa menjejaskan hubungan kita dengan Pencipta (habluminallah). On-linelah sesama kita, tapi utamakan on-line yang kekal, bermanfaat dan jauh lebih bernilai ganjarannya: on-line dengan Pencipta...

 

Saturday, 6 April 2019

Ibrah Surah Yusof


Terkesan dengan Surah Yusof. Betapa hebatnya ujian Allah pada para nabi – antaranya Nabi Yusof dan Nabi Yaacob (ayah baginda).

Saat anak-anaknya tidak kembali bersama Buniyamin (saudara seibu Nabi Yusof) yang diamanahkan kepada anak2nya saat mereka membawanya ke Mesir (atas permintaan Nabi Yusof- berdasarkan wahyu drp Allah), Nabi Yaacob tersangat sedih. Kehilangan anak kesayangannya buat kali kedua. Namun baginda hanya berkata:

“Sabar itu indah...” Terus bersabar dan yakin bahawa Allahlah sebaik2 tempat mengadu...
Itulah kentalnya jiwa seorang nabi. Tiada perasaan marah dan dendam terhadap sesiapa apatah lagi anak2 sendiri yg mengkhanati. Yakinnya hanya pada Allah Yg Esa. Boleh saja baginda memulaukan anak2 yg khianat itu. Namun, itu bukan sifat seorang nabi.

Kita bagaimana? Jom! Teladani sifat nabi –sabar dan  jadikan Allah sebaik2 tempat mengadu...

Tuesday, 18 September 2018

Jom ke hospital!


*MARI BERJALAN-JALAN KE HOSPITAL*


Sekali-kali kita berjalan-jalan ke Hospital jangan ke Pasaraya Besar jer


*Mari Berjalan-jalan ke Ruang ICU*
- Lihat pesakit yang sedang berjuang mempertahankan *nyawanya*, mereka terlihat sangat lemah sehingga dibantu berbagai macam alat (baik alat monitor dan pelbagai alat sokongan) untuk mempertahankan hidup...


*Mari Kita Teruskan Berjalan-jalan ke Ruang Kemoterapi*
- Disana kita lihat orang tengah berjuang melawan penyakit *kanser*, lihat wajah mereka pucat tidak ada keceriaan dan terlihat kurus kulit mereka menghitam, akibat radiasi...


*Kita Terus Berjalan-jalan ke Ruang Hemodialisis*
- Disana berderetan terbaring manusia dengan tangan terikat pelbagai jenis alat.
Mesin Hermodialisis sedang menggantikan *Peranan Buah Pinggang* yg sudah tidak berfungsi...


*Kurang puas Jom Kita ke Ruang Wad-wad Hospital*
- Disana kita menemukan berbagai macam penyakit dari sesak nafas sampai susah BAB, diabetes, stroke, jantung dll...


*Berjalan-jalan kita terakhir ke Bahagian Pengurusan Kaunter Pembayaran Hospital*
- kita akan melihat keluarga pesakit membayar ratusan ringgit sehingga puluhan ribu ringgit sebagai caj bayaran pengubatan kerana pesakit sudah sembuh, dan juga yang sudah meninggal pun tetap harus dibayar bil2 hospital...


*Bagaimana dengan diri kita yang Hidup Aman Damai di Rumah ?*
- Hidup kita senang tidak dibantu alat apapun *seronokkan ???*
- Bernafas di alam bebas tanpa dibantu oksigen, *nikmat kan ???*
- kita bebas makan dan minum, *dengan sedap kan ???*


Apakah kita sudah *Bersyukur* hari ini dengan *Melaksanakan Perintah ALLAH dan Rasulullah ???*


_Marilah kita saling cinta dan menyayangi....._
_Saling rukun dan damai....._
_Saling menghormati dan menghargai......_
_Saling mengalah untuk meraih kemuliaan....._
_Saling melepas Ego....._
_Saling berbuat baik walau tidak dihargai....._
_Karena kebaikan akan kembali kepada diri kita sendiri...._


*Berbuat baiklah selagi kita masih diberi Nafas*