Wednesday 21 March 2018

Hari Kecemasan


Ramai orang menyimpan duit utk “Hari kecemasan”. Namun hari kecemasan itu tiba saat ianya tidak berguna lagi. Ramai yg berpandangan perlu utk simpan bagi hari tua, sakit pening dll hingga lupa utk menginfaqkannya. Kadang2 hayatnya tak sampai hari tua...Kadang2 hari kecemasan di dunia itu tidak kunjung datang. Maka harta itu pun ditinggalkan hanya utk dinikmati oleh waris2.

Hakikatnya, Hari Kecemasan yg sebenar ialah saat kita berada di Hari Pengadilan – penentuan ke syurga atau neraka. Saat di mana tidak berguna lagi harta benda, anak2, saudara mara dan sahabat handai. Tiada yg dapat menolong kecuali amalan soleh. Antaranya ialah harta yg diinfaqkan semasa di dunia. Diberi pada yg memerlukan. Itulah harta sebenar kita.

Kata Tuan Guru, setiap harta yg kita sedekahkan, dibelanja ke jalan Alah, akan masuk ke dalam “peti surat Allah” yg bakal kita terima di akhirat nanti. Ya – di Hari Kecemasan yg hakiki...

Jom! Sama2 kita renungkan...

No comments:

Post a Comment