Friday 8 September 2017

Perniagaan Yang Tak akan Rugi



Peniagaan yg tak akan rugi? Ada ke? Ada...malah keuntungannya boleh mencecah 700% atau lebih tinggi daripada itu!!!
Apa syarat pelaburan untuk menjadi peniagaan berjaya? Yang pasti – 4 perkara:
Ilmu – ramai yg berjaya lantaran mempunyai ilmu mantap ttg bidang perniagaan yg diceburi
Masa – kejayaan dikecapi apabila cekap mengurus masa
Kos/harta – modal mencukupi memungkinkan perniagaan itu bermula
Tenaga – sanggup berkorban tenaga juga merupakan syarat utama utk berjaya
Namun, walau pun kesamua faktor itu ada, gagal juga. Itulah ujian namanya. Perlu bangkit semula, buat refleksi dan belajar drp kesilapan.
Bagaimana pula perniagaan yg tidak rugi?
BERNIAGA DENGAN ALLAH.
Juga perlu keempat2 syarat di atas.
Ilmu – perlu faham, jelas dan patuh syariat.
Masa, kos dan tenaga juga dipertimbangkan agar apa yg dibuat hanya utk meraih reda Allah.
Allah menjanjikan yg balasan baik bagi setiap kebaikan, sekecil mana pun ia. Malah Allah mampu menggandakannya.
Allah juga tidak akan mensia2kan segala kebaikan kita.
Tingkatkan ilmu, bersedialah berkorban masa, harta dan tenaga...hanya kerana Allah. Untung!!! Berganda2!!!
Tidak akan pernah rugi!!! Jom! Berniaga dg ALLAH!

No comments:

Post a Comment