Thursday 5 October 2017

Ajaibnya Bantuan Allah



Anda bercita2 tinggi? Inginkan sesuatu yg sgt bermakna? Tapi merasakan tak mungkin?
Ini kerana anda meletakkan bahawa kejayaan mampu dicapai bersandarkan keupayaan anda yg terbatas.

Letakkan pengharapan pada Allah Yg Maha Kuat. 

Tapi, pastikan dahulu anda disayangi Allah.

Ingat sejarah Nabi Ibrahim. Allah bantu sebab baginda taat, sabar, isiqamah dalam perjuangan di jalan Allah. Jadi, Allah membantu dg cara yg amat ajaib – api jadi sejuk saat beliau dihumbankan ke dalamnya.

Begitu juga dg Nabi Musa. Lantaran sabar, taat dan istiqamah dlm mujahadah, Allah bantu dg membelah Laut Merah! Selamatlah baginda drp Firaun dan bala tenteranya.

Jadi, kalau nak Allah bantu, bukan sekadar usaha, doa dan harapan sahaja, tapi diiringi dg sifat2 mahmudah yg menyebabkan Allah sayang pada kita, antaranya sabar, taat, istiqamah dan keyakinan mantap pada Allah – persis Nabi Ibrahim dan Nabi Musa!

Selamat berjuang - moga kejayaan, kebahagiaan dan kemerlangan akan jadi milik anda!


No comments:

Post a Comment