Sunday 17 September 2017

Usaha. Usaha. Usaha



Allah boleh saja nak beri pada kita apa yg kita nak. Namun, sebagai hamba, kita perlu berusaha. Itu sunnatullah. Usaha dapat pahala. Bila kejayaan mampu digenggam, syukur…dapat pahala. Kalau ditakdirkan bukan rezeki atau hak kita, sabar. Pun dapat pahala! Kalau tak dapat A, yg kita impikan, mungkin akan dikurniakan-Nya B,C atau X,Y, Z yg jauh lebih baik utk kita!

Selagi hayat dikandung badan, jangan sekali2 putus harapan. Rahmat Allah itu maha luas. Sentiasalah bersangka baik dg- Nya. Kalau kita selalu berusaha utk jadi  hamba yg taat dan sentiasa menyertai Allah dlm apa jua perjuangan. Insya’-allah kita selau “berjaya” lantaran Dia tidak pernah menghampakan!

Kejayaan itu juga bukan diukur di akhir perjuangan, tapi dihitung sejak bermulanya ia. Setiap usaha itu bergantung pada niat. Kalaulah dari awal diniatkan kerana Allah, kebaikan dah tertulis buat kita. Usaha.Usaha. Dan usaha. Kalau pun tak dapat di dunia, insya’-Allah bakal dinikmati di syurga…lebih baik dan lebih kekal…

No comments:

Post a Comment