Thursday 19 October 2017

Kuasa



Ku perhatikan – ada orang bekuasa kerana jawatannya. Saat berkuasa, semua orang di bawahnya menurut perintahnya. Tapi, bila dia dah tak berkuasa, tiada siapa yang pedulikan dia lagi. Apatah lagi menurut apa yg dia mahu. Bukan sekadar itu, dia kadang2 dihina, dikenakan tindakan undang2 spt dipenjara, dihantar ke tali gantung dsb. 

Namun, ada juga yg masih dimuliakan.

Kenapa ya? 

Ini kerana kuasa itu hanya milik Allah – dipinjamkan pada sesiapa yg dikehendaki. Diambil bila2 masa. Sebagai ujian kesyukuran. Bagi yg bijak, mensyukurinya dg menggunakan peluang saat berkuasa utk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.Pahala berganda jika kebaikan itu jadi ikutan. Akaun akhirat juga mengalir walaupun dah dijemput menemui Tuhan.

Bagi yg lupa diri, merasakan  kuasa itu bakal dimilik selamanya. Lalu, berbuatlah dia sesuka hati, seolah2 hidup ini kuasanya sendiri – lupa kehadiran Ilahi. Saat jatuh, dunia membalas kembali apa yg telah diberi...Memabtu? Tiada siapa yg sudi, kecuali sedikit org terdekat di sisi, itu pun kalau masih ada rezeki...

Itu baru di dunia. Bagaimana pula di akhirat nanti. Lebih besarlah musibah yg menanti. Semua org tak dapat membantu lantaran sibuk dg urusan sendiri.

Jadi, kalau dipinjam kuasa itu, rebutlah peluang utk melakukan yg terbaik – kebajikan, kebaikan, ketaatan dg mengharap reda Tuhan, jangan pula lupa daratan...

No comments:

Post a Comment